Malam Jumaat lepas semasa makan di dewan surau selepas majlis bacaan Yasin dan tahlil aku duduk berdepan dgn seorg jiran setaman yg berasal dari Sri Lanka. Dia dah lebih 7 tahun duduk di Malaysia. Pada mulanya dia datang ke sini utk menuntut di UIAM tapi setelah habis belajar dia berniaga di sini. Baru2 ini dia telah membuka kedai runcitnya yg kedua di Wangsa Maju tak jauh dari Carrefour. Dia menjemput jemaah surau utk membaca Yasin dan doa selamat sempena pembukaan kedai barunya itu.
Kami yg hadir ke majlis itu rata2 hairan dgn keberaniaan dia membuka kedai runcit tak jauh dari Carrefour kerana sudah tentu kebanyakan org akan berbelanja di pasaraya besar itu kerana harga barang2 lebih murah.
Semasa makan itu aku bertanya mcmana kedai barunya itu. Dia kata jualan menggalakkan. Dia minta aku utk berbelanja di kedainya dan jangan ke Carrefour kerana harga barang di kedai dia lebih murah daripada di Carrefour. Aku kata aku pun jarang ke Carrefour. Emak Adam lebih suka ke Giant.
Sekarang dia telah mula membekalkan ayam segar kpd restoran2 besar. Kebanyakan restoran ini mengambil ayam dari pembekal bukan Islam sebelum ini dan berasa gembira bila ada org Islam yg sanggup membekalkan ayam segar. Walaubagaimanapun, pembekal bukan Islam sediaada mula menurunkan harga utk menarik balik pelanggan mereka dari kalangan pengusaha restoran tersebut. Jiran aku terpaksa lawan semula dgn memberi harga yg lebih murah. Dia kata ini biasalah dalam perniagaan. Dia yakin dia dapat bertahan kerana mempunyai dana secukupnya.
Dia tanya aku kenapa orang Melayu tak berapa suka berniaga. Kebanyakan org Melayu lebih tertumpu kpd kerja makan gaji.
Aku jawab berniaga bukan budaya kita. Dari kecil kebanyakan kita lebih terdedah ke arah belajar utk kerja dgn org lain.
Jiran aku kata sayanglah kalau mcm itu kerana ada banyak peluang perniagaan di Malaysia.
Well. Kalau ada peluang tapi kita tak berani nak rebut nak buat macamana.
YB, tajuk tu dah lama ada dalam draft saya..tapi tak tahu nak olah macamana, tu yang tak publish2...tapi betulkan..orang melayu tak suka amik risiko...macam saya.
ReplyDeleteshaliza,
ReplyDeleteBaguslah awak nak bincangkan tajuk ini. Publish aje draft awak tu setelah diolah mana yg patut.
Saya takde buat draft. Apa yg berlaku sekitar saya dan ada masa nak tulis, saya tulis.
Org Melayu ada juga yg nak cuba2 berniaga. Ada yg berjaya tapi ramai yg kandas! Itu yg menyebabkan sebahagian kita memilih jalan selamat dgn bekerja makan gaji. Saya tak kata kerja makan gaji itu tak baik tapi upsidenya mungkin kurang jika dibandingkan dgn berniaga.
rezeki dia.
ReplyDelete:)
lagi satu, melayu ni pantang sikit. asal nak maju dgn bisnes sendiri saja, adalah org nak tabur pasir dalam periuk nasik. kalau nak buat bisnes juga baik lah kite kene luar negara. heheh~
Alhamdulillah. Rakan2 seperjuangan dalam perniagaan saya tidak busuk hati.
Deletesuami lea selalu ckp yb, kenapa anak melayu sekarang bila ditanya nak kerja apa, jawapannya nak jadi doktor n mcm2x lagilah. dan jawapan yang biasa didengar nak kerja kerajaan.takde nak jawab nak berniaga..
ReplyDeletegadisBunga,
ReplyDeletememanglah rezeki dia tapi saya tabiklah org luar yg datang ke negara kita sehelai sepinggang boleh buka kedai. Bukan satu tapi dua.
btw, dengarnya isteri dia pun dua org. Seorg di Sri Lanka dan seorg di sini!
:)
Kalau kita ada daya saing, bolehlah mencuba di peringkat antarabangsa. Tapi pengalaman saya yg sikit2 ni, dalam negeri pun masih banyak peluang w/p org kita ni memang ada yg iri hati dan dengki bila melihat bangsa sendiri maju.
mMoOnN aAlLeEaA,
ReplyDeleteNak jadi doktor dan professional lain kerana kerja2 itu dipandang tinggi dlm masyarakat kita. Jika seorg jurutera meminang anak org harapan diterima lebih tinggi dari seorg penjual ayam w/p mungkin pendapatan penjual ayam itu jauh lebih tinggi dari si jurutera.
Org suka kerja gomen sebab masa depan terjamin. Jarang kena buang dibandingkan kerja dgn swasta yg banyak VSS skrg ni. Lagipun kerja gomen ada pencen hehehe
Tuan,
ReplyDeleteKita mungkin sudah terlambat. Namun, ayuh kita lahirkan sekurang seorang peniaga/ushawan di kalangan anak atau cucu-cucu kita.
betul tu...kalau kita balik kampung, mesti orang kampung akan tanya sekarang kerja apa...kalau masyarakat cina pulak,soalan berbeza dgn kita.Mereka akan tanya
ReplyDeletelu punya anak bisnes apa sekarang ni...
saya merupakan seorang usahawan dalam bidang penjualan barangan elektrik (franchisee senheng).
bila kita cakap kita berniaga, masyarakat kita mesti berfikir dia ni mesti berniaga pasar malam atau tepi jalan...itulah pemikiran bangsa kita.
franchise seng heng brape besar modal die, alhamduilillah bagus la ade orang bukak perniagaan franchise, lepas nie bukak mcdonald pulak
DeleteDi tempat kakcik, yang beniaga (buka kedai runcit/kedai dobi/ kedai guntingb rambut) ramai orang Acheh (suku sakat dia semua agaknya). Sekarang kalau beli ayam segar dan ikan, suami kakcik memang suka beli dari diaorang sebab jauh lebih murah harganya dari di Pasar Chow Kit.
ReplyDeleteRuginya jadi penakut tak bertempat macam saya ni, kann....
ReplyDeletehuhuhu...
suka nak berdikari tapi mungkin genetik berdikari tu not in my blood. that making my blood go upstairs
ReplyDeleteujang kutik,
ReplyDeleteSalam Tuan.
Terima kasih sudi berkunjung ke blog saya ini.
Saya tak tahu samada saya sudah terlambat menceburi bidang perniagaan ini. Sebelum ini saya pernah bekerja dgn sykt MNC dgn jawatan dan gaji yg agak lumayan selama 22 tahun.
Skrg saya bekerja sendiri dan terlibat di dalam pelbagai bidang. Sebahagian kisah penglibatan saya di bidang ini ada saya kongsikan di blog saya ini. Yang terbaru kira2 seminggu lepas.
Anonymous,
ReplyDeleteTerlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kerana awak berani menceburi bidang peruncitan alat2 elektrikal yg jarang disertai oleh org Melayu. Semoga satu hari nanti sykt awak berkembang maju dan mempunyai jenamanya sendiri.
Sebahagian besar org kita memandang rendah kebolehan bangsa sendiri berniaga. Mereka ingat taraf kita setakat berniaga di pasar malam atau tepi jalan. Ini yg buat patah semangat.
kakcik,
ReplyDeleteOrg2 Acheh mmg pandai berniaga. Network mereka boleh menandingi org Cina. Mungkin sebab itu mereka boleh jual lebih murah dari di Chow Kit.
salam uncle.. kedai dia kat mana???apa nama kedai dia?nak gak pegi beli kalau murah.. giant skrg pun lebih mahal dr jusco au2.
ReplyDelete~ Cik Azz Abu Bakar ~,
ReplyDeletetapi kalau jadi berani yg tak kena tempat pun bahaya juga. Ramai yg berhenti kerja utk berniaga tapi akhirnya rugi. Simpanan dari kerja bertahun2 lesap begitu aje.
Amacam? Masih rasa rugi? hehehe
Mak Su,
ReplyDeleteDah kira berjaya dalam kerjaya skrg. Teruskan apa yg maksu buat tu. Saya rasa boleh pergi lebih jauh lagi. Tak semestinya kerja sendiri atau jadi usahawan akan menjanjikan pendapatan yg lebih.
Love what you do if you cannot do what you love.
siddiq,
ReplyDeletewsalam.
Kedai dia kat Seksyen 5 belakang Gulatis. Masuk ikut jalan yg setentang dgn KFC ke arah PPZ tapi belum sampai blok PPZ tu. Kedai dia endlot.
Salam, YB betul tu... sebab orang Melayu takut rugi... nak menceburkan diri dalam business ni kena berani mengambil risiko....
ReplyDeletesebab tu ada sorang anak sedara saya ni walaupun dia tak berapa 'pandai'(mengikut tafsiran orang Malasia lah) dalam pelajaran... saya galakkan dia berniaga.. mula2 dia mengambil alih kedai runcit arwah atok saya yg sudah tutup (sebab Pak Long saya dah tak berminat...) ..sudah 2 tahun.. skrg di umur yg masih muda belia (dia baru berumur 24 tahun) saya gembira melihat dia sudah maju dan berjaya bergerak lebih jauh..walaupun pada mulanya bermacam2 dugaan dan cabaran mendatang..tapi saya selalu nasihatkan dia supaya bertahan dan selalulah berdoa kepada Allah SWT dan jangan tinggal melakukan solat sunat Dhuha .. skrg dia sudah boleh berbangga .. tapi disebabkan dia masih anak dara.. berniaga kedai runcit di kawasan kampung pula .. mmg lah mcm2 dugaan .. faham2 sajalah.. saya selalu berdoa dan suruh dia juga berdoa agar ditemukan jodoh dgn cepat ..supaya tiada fitnah2 lagi kpd beliau... Alhamdulillah .. dia baharu sahaja bertunang semasa Hari Raya Haji tempohari ... doakan agar jodoh beliau kuat dan akan terus ke jinjang pelamin ..
saya ada menulis mengenai beliau di sini
http://nurazzah8.blogspot.com/2011/11/rezeki-masing-masing.html
tengah fikir nak berniaga apa ni....
ReplyDeleteYB
ReplyDeletememang boleh katakan melayu pantai timur je yang rancak niaga...
yg lan ada, tapi taklah serancak dari pantai timur...
kenapa?
ntah.
Salam awk..
ReplyDeletemaaf komen sy tidak berkenaan tajuk entry awk..tetapi merupakan komen balasan sy di blog sy utk komen awk..
tkasih masih sudi jengah ke sini.
Tkasih juga utk komen..alhamdulillah..kasih Mak hingga ke syurga..tidak terbalas dengan segala yang ada di dunia..
hanya doa utk Mak...moga segala hasrat hati didengariNya..
insyaAllah..pasti sy smpi kan.. :)
Setuju dengan yb, orang Melayu juga takut mengambil risiko kegagalan adalah taboo kepada orang melayu.
ReplyDeleteTapi keluarga saya ramai yang berniaga, kaum arab kebanyak kan yang saya kenal juga ramai yang berniaga mereka ni macam kaum cina, india dan kaum2 pendatang yang lain.
nurazzah8,
ReplyDeleteWsalam.
Org kita lebih ramai yg suka 'play safe'. Mungkin itu ada kebaikannya tapi jika terlalu ramai yg buat begitu, banyak peluang bahkan di negara sendiri akan terlepas ke tangan bangsa lain.
Terima kasih berkongsi kisah Faizah. Kurang cemerlang dalam bidang akademik tak bermakna peluang lain juga tertutup. Faizah telah buktikan dia juga boleh berjaya. Sekalung tahniah buat dia dan semoga dia bertambah berjaya lagi di masa akan datang.
zino,
ReplyDeleteNak tunggu pencen ke nak berniaga tu?
AZANI,
ReplyDeleteMelayu Pantai Timur mungkin peluang dlm bidang lain agak kurang. Itu sebab mereka lebih suka berniaga. Di Pantai Barat banyak peluang kerja makan gaji. Dari kecil kita terdedah nak jadi bos atau jadi professional yg makan gaji dgn sykt2 besar.
Itu telahan saya saja. Mungkin ada sebab lain.
azza_irah,
ReplyDeleteWsalam awak.
eh tak perlu minta maaf kerana komen awk takde kena mengena dgn tajuk n3 ni. Sebaliknya saya berterima kasih kerana awk sudi melawat blog saya dan sudi meninggalkan komen.
Untung kita masih mempunyai ibu dan lebih untung kerana mereka mengasihi kita w/p kita dah besar panjang. Marilah kita sama2 cuba membuat mereka gembira dan menolong mereka di dunia dan akhirat.
Terima kasih sampaikan salam saya kpd ibu awk.
sharifah rosidah,
ReplyDeleteKaum Melayu senang dapat kerja baik di sektor awam atau swasta kerana ada kuota utk mereka. Kalau ada jalan yg senang, mengapa nak bersusah payah kerja sendiri atau melibatkan diri dlm bidang perniagaan.
Bangsa lain mungkin tidak mempunyai 'kelebihan' tersebut lalu mencari rezeki di bidang perniagaan yg Nabi kita sendiri kata 9/10 dari pintu rezeki.