Thursday, February 2, 2012

Kisah Pakai Baju Dan Tak Pakai Baju

Hari ini hari Khamis.  Kalau tak ingat hari ini hari apa tapi bila terlihat kakitangan awam lelaki berbaju batik kita tahu ini hari Khamis.  Pekerja sektor awam kalau nak mengular hari ni susah sikit kerana orang senang kenal.  Katalah kita pergi ke komplek membeli belah pada pukul 11 pagi dan terlihat lelaki2 berbaju batik, hati kita akan tertanya, "apa pulak yg dibuat org gomen kat sini pada waktu ini?"

Masa aku kerja dgn sykt kulit kerang dulupun pernah Pengerusi kami 'menggalakkan' kakitangan memakai baju batik.  Walaubagaimanapun, bukan pada hari Khamis tapi pada hari Jumaat.  Kebanyakan kami bukan ada banyak koleksi baju batik.  Terpaksalah beli utk mengelakkan memakai baju yg sama lebih dari sekali dalam masa sebulan.  Beli tu duit sendiri tau.  Sykt takde bagi subsidi atau peruntukan.

Yang tak sedapnya memakai baju batik pada hari Jumaat ini masa pergi sembahyang Jumaat.  Yang tak seronoknya sebab kita dah macam orang dari seberang pula yg gemar berbaju batik ketika solat Jumaat .... huhuhu.

Selepas jawatan Pengerusi itu dipegang oleh orang lain, dia benarkan kakitangan memakai t -shirt pada hari Jumaat.  Barulah santai sebelum hujung minggu tiba.

Sekarang bila aku dah kerja sendiri terpulanglah pada aku nak pakai baju apapun asalkan sesuai dgn keadaan.  Masa aku buat kerja di rumah kalau aku nak pakai baju pagoda dan kain pelekatpun takde masalah.  Kalau tak nak pakai bajupun boleh sebab waktu siang hanya ada Adam, emak aku dan emak Adam di rumah.  Cuma aku risau kalau kerja tak pakai baju kerja lain pula yg jadi .... hehehe

18 comments:

  1. pB sebenarnya tak berapa setuju bab 'baju kasual' pada hari jumaat.

    Terutama pada staff wanita nie...
    Sebab nampak macam tak menghormati hari jumaat , bila mana hari jumaat jer , mulalah pakai jeans dengan t shirt ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju atau tidak terpulanglah kpd sykt dan kakitangan terbabit. Sykt saya dulu tak 'mewajibkan' berpakaian kasual pada hari Jumaat. Sesiapa nak pakai smart mcm biasa boleh berbuat demikian.

      Ada eloknya staf perempuan berbaju kurung pada hari Jumaat sebagai menghormati hari tersebut.

      Oh ya. Kami tak dibenarkan memakai jean semasa bekerja.

      Delete
  2. tapi batik kita ngan batik seberang agak berbeza kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada perbezaan tapi ada juga corak yg nak sama .... huhuhu

      Delete
  3. saya baru buat entri pasal baju batik ni last week..

    http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2012/01/baju-yang-paling-jarang-di-pakai.html

    - saya setiap jumaat pakai baju melayu..hehehe
    dulu masa keja gomen, takde pakai baju batik pun, sebab pakai labcoat masa round kat spital :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju batik ni beli dahlah mahal pakai sekali sekala aje. Kalau asyik pakai yg sama aje org kata macam takde baju lain. Mungkin inilah dilema kaum wanita sehingga terpaksa beli baju penuh satu almari ..... ngeeeee


      Kalau ada uniform spt labcoat lagi senang. Pakai yg sama setiap hari pun takde siapa nak tegur. Tak perlu pening2 fikir baju mana nak pakai pergi kerja esok pagi .... hehehe

      Delete
  4. saya suka konsep casual day. nampak santai je.

    tapi jgn la pakai tshirt kolar bulat dgn sluar trek pulak~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hafiz pakai t-shirt kolar bulat dan seluar trek pun memang juga AJL .... hehehe

      Delete
  5. takpe YB,




    malam ni khamis malam jumaat.

    :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam ni kena balik awallah dari surau kalau mcm tu .... hehehe

      Delete
  6. kalo kerja kat umah sengaja tak pakai tu namanya nak cari 'pasal'.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nak cari 'pasal' bila anak2 semua dah pergi sekolah. Tapi emak Adam selalu sibuk dgn kerja rumah dia .... huhuhu

      Delete
  7. Sallam YB,

    nyampok sikit,
    Syarikat kulit kerang tu
    Syarikat apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sykt kulit kerang tu sykt tempat saya kerja dulu. Lambang sykt tu gambar kulit kerang. Dia jual minyak dan gas di Malaysia dan banyak negara lain. Tengok lambang kulit kerang tu aje semua org dah tahu sykt apa ..... hehehe


      Oh ya. warna sykt tu kuning dan merah.

      Delete
  8. Replies
    1. bukan setakat tak pakai baju, spender pun tak pakai .... ahaks

      Delete
  9. Mahal betul baju batik ni kan... Kakak saya baru je beli dua pasang kain batik untuk dibuat baju kurung.. Mujur la upah jahit kat saya je.. Buatnya upah kat orang lain, lagi la mahal agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehelai baju batik lelaki boleh dapat 2-3 pasang baju kemeja biasa. Kalau utk perempuan pulak, kain batik yg cantik dan berkualiti memang mahal.

      Untung kakak awak sebab adiknya pandai menjahit. Bolehlah dapat diskaun. Utk raya dah mula terima tempahan ke?

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails