Semasa aku sedang makan malam tadi, ada satu sms masuk ke BB aku. Daripada seorang kawan - lelaki.
Aku baca secara senyap. Lepas tu melihat emak Adam yg berada di samping aku seperti nak tahu sms daripada siapa aku pun beritahu dia siapa penghantar mesej tersebut dan aku baca secara kuat
"Salam YB... Esok cuti, gi mana? Kalau ada plan, blh join.."
Aku tak terus menjawab sebab aku nak makan dulu masa itu. Lepas makan ada pula kerja2 lain yg aku buat. Baru kejap tadi aku teringat nak balas. Begini yg aku tulis:
"Wsalam ***. Esok saya kerja sbb kami duduk di Selangor :( "
Itulah nasib kami yg tinggal dekat sempadan antara Wilayah dan Selangor. Sekolah Kebangsaan Haikal esok pagi cuti sebab terletak di Kuala Lumpur tapi sekolah agamanya yg terletak di Selangor dibuka seperti biasa esok. Jarak antara dua buah sekolah itu tak sampai satu kilometer.
Oh ya. Kawan aku baru saja membalas sms aku. Aku nak balas balik ni..... bye.
i tot u can enjoy best of both worlds ..
ReplyDeleteAnak yg bersekolah masih ada lagi bang. Payah sikit nak enjoy best of both worlds sebab ada yg pergi sekolah dan ada yg lepak aje kat rumah hari ni.
DeleteKalau semua pergi sekolah at least can enjoy the best of one world! hehehe
so esok agak2 KL jam ke lengang bang?
ReplyDeleteJalan kat KL lengang sikit pagi ni Jah. Tapi kat pasar tani pagi tadi ramai org. Suami2 yg jarang datang pun ada mengekor isteri masing2 hehehe
Deletepsst - ko nak dtg KL ke? Kalau nak dtg roger aku tau.
kerja half day lah kalau dok di sempadan kan?
ReplyDeletePagi ni belum full swing kerja lagi. Kejap lagi baru nak mula kerja. Petang ini ada appointment di Kelab Golf Di Raja Selangor yg terletak di Jalan Tun Razak, KL. Nama aje Selangor tapi di WP .... ngeeeeee
Deletebila selangor cuti, orang KL pulak yang bersedih hati :(
ReplyDeleteBiasanya cuti Nuzul Al-Quran yg jadi mcm tu sebab org Selangor turun ke KL shopping raya .... hehehe
DeleteOh ya. Guna nama samaran klcitizen w/p duduk di Selangor ...
CyberJaya kerjaaaaaaaa
ReplyDeleteCyberjaya bukan sebahagian dari Putrajaya. Kenalah kerja .... hehehe
Deletehaha, suka komen tuan AL... boleh lain cak cak, KL ngan Selangor.. hehe..
ReplyDeleteAbg Al memang pandai mengomen... ngeeee
Deleteaduhhh...baru hari ni boleh komen..tak tahu lah kenapa...
ReplyDeleteesok2 mesti tak boleh ni...
jgn slh anggap..kaklong ada baca n3 tapi tak boleh komen...
akhirnya dapat juga kaklong memberi komen di format baru saya ni. Semoga terus boleh.
DeleteSaya tahu kaklong ada baca n3 saya selama ini kerana hari itu kaklong ada beritahu saya yg kaklong akan terus 'setia' w/p tanpa meninggalkan komen.
Kunjungan kaklong saya hargai.
Kita hari ni pun cuti tapi cuti demam, kalau nak harap cuti Hari Wilayah memang tak merasa lah sebab dah sah sah Telok Panglima Garang ni dalam Selangor.
ReplyDeleteWah suami mithalli lah yb ni, bunyi sms orang rumah tengok yb terus bacakan kalau saya talipon suami pun saya tak boleh pegang apalagi nak tanya sms dari siapa nanti siap cik abang kita perli kalau nak buat jahat tak payah main sms terus je gi jumpa senang, hampeh betul cik abang kita ni.
Alamak kesiannya demam. Jangan lupa makan ubat supaya cepat baik. Tak perlu jeles dgn org Wilayah sebab Selangor ada lebih banyak cuti umum .... hehehe
DeleteSaya takde apa yg nak disembunyikan dari emak Adam. Bila saya memandu dan ada call, saya pasang speaker. Dia boleh dengar apa yg saya bincangkan dgn org yg call.
Cik Abang awak rasa tak selesalah tu kalau awak pegang hp dia. Jadi berilah dia ruang dan peluang.
Kebencian jgn dibuat. Kesayangan dia (hp dia tu) jgn diambil.... hehehe