Tuesday, December 6, 2011

Bila Bos Berkahwin Dengan Pekerjanya

Cerita semalam tak habis lagi. Ada maklumat baru yg aku terima. Lelaki tersebut bukan kahwin dgn org lain tapi dgn pekerjanya sendiri. Dia seorg usahawan (tak payahlah aku sebut bidangnya secara khusus kerana tak ramai org dalam bidang tersebut. Nanti org boleh agak siapa org ni hehehe).

Kisah bos kahwin dgn pekerja atau org bawahannya bukanlah perkara baru. Tapi ianya akan menimbulkan spekulasi jika bos itu masih ada isteri pertama. Maka akan keluarlah cerita dia diguna2kan dan sebagainya. Lebih2 lagi jika pekerja tersebut janda dan isteri pertamanya pula lebih cantik dan lebih tinggi statusnya dari madunya itu.

Inilah yg terjadi dgn org yg aku ceritakan semalam.

Sebelum ini ada juga salah seorang saudara aku yg kahwin dgn pekerjanya. Dia seorg kontraktor besar (Kelas A) dan mempunyai beberapa perniagaan lain.

Dengar ceritanya dia kahwin lagi tu sebab nakkan zuriat. Dgn isteri pertama dia cuma ada seorg anak lelaki. Dah bermacam2 cara mereka usahakan utk mendapatkan anak lagi termasuk bayi tabung uji tapi tak berhasil. Itu yg dia kahwin lagi. Emak dia menyokong dan telah turut melamar gadis tersebut.

Isteri pertama tentulah kecewa dan hampir2 nak bunuh diri!

Dipendekkan cerita, setelah mendapat seorang anak dgn isteri kedua, mereka bercerai.

Sekarang dia hidup aman damai dgn isteri pertama dan anak tunggal mereka di samping 2 org anak angkat.

Aku pun ada staf dari kalangan IT (ibu tunggal) beranak satu. InsyaAllah perkara di atas takkan terjadi. Dia pun dah bertunang dan aku dah jumpa tunang dia beberapa kali. Kalau tak mesti emak Adam tak kasi aku pergi opis hehehe


23 comments:

  1. heheheh..setuju ngan PB..

    tp kalo boleh elakkan...

    ReplyDelete
  2. ayat last tu kemain ha~~keh keh~

    ReplyDelete
  3. pB,

    Memang kita tak boleh menolak ketentuan tentang jodoh. Tapi menggunakan itu sebagai alasan, satu jalan keluar yg mungkin tak dapat diterima oleh sesetengah pihak terutama isteri pertama.

    ReplyDelete
  4. cikceriacorner,

    Rasanya memang ramai yg nak elakkan tapi kalau dah terkena nak buat mcmana? huhuhu

    ReplyDelete
  5. bujal X,

    ayat yg dah saya potong tu lah yg awak baca .... hehehe

    ReplyDelete
  6. alaaa..nak seribu daya..tak nak seribu dalihhhh...huhh!

    ReplyDelete
  7. jangan lupa jemput ye YB...kalo yang ke-2, ke-3 mahupun ke-4 ye...heheheh

    ReplyDelete
  8. kaklong,

    masalahnya usaha pihak yg nak tu lebih dari dalih dari pihak yg tak nak. Itu yg akhirnya jadi juga .... huhuhu

    ReplyDelete
  9. jedi,

    kempunanlah nampaknya awak kalau nak tunggu nasi minyak saya ... ngeeee

    ReplyDelete
  10. YB, saya cuma harap, kalau YB naik pelamin lagi, sudi sudi lah jemput saya ya...



    larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk... :P

    ReplyDelete
  11. selalu isteri2 takut dengan IT, lebih2 lagi kalau suami mereka terdedah kepada IT ni setiap hari.. tak semua IT tu perampas, ada IT yang lagi baik dari isteri2 orang itu...

    eh saya isteri orang.. doakan rumahtangga saya kekal ke ujung nyawa ehh..hihi..

    ReplyDelete
  12. Daddy Ziyyad,

    Tak sempat saya nak balas komen tu doc dah lari.

    Saya pun berharap kalau DZ naik pelamin lagi, sudi sudilah jemput saya ... hehehe

    ReplyDelete
  13. Anaa,

    Ada isteri yg takut dgn iT tu sebab ada IT yg desperate nak cari suami. Maka tak hairanlah jika ada suami yg terpikat dgn IT. Tambahan IT lebih berpengalaman dibandingkan dgn anak dara.

    Tak dinafikan ada IT yg baik.

    Saya doakan rumahtanggan Anaa kekal ke akhir hayat. Dah berapa tahun kahwin ek?

    ReplyDelete
  14. abang pun berkahwin dengan pekerja kira-kira 31 tahun lalu sampai sekarang.

    ReplyDelete
  15. salam YB..,

    lama dah tak terjah blog ni...

    Tak tau lah nak kata apa.., byk sgt dah saya dengar pasal boss kawin staff ni...tak kiralah IT ker AD ...

    kalau boleh elakkan...elakkan, kalau terkena juga pandai-pandailah nak "handle"...

    tapi dulu Rasulullah berpoligami bila Syaidatina Khatijah wafat, sebelum tu kekal bersama beliau...allahua`lam... fikir-fikirkanlah...

    ReplyDelete
  16. al-lavendari,

    abg memang hebat ... 31 tahun dululah hehehe

    Kiranya pejabat abg tu bukan saja tempat cari rezeki tapi cari jodoh juga. ngeeee

    ReplyDelete
  17. selalu org kata
    bila dah kawen..dah jodoh
    bila bercerai..takde jodoh.

    hehe

    ReplyDelete
  18. azmnor,

    Wsalam.

    Terima kasih kerana masih sudi menerjah ke mari.

    Kalau dah setiap hari berjumpa dan berinteraksi, tak mustahil akan lahir bibit2 cinta satu hari nanti. Itu yg mungkin terjadi dlm kes2 spt ini.

    Masalahnya tak semua yg dah terkena pandai nak 'handle'...

    Rasulullah s.a.w berpoligami ada sebabnya.

    ReplyDelete
  19. Irfa,

    Jodoh jugalah yg dijadikan alasan .... huhuhu

    ReplyDelete
  20. Hehehe dari cerita ini boleh lah saya buat kesimpulan yang saya kenal dengan kontraktor yang dimaksudkan dan tinggal berdekatan dengan rumah saya, eh betul kan YB.

    ReplyDelete
  21. sharifah rosidah,

    memang awak kenal dgn org tu. Dunia ini kecil aje ... hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails