Bagi surirumah sepenuh masa seperti emak Adam, memikirkan menu sarapan pagi antara cabaran setiap pagi.
Pagi ini tak terkecuali. Sedang dia nak menyediakan bahan2 utk dijadikan sarapan kami sekeluarga, Adam masuk ke dapur diiringi oleh abangnya, Haikal.
"Emak, nak cekodok manis," kata Adam mcm order di kedai mamak.
"Ya ke Adam yg nak cekodok manis tu?" tanya emak Adam sambil menjeling kpd Haikal.
Haikal senyum. Emaknya tahu Adam dipergunakan oleh abangnya utk meminta emaknya buat cekodok manis sebab Haikal memang suka kuih tu. Adam bukan makan sangat cekodok tu.
Sementara itu emak Adam minta aku menolong tumbukkan bawang kerana dia nak masak ubi tumis berempah. Semasa aku sedang menumbuk tu Atikah pun datang ke dapur. Aku kata kerja menumbuk bawang ini sepatutnya kerja anak dara bukan kerja ayahnya. Kebetulan ada panggilan telefon dari staf aku masa tu. Akupun berlalu pergi.
Selepas siap menyediakan sarapan, emak Adam pun memanggil aku dan anak2 turun bersarapan. Aku lihat ada cekodok manis dan roti telur. Di dalam kuali sedang digoreng pisang tanduk.
"Ubi kita tangguh ke hari lain ya bang," kata emak Adam.
"Tak kisahlah. Ini pun dah banyak," balas aku.
Cekodok manis yg berbentuk macam gajah duduk ..... hehehe
Patutlah pening emak Adam nak fikir menu sarapan pagi kalau setiap pagi ada macam2 hidangan.
COmel gajah duduk tue...hehehehe
ReplyDeletejedi,
ReplyDeleteHa'ah comel. Sekali ngap habis .... hahaha
pergh, berseni sungguh tangan mak adam.. cekodok bentuk gajah duduk pun dia boleh bentuk dalam kuali.. kelasss.. hihi..
ReplyDeleteorg prmpuan ni kena kreatif la nk pikir menu tiap2 hari..huhuhu pening2..
ReplyDeleteheheheh.... kalau ada agenda biasanya mak pikir sesiap dari malam sebelumnya apa menu breakfast.
ReplyDeletekalau tidak, dia buat apa yang dia terpikir saat bangun pagi. tapi kami jenis makan sejenis saja. tapi buat banyak sebab ramai
cantik gajah duduk..belalainya mengancam sungguh,
ReplyDeleteteringat dengan kain pelikat gajah duduk..
bagi kaum lelaki yg memakai kain pelikat gajah duduk,dia duduk ke berdiri ke..'belalainya' tetap begitu..oppsss!!
Yb rajin juga tolong isteri didapur ya, kalau cik abang kita dapur is a no no buat dia, mati balik hidup pun dia tak akan tolong buat kerja dapur apalagi nak menumbuk numbuk bawang ni kerja yang paling dia suka di luar rumah mencuci porch, menyapu sampah atau menanam pokok2 .
ReplyDeletecekodok khas utk bujal..hahahaha!!
ReplyDeleteAnaa,
ReplyDeleteItu nasib aje jadi yg bentuk gajah duduk.
Tadi masa saya nak ambil gambar gajah duduk tu, Adam pun sibuk letak cekodok yg dia sedang makan. Kakaknya kata itu bentuk tikus mondok sebab lonjong aje .... hehehe
marinahunny,
ReplyDeletebetul tu. Sayapun kesian juga kalau dah sampai pening2 mereka memikirkannya. Saya ni semua boleh makan. Cuma anak2 yg agak memilih .... huhuhu
zonaku,
ReplyDeleteEmak Adam pun kalau ada agenda seperti nak buat nasi lemak atau mee kari dia dah plan malam sebelumnya. Biasanya agenda ini sebelah hujung minggu bila kesemua atau kebanyakan ahli keluarga ada di rumah. Hari biasa anak2 kat universiti. Dia buat yg ringan2 mcm cekodok, goreng pisang, roti jala dsb aje.
Senanglah kalau org di rumah zonaku makan apa saja yg disediakan. Kat rumah ni tak mahunya dia. Itu yg kena buat 2-3 jenis .... huhuhu
kaklong,
ReplyDeletewah sungguh tak kusangka komen mcm ni dari kaklong. Biasanya komen mcm ni kat tempat tasek merah aje.... hehehe
sharifah rosidah,
ReplyDeletesambil buat kerja tu saya jengok2 juga ke dapur. Kalau ada apa2 yg perlu saya tolong, saya tolong. Itu yg buat emak Adam happy... hehehe
Bila emak Adam sibuk, saya akan tolong mandikan dan salinkan adam. Kalau saya sibuk atau ada meeting di luar baru emak Adam buat semua kerja2 tu.
Memang ada suami yg pantang ke dapur. Nak buat mcmana? Dari kecik mereka mmg tak pernah ke dapur tolong emak mereka. Dah kahwin nak ke dapur mestilah kekok.
kakngah,
ReplyDeleteBujal suka makan cekodok ke? Bolehlah jemput dia ke sini. Ada lagi yg belum digoreng tu ... hehehe
dekat blog dr.singa lagi hebat..berlawan banggg...kahkahkah!!
ReplyDeletekaklong,
ReplyDeleteOk nanti kalau sempat saya singgah sana.
Cayalah kaklong.
salam YB..,
ReplyDeletememang seronok dpt bersarapan bersama keluarga tambahan persiapan disediakan bersama...
Salam,
ReplyDeletemasa saya seusia anak2 YB cekodok manis ni mmg feveret. Cicah dengan kuah kari 'semalam' .. sedappp..
Cute eh gajah tu.
kalau i order sarapan via phone call bole tak?huhuhu
ReplyDeleteazmnor,
ReplyDeleteWsalam sdra.
Alhamdulillah kami dapat menikmati keseronokan bersarapan bersama keluarga hampir setiap hari kerana saya bekerja dari rumah ... hehehe
Azmnor sarapan di mana pagi ni?
Jaja,
ReplyDeleteWsalam.
Kuah kari 'semalam' tu yg sedap memangnya. Di rumah ini kami biasa makan kuah kari 'semalam' dgn roti canai ....hehehe
Syida,
ReplyDeleteSetakat ni kami belum membuka tempahan melalui telefon lagi. Nanti bila dah siap infrastrukturnya, guna online pun boleh ... hahaha
Pssstttt..no names..no names..
ReplyDeleteMak adam boleh masuk Masterchef..
ReplyDeleteKiut la gajah melutut tu...hehehe