Tuesday, January 10, 2012

Baru 10hb Poket Dah Kering ... huhuhu

Tadi aku temankan emak Adam ke pasaraya utk beli sayur dan ayam. Para pembeli tak ramai sangat sebab bukan cukup bulan tapi barisan orang nak membayar agak panjang sebab cuma 3 kaunter saja yg buka.

Seperti biasa emak Adam beli bermacam2 sayur sehingga nak penuh troli. Malas nak pergi beli sayur setiap minggu. Harga sayur pula mahal hari ni. Kacang buncis RM9.99/kg. Bendi RM7.99/kg. Itu yg aku ingat sebab aku yg pilih sayur tu masuk beg plastik. Yang lain pun mahal juga kata emak Adam.

Org lain aku tengok beli sikit2 aje. Nak bajet kot.

Ikan banyak hari ni tapi tak ramai yg beli. Ayam lagilah banyak - mcm busut tapi yg beli cuma beberapa org.

Aku rasa kebanyakan org beli yg perlu aje utk makan sehari dua ni. Maklumlah duit dah banyak digunakan utk perbelanjaan anak2 nak masuk sekolah baru2 ini.

Masa aku nak bayar, aku lihat barang2 termasuk sayur yg dah ditimbang diletakkan oleh mereka yg kurang bertanggungjawab di merata tempat termasuk atas tin susu dan rak biskut. Mungkin lepas mereka congak, bajet tak cukup.

Aduh. Ini baru 10hb. Lama lagi nak masuk gaji bagi yg kerja makan gaji.

Bagi yg kerja sendiri mcm aku ni harapkan bayaran dari klien. Mujur ada satu cek post dated yg boleh ditunaikan pagi tadi.... hehehe

26 comments:

  1. mana yb tau poket diaorang dah kering?
    :(

    ReplyDelete
  2. almaklum la kami xde cek post dated...hahahah

    ReplyDelete
  3. kaklong,

    ada staf saya yg minta advance .... hehehe

    ReplyDelete
  4. jedi,

    cek tu utk bayar supplier. Klien yg satu ni masih hutang kpd sykt kami agak banyak juga lagi. Kerja dah siap Jun lepas huhuhu

    ReplyDelete
  5. sangat betul YB.. anak naik sekolah banyak betul belanjanya.. staff kerajaan yang tak ramai cina pun dapat gaji tengah bulan ni....

    ReplyDelete
  6. Org lain aku tengok beli sikit2 aje. Nak bajet kot.

    org lain tak makan bayak.

    sekian

    :P

    ReplyDelete
  7. pembetulan :

    bayak = banyak

    harap maklong

    ReplyDelete
  8. Anaa,

    Bulan lepas memang banyak guna duit. Itu yg kering. Bagi kakitangan awam oklah sebab dapat gaji awal bulan ni. Bagi sykt swasta yg buat dek, tunggulah sampai cukup bulan .... huhuhu

    ReplyDelete
  9. kts,

    Org lain keluarga kecil kot. Keluarga saya kan ramai. Itu belum lagi masuk awak .... hehehe

    ReplyDelete
  10. kts,

    tak perlu buat pembetulan sebab saya faham apa yg awak nak maksudkan tu. Kan kita dah lama kenal ..... ekeke

    Tersedak maklong sbb awak sebut nama dia.

    ReplyDelete
  11. Mak aihh...mahalnya rega sayur..
    Kena buat kebun sayur npk gayanye nih...

    ReplyDelete
  12. org kerajaan 16b ni dah gaji dah...kena buat tak tau je gaji bulan 2 ujung bulan baru masuk

    ReplyDelete
  13. Yb semenjak dah bekerja semula dan anak bongsu menunggu nak ke plkn saya dah kurang memasak sebab kalau masak banyak membuang dari memakan patutlah dulu2 banyak kali saya dengar kawan2 yang anak dah besar2 tak masak mereka lebih suka membeli lauk saja.

    ReplyDelete
  14. Cik SHiNJU,

    Sayur tengah mahal ni. Nasib baik saya tak suka makan sayur ... hehehe

    Eloklah awak tanam sayur. Tanamlah lebih sikit - bolehlah bagi kat saya sikit sebab emak Adam dan Adam suka makan sayur.

    ReplyDelete
  15. salah satu risiko SMEs adalah yang ini kan... payment dari client lambat. sesetengah tu bukan sebab tak dapat payment dari client dorang, tapi sebab nak makan interest atas angin punya pasal...

    eh terfikiran negatif pulak, ihik.

    ReplyDelete
  16. mMoOnN aAlLeEaA ,

    Raya busat lah org gomen sbb dapat gaji awal.

    bulan 2 jgn risau sangat sebab bulannya pendek. Dahlah tu. Banyak pula cuti. Untung org makan gaji ni ya.

    ReplyDelete
  17. sharifah rosidah,

    Betullah kalau dah tak ramai yg makan, penat aje masak. Beli ajelah lauk. Lagi cepat dan jimat. Tapi kalau masakan kedai atau gerai tu tak sedap, jgnlah komplen pulak .. hehehe

    Bila anak awak ke PLKN? Anak saya ketiga2 yg lepas SPM tak kena PLKN... ngeeee

    ReplyDelete
  18. farrah,

    Inilah risiko yg sering kami hadapi. Tahun lepas saja, ada 3 klien yg tak habis bayar w/p kerja dan barangan dah siap lama. Nasib baiklah saya tak terpaksa pinjam dgn along ... huhuhu

    Pasal klien2 mcm ini yg nak makan interest yg tak seberapa tu, kami yg sengsara.

    ReplyDelete
  19. Anak saya yang dua orang tu tak dapat plkn tapi yang bongsu ni dia kata dia dapat tapi check list 1st batch tak ada, tunggu 2nd batch nanti tengok ada ke tak.

    Lauk kedai kalau yang kita tahu sedap kita beli tapi kalau yang dah pernah beli tu tak sedap sekali jelah kita beli kat situ.

    ReplyDelete
  20. itu sebab abg pergi mancing nak save bajet !

    ReplyDelete
  21. sharifah rosidah,

    2nd batch mula bila tu? Sempat ke sebelum masuk IPTA.

    Kat TPG kedai makan mana yg sedap? Dulu ada satu warung sebelum deretan kedai2 di pekan TPG kalau dari masjid tu yg agak sedap. Adalah kami makan kat situ sekali ke dua kali.

    ReplyDelete
  22. al-lavendari,

    abg memang panda save bajet. Mesti ikan yg abg dapat tu lebih mahal dari bayaran nak masuk ke kawasan kolam mancing tu.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum YUNUS BADAWI
    Selamat Tahun Baru 2012.

    Nampaknya kos hidup memang meletup dah! Yang berpencen, berKWSP, atau berniaga bagus, memang tak terasa terhimpit sangatlah. Yang lain pasti mengeluh + lenguh. Macam manalah gomen nak pastikan harga makanan dan perkhidmatan tidak asyik menaik?

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum YB..,

    memang kos sara hidup dah meningkat sekarang ni...tambahan pula dengan bermula musim persekolahan....walaupun dapat bantuan bagitu bagini.... apa-apa pun Alhamdulillah masih boleh hidup aman tenteram lagi kat sini...

    ReplyDelete
  25. Temuk,

    Waalaikum salam Tuan.
    Selamat Tahun Baru 2012 dan semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.

    Kos sara hidup memang terus meningkat. Kenaikannya lebih pantas dari kenaikan pendapatan. Bagi yg tiada pendapatan tetap lagilah rasa tekanannya. Bermacam2 cara yg telah dilakukan oleh kerajaan tapi kebanyakan org masih terasa peritnya. Kekecewaan ini mereka terjemahkan semasa pilihanraya.

    Gomen kena buat fikir cara lainlah nampaknya.

    ReplyDelete
  26. azmnor,

    Waalaikum salam Bro.

    Saya suka cara awak melihat kpd keadaan kita hari ni. Kita kena bersyukur dgn yg ada selain cuba menambah pendapatan keluarga supaya kita dan anak2 serta org2 di sekeliling kita boleh hidup dlm keadaan selesa.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails