Monday, December 5, 2011

Kalau Suami Orang Kahwin Lain, Mestikah Ada Yang Tak Kena?

2-3 hari lepas emak Adam memberitahu aku ada org terdekat kahwin lagi. Emak Adam pun baru tahu tentang perkara tersebut lalu dia berkongsi cerita dgn aku. Mula2 mendengar berita itu terkejut beruk emak Adam sebab lelaki ini nampak baik dan telah mempunyai keluarga yg bahagia. Isterinya bekerja dan mereka mempunyai 3 org anak. Yang sulung dah masuk IPTA pun.

"Patutlah isterinya dah nampak kurus sekarang," kata emak Adam mcm tak percaya. Dengarnya isterinya mahu minta cerai tapi dinasihatkan supaya bersabar. kurus sebab makan hati berulam jantung agaknya tu

"Isteri barunya tu kalau cantik dan muda takpe juga," sambung emak Adam.

Aku difahamkan isteri barunya tu tak cantik dan berkulit gelap (bukan hitam metalik) serta mata yg agak tersembul. Sudahlah tu. Dia mempunyai 4 orang anak pulak tu.

Aku beritahu (serkap jarang) kat emak Adam, mungkin lelaki ni nak membantu perempuan tu. Kesian dia ibu tunggal nak besarkan 4 org anak.

Emak Adam sikit pun tak menyokong!
Emak Adam kata mungkin dah kena guna-guna.

Habis tu, kalau menikah dgn gadis muda yg cantik, boleh ke? hehehe

26 comments:

  1. anggap jer dah jodoh..hehe.. :D

    ReplyDelete
  2. salam......kena buat dulu baru ada pengalaman weh....kat sana baru tau yang hitam legam tu cantik ke tak

    ReplyDelete
  3. saya budak mentah lagi. tak reti nak komen mende pun~

    ReplyDelete
  4. kehendak masing2. Tapi tulah kan...mesti ada yang terluka.

    ReplyDelete
  5. yb,kaklong pun nak berkonsi cerita kat sini,abg sepupu kaklong pun bahagia bila berkahwin,tapi bila dia bertemu dgn stu keluarga susah,dia berhasrat menjadikan anak dara org tu sbg isteri no.2 nya,isteri pertama bersetuju dan pergi meminang gadis tersebut utk suami nya..atas alasan kesian...
    bila mula2 dia berkahwin,gadis tersebut memang tak cantik,hitam..rambut afro..cantik lagi isteri pertamanya..
    tapi bila dah nak masuk 1/2 tahun usia perkahwinan mereka,dia jadi cantik putih kulitnya,rambutnya dah rebonding,
    takut suaminya lari kot....
    heheheh!!

    tapi natijahnya,sehingga sekarang,sepupu kaklong tu tak punya anak dengan isteri no.2 nya..
    dan lebih mengejutkan isteri pertama telah menabah anak nya lgi sorang...hehehehe!

    ReplyDelete
  6. makdara TERdiva,

    org lelaki lebih senang menganggap begitu tapi tidak bagi sebahagian kaum wanita ... ahaks

    ReplyDelete
  7. Panglima Muda,

    Wsalam.

    Ada cita2 nampak ... ngeee

    Bila hati sudah suka semua indah saja. Yang hitam metalik pun nampak cantik

    ReplyDelete
  8. gadisBunga,

    iyalah tu mentah. Awak dah ranum dah tu. Tunggu utk dipetik org aje ..... hehehe

    ReplyDelete
  9. shaliza,

    Saya tak yakin samada ini kehendak si suami tu. Dgn keluarga skrg pun nampaknya dia dah happy. Bisnes dia pun dah semakin maju.

    Mestilah isteri pertama dan anak2nya terluka.

    ReplyDelete
  10. kaklong,

    terima kasih berkongsi cerita. Ingatkan abg sepupu kaklong tu memilih emak budak2 tu utk dijadikan isteri kerana nak menolong tu. Ok jugalah pilih anak daranya.

    Mcmana boleh bertukar jadi cantik tu? Mesti banyak juga keluar belanja.... hehehe

    Isteri pertama mungkin tak dapat nak tukar bertambah cantik tapi boleh melahirkan anak lagi. Satu up utk dia

    ReplyDelete
  11. apapun alasan, kalau kawin 2 ke tiga, orang mesti ingat ada yang tak kena,..

    ReplyDelete
  12. sarang tebuan jangan dijolok

    kalau nak jolok gak , sila lah bersiap sedia dengan pakaian keselamatan ....

    ReplyDelete
  13. Anaa,

    Itulah keadaannya masyarakat kita. Sukar menerima begitu saja.

    Isteri baru ni pun satu hal jugak. Dahlah suami kawan tu dia kongsi, boleh pula buat aniaya kpd madunya tu.

    ReplyDelete
  14. pB,

    Jolok sarang tebuan utk dapatkan madunya ke? hehehe

    Ramai yg guna asap aje utk halau tebuan tu

    ReplyDelete
  15. minggir minggir wak dah datang niii senyum senyumm jugakkk... keke2

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,
    isu sensitif ni. Ada masa payah nak kupas. Macam2 mana pun, akan ada juga hati yang terguris...memang tak boleh elak

    ReplyDelete
  17. tak baik rampas. tapi kalau org offer bagi takpe. huhu

    ReplyDelete
  18. Susah juga nak kata kena di bomoh yb yang sebetul nya masa belum kawin layanan si hitam manis tu super duper tunggulah setahun dua lagi barulah sedar sama je dengan isteri pertama, kentut pun dah tak berbau wangi nanti.

    ReplyDelete
  19. wak gelas,

    lama tak mampir sini wak?

    Jemputlah datang lagi lain kali. Saya suka senyuman wak.

    ReplyDelete
  20. anyss,

    Waalaikum salam.

    Soal bermadu ni mmg sensitif bagi kebanyakan org terutama org perempuan. Memanglah jodoh tapi bagi mereka yg dimadu, kebiasaannya akan terguris.

    Sharing is caring tak boleh digunakan dlm situasi ini.

    ReplyDelete
  21. ashrafi,

    Mcm org politik pulak ni ... hehehe

    ReplyDelete
  22. Tijah,

    rampas ke tu? Nak kongsi aje kot .... ngeeee

    ReplyDelete
  23. Cik SHiNJU,

    Saya takde masalah utk bersangka baik tapi saya tak rasa isteri pertama dan anak2nya boleh buat mcm tu.

    ReplyDelete
  24. sharifah rosidah,

    Itulah susah nak cakap samada kena bomoh ke tidak. Hanya masa yg akan menentukan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails