Friday, December 2, 2011

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia



Sekarang kalau nak berniaga dan cari publisiti senang, letaklah nama kedai kita tu kedai 1Malaysia.

Sebelum ni ada Klinik 1Malaysia. Lepas tu Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Skrg ada pula Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M). Ianya baru dibuka pagi ini.

KIR1M yg terletak di Centrum, Setiawangsa (2km dari rumah aku)

Pagi ini aku dan emak Adam dgn gigihnya ke situ. Kami sampai pukul 7:24 pagi. Baru aje dibuka. Masuk aje ke kedai nampak bawang kecil yg cantik2. Emak Adam pantang nampak bawang yg cantik mcm tu. Tapi takde pula tanda harga. Bawang ros RM3.20 tapi bawang kecil ni tak tahu berapa. Tanya tauke kedai ini yg cantik molek (yg juga tauke Restoran Ikan Bakar Sekinchan) dan dia kata RM1.60. Wah kira murahlah tu. Emak Adam ambil satu beg plastik dan mula memilih bawang. Aku pun tolong pilih tapi semasa aku nak masukkan bawang ke dalam beg plastik yg dipegang emak Adam dia suruh aku ambil beg plastik sendiri. Nak beli banyaklah tu.


Semasa kami sedang memilih bawang, tauke tu kata kalau beli satu raga 5kg baru RM7.50. Laaa kenapa tak cakap awal2. Kami pun ambillah bawang satu raga. Yang dah pilih dan masuk plastik tu pun kami ambil juga.

Lepas tu kami pun ke tempat ikan. Banyak ikan yg belum dikeluarkan dari tong ikan. Ikan, udang dan ketam yg dah dikeluarkan belum ada tanda harga. Bila kami bertanya pada pekerja di situ mereka pun tak pasti harga ikan2 tersebut. Terpaksalah mereka bertanya sesama sendiri harga ikan. Senangin kata bosnya RM18/kg. Emak Adam pun pilihlah beberapa ekor. Masa nak timbang, pekerja di situ kata RM19/kg. Yang RM18 tu harga ketam! Emak Adam beli juga ketam 5 ekor sebab lebih murah dari di pasar tani atau Chow Kit.

Emak Adam sedang memilih ketam

Ikan senangin dan ketam ini tak tersenarai dalam ikan rakyat 1Malaysia. Itu sebab agak mahal. Kalau nak murah, belilah ikan cencaru aka ikan jaket. Sekilo yg kecil RM2.70 dan yg besar RM5.80. Ikan kembung yg juga tersenarai sebagai ikan 1Malaysia dijual dgn harga RM9/kg. Dalam suratkhabar sebelum ni kata harganya antara RM5 - RM7/kg berbanding RM12 di tempat lain. Hari ni dah jadi RM9/kg.

Di samping ikan ada juga sayur tapi kerana belum ada tanda harga maka tak jadilah kami beli. Nak tanya mesti lama.

Barang kering juga terdapat di sini.

Mee segera ada dijual. Mungkin kerana ianya makanan ruji sebahagian rakyat Malaysia terutama di bulan tua

Pembelian yg membuat emak Adam dan aku teruja pagi tadi ialah the uncang Lipton. Satu kotak 100 uncang yg biasanya berbelas ringgit kalau di pasaraya, cuma berharga RM4.90.

"Biar betul?" kata emak Adam.
Tapi setelah pekerja di situ memeriksa daftar harga beberapa kali, dia dan rakannya kata betul.

Silap beli cuma sekotak! huhuhu


Oh ya. Aku ingat aku nak buka kedai jajan 1Malaysia. Bolehlah aku letak sebagai KeJaR 1M iaitu singkatan bagi Kedai Jajan Rakyat 1Malaysia. Org Malaysia kan suka makan jajan.

14 comments:

  1. Nanti kalau tak sibuk saya nak jalan2 kat kedai tu, tapi kalau saya pergi semua barang dah jadi mahal sebab beli barang2 tu campur duit minyak kami dari telok.

    ReplyDelete
  2. bagus gak idea YB tu bukak kedai Jajan


    selalunya kedai jajan ni Cina yang punya jer

    ReplyDelete
  3. centrum oh centrum....

    selalu je tukar...pening ku dengan ragam MT ni....pas diorang tinggal xtau la centrum jadi apa...

    ReplyDelete
  4. sharifah rosidah,

    Kalau masukkan duit minyak dan tol memanglah mahal. Tapi kalau kebetulan datang ke area sini bolehlah singgah. Kedai tu dibuka dari 7 pagi sampai 10 malam katanya.

    Boleh juga singgah rumah kami ... hehehe

    ReplyDelete
  5. kat kajang tak ada kedai 1mlayasia ni..huhuhu!

    ReplyDelete
  6. pB,

    Betul tu. Kebanyakan kedai jajan diusahakan oleh kaum Cina.

    Margin jajan agak bagus. Walaupun ada org kata makan jajan tak bagus tapi yg ramai makan jajan adalah org Melayu. Kalau mcm tu lebih baiklah kita yg jadi penjualnya dari bangsa lain yg kaya sebab menjual jajan.

    ReplyDelete
  7. alien,

    tak tahulah murah pada hari pertama ni aje. Kalau terus murah mcm tu, lain kali boleh datang lagi.

    Di samping tu, boleh menolong bangsa kita yg nak berniaga.

    ReplyDelete
  8. sebelum ni sebelah belakang Centrum tu ada kedai mamak. Dah bungkus kot sebelum diambil alih oleh KIR1M ni.

    MT itu merujuk kpd MT mana jedi?

    ReplyDelete
  9. kaklong,

    Ini merujuk kpd KR1M yg diusahakan oleh Mydin atau kedai ikan ni? Kalau kedai ikan mmg belum ada di tempat lain sebab ini yg pertama. Tauke dia kata nak buka di tempat2 lain jika mendapat sambutan.

    ReplyDelete
  10. murah jugak barang dekat situ ye yb. tapi kat puchong ni takdelah pulak

    ReplyDelete
  11. mMoOnN aAlLeEaA,

    Mula2 ni mcm murah jugak nampaknya. Harap2 berkekalan mcm tu.

    Ini baru kedai mereka yg pertama. Kalau berjaya, mungkin akan buka di tempat lain termasuk Puchong.

    ReplyDelete
  12. Tuan,

    Murah juga harga barangan di situ.

    Patut disokong.

    ReplyDelete
  13. ujang kutik,

    memang ada barang yg lebih murah dari di tempat lain. Kalau berterusan seperti itu, memang patut disokong.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails