Sunday, December 18, 2011

Ombak Rindu


Ombak Rindu sedang melanda. Banyak pasangan yg dihanyutkan oleh ombak tersebut. Dan tak kurang yg dilanda rindu.

Anak2 aku suruh aku dan emak Adam pergi menonton filem ni. Mereka dah pergi terlebih awal .... huhuhu.

Bila nak beli tiket online, masa tak sesuai. Bila masanya ok, tempat duduk pula dah habis kecuali yg sebelah depan atau tepi.

Akhirnya emak Adam kata takpelah dia tunggu keluar kat Astro First.

Sementara itu aku tengok dia dah mula baca novel Ombak Rindu ni. Dia baca waktu malam bila Adam dah tidur. sementara nak tunggu dia habis membaca, aku pula yg dah tertidur


19 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Layan novel nampak.

    ReplyDelete
  2. kakngah tggu masuk on9 jek la...
    FOC.
    kehkehkeh!!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Mak n kakak2 saya suka baca novel..
    Saya suka baca majalah keta, biz, landskap n futbol..

    Songsangkah saya?

    ReplyDelete
  5. Salam,
    i have a story behind this novel..few years back i borrowed my niece's to keep me occupied during the long flights to Japan..sadly i left it in a hotel at gthe foot of Fujiyama..huuhuu..agaknye ade mamat or minah Jepun yang dah khatam baca cerita ni..

    ReplyDelete
  6. orang sibuk bercerita pasal ni...


    kaklong?

    tak heran langsung!

    ReplyDelete
  7. ashrafi,

    Waalaikum salam.

    Bukan saya tapi emak Adam... hehehe

    ReplyDelete
  8. kakngah,

    Kalau sabar menanti itulah yg sebaiknya....

    Sementara tu boleh main dgn baby ... ngeeee

    ReplyDelete
  9. Cik SHiNJU,

    Tak tahu nak kata songsang ke tidak sebab kita tak pernah jumpa lagi. Entah2 awak mcm heroin citer Aku Bukan Tomboy tu .... feminin w/p nampak brutal

    ReplyDelete
  10. PelangiPagi,

    patutlah ada minah Jepun awal2 dah booking tiket nak tengok citer ni di pawagam .... hahaha

    Pergi Jepun tu bercuti atau urusan kerja?

    ReplyDelete
  11. kaklong tak heran sebab sibuk urusan lain yg lebih mencabar dan menyeronokkan .... hahaha

    ReplyDelete
  12. Panglima Muda,

    Rindukan siapa tu? ahaks

    ReplyDelete
  13. YB baca novel tu sampai khatam, baru boleh menjiwai sampai meleleh air mata kat panggung!! ahaha

    ReplyDelete
  14. Daddy Ziyyad,

    Tak tahu bila saya sempat nak baca. Hari tu saya baru baca beberapa mukasurat novel, dah terbantut .... huhuhu

    ReplyDelete
  15. Entah la, saya tak berminat pulak nak tengok filem ni ataupun nak baca novel dia.. Macam takde tarikan je kat saya.. hehe..

    YB belikan la novel Awak Suka Saya Tak by Melur Jelita utk emak Adam tu.. Mesti dia suka baca novel tu..

    ReplyDelete
  16. ~ Cik Azz Abu Bakar ~,

    Sebenarnya kamipun jarang menonton wayang di panggung. Cuma anak2 kami yg biasa pergi. Ini pun anak2 yg sibuk berkempen suruh pergi.

    Novel tu terbitan Alaf 21 ke? Ingat nak bawa emak Adam pergi kilangnya di Shah Alam borong novel kalau dia mula rajin baca novel mcm dulu. Bolehlah cari novel yg Cik Azz sebut tu.

    ReplyDelete
  17. Ajak cik abang pergi tengok OR, dia cakap sorry tak main lah wayang wayang ni, adoi angin satu badan saya nampaknya memang tak akan pergi lah tunggu je lah kat TV nanti.

    ReplyDelete
  18. sharifah rosidah,

    tak romantik langsung cik abang awak tu .. hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails