Monday, December 12, 2011

Ikan Bakar Melaka Yang Mana Satu Yang Paling Best?

Semalam emak Adam mengajak aku bawa anak2 naik River Cruise di Sg Melaka. Kami bercadang bertolak sebelum Zohor tapi pagi semalam emak aku beritahu yg sepupu aku yg baru kahwin minggu lepas nak datang ke rumah kami. Pengantin baru kata nak datang takkan kami kata tak boleh pula. Mereka datang ke rumah pukul 12:30. Solat berjemaah di rumah kami. Lepas solat emak Adam hidangkan mee bandung dan karipap homemade.

Kami bertolak ke Melaka dekat pukul 4 ptg. Hantar Afifah ke London dulu sebelum kami ke jeti river cruise itu. Aku tanya Atikah yang pernah naik river cruise tu kat mana jetinya supaya aku tak pusing2 sebab dah petang. Dia kata elok naik yg berhampiran Taman Rempah. Bila aku tanya dia kat mana Taman Rempah tu dia pula tak tahu nak terangkan kat aku. dia duduk Melaka 4 tahun masa belajar di Trendak dulu tapi tempat2 kat Melaka pun tak terer sangat. Biasalah org perempuan! hehehe

Atikah kata dia akan tanya kawannya yg budak Melaka. Sementara itu aku call rakan blogger lelaki aku yg merupakan org Melaka. Dia beritahu dekat Pengkalan Rama.

Tak lama lepas tu Atikah call aku balik memberitahu perkara yg sama. Kalau Pengkalan Rama itu aku tahu sangatlah sebab stesen Shell yang pertama aku bina semula 15 tahun yg silam terletak tak jauh dari situ.

Masa kami sampai di situ dah pukul 7:20 ptg. Tak sempat nak tengok matahari terbenam dari atas cruise tu. Kami niat jamak takhir aje sebab takut lambat nak bawa Adam dan Haikal naik bot tersebut. Rupanya ramai orang yang nak menikmati pemandangan bandar Melaka dari sungai. Bot-bot cruise tu semua penuh dgn penumpang.

Seronok anak2 kami dapat naik bot. Kamipun seronok juga sebab nak ke Venice tak cukup bajet.

Selepas tamat cruising, anak2 aku ajak makan. Aku cadangkan kami makan ikan bakar di Umbai. Emak Adam tanya aku tak jauh ke tempat tu tapi aku kata Melaka ni besar manalah sangat. Aku pun bawalah kereta aku celah2 jalan sempit di Melaka itu sebelum ke AMJ dan terus ikut Bukit Tembakau utk ke Umbai.

Sampai di Umbai seperti biasa kami memilih gerai yg pertama. Orang sangatlah ramai kerana cuti sekolah dan juga mungkin orang2 Selangor yg bercuti hari ini turut membanjiri tempat itu. Nak cari meja kosongpun susah. Akhirnya dapatlah kami meja kosong. Aku suruh Haikal dan Adam duduk di situ takut org lain ambil tempat tu sementara aku dan emak Adam pergi memilih ikan dan seafood lainnya.

Kami ambil sotong utk dibuat goreng tepung (faberet famili kami), kupang, udang masak masam manis dan ikan pari. Ikan lain besar2 dan tentu tak habis jika hanya saya dan emak Adam yg makan.

Sementara menunggu udang, ikan dan sotong dimasak, kupang sampai dulu. Kamipun makan sampai licin dgn nasi putih. Dah habis kupang tu kami kena berhenti tunggu lauk yg lain tu datang tapi yg tiba hanyalah sayur kangkung belancan yg kami order. Aku dan emak Adam belasah kangkung tu pula.

Akhirnya sampailah ikan bakar, sotong dan udang. Sotong goreng tepung dia memang best. Itu sebab kami suka ke situ w/p kami dah cuba hampir setiap gerai ikan bakar di muara2 sungai yg lain di sepanjang pantai Melaka.

Pagi ni kawan2 fb aku beritahu Umbai tu mahal. Ada tempat lain yg lebih murah dan sedap.

Kalau korang biasa makan ikan bakar, cuba beritahu tempat mana yg power. Setakat 100 - 200km dari KL, kami boleh pergi hari aje utk mencubanya.

22 comments:

  1. yb,

    dah lama yb tak masuk kan gambar dlm n3 yb..tak best laaa..
    sesekali masuk kan lahhh...

    ReplyDelete
  2. Salam YB..,

    saya pun pernah makan ikan bakar dan seafood kat umbai tu...memang best walaupun harganya mahal sikit tapi ikan dan seafoodnya fresh...memang best.... kat PD pun tak se best di umbai tu...

    ReplyDelete
  3. abang pernah orang belanja makan dekat sungai duyung (kalau tak silap) .. memang sedap !

    ReplyDelete
  4. yb mmg umbai atau serkam...dua dua ni my fevourite

    ReplyDelete
  5. kaklong,

    Itulah. Ramai juga yg kata kat Bagan Lalang tu sedap. Nak try satu hari nanti.

    ReplyDelete
  6. kaklong,

    ada juga ambil gambar masa naik river cruise tu tapi gambar malam tak cantik sangat sebab guna kamera cap ayam.

    Gambar sotong dan ikan bakar org dah biasa tengok.

    Apapun lain kali saya cuba tempek gambar yg sesuai demi permintaan kaklong ni.

    ReplyDelete
  7. azmnor,

    Wsalam Bro.

    Kat PD saya pernah makan dua kali tapi tak berapa power.

    Itu yg kami sanggup pergi jauh2 utk ke Umbai. Tapi harga mmg mahal sikit. huhuhu

    ReplyDelete
  8. al-lavendari,

    Kat Sg Duyung tu ada 2 gerai. Satu yg dekat sikit dari jalan masuk. Yg itu mmg selalu penuh dgn pelanggan. Yang satu lagi sebelah dalam sikit. Tempat dia cantik sikit tapi banyak nyamuk. Pelanggan pun kurang.

    Saya dah cuba kedua2 tapi rasa mcm biasa aje.... ngeeee

    ReplyDelete
  9. AZANI,

    Terima kasih berkongsi citrarasa .... hehehe

    ReplyDelete
  10. dulu p melaka tak sempat p umbai...tak tau sedap ka dak...huhu

    ReplyDelete
  11. kat rumah saya ikan bakarnya sedap jugak. buat sendiri je. huhuhu~

    ReplyDelete
  12. Ana Ikan Bakar Petai,pemes kat Tg Lumpur,Kontan tp baru ni ade buka kat Bangi..Lg murah dr harga Sekinchan Ikan Bakar..Cer YB search kat fb.. Kompem ada...Saya x pernah gi yg kat Bangi tu...Saya xleh makan sifud..

    ReplyDelete
  13. Sdr YB,

    Kalau nak dibandingkan antara Umbai dengan Muara (Pelabuhan Klang) pendapat saya jauh lebih baik Umbai dari segi harga dan rasa.

    Saya dan keluarga pernah naik river cruise waktu malam. Memang menarik. Ini projek yg patut dipuji.

    ReplyDelete
  14. Mohamadazhan.com,

    rugilah kalau ke Melaka tak pergi makan ikan bakar...

    Lain kali bolehlah ke sana lagi utk mencuba.

    ReplyDelete
  15. gadisBunga,

    bila nak ajak kami sekeluarga menikmatinya GB? ngeeee

    ReplyDelete
  16. Cik SHiNJU,

    Pernah sekali rasanya saya makan di Ana yg di Tg Lumpur tu. Sebelum tu biasanya saya ke Phuket juga di Tg Lumpur tu.

    Sekinchan mmg mahal dan taklah sesedap mana.

    Nak ajak awak tapi awak tak makan sifud. Kita makan ayam percik Yati ajelah. Skrg dah ada kat Bangi juga ... hehehe

    ReplyDelete
  17. ujang kutik,

    Saya setuju dgn pandangan sdra tu. Ikan bakar di Muara tak berapa kick. Rasa sekali dah cukup dah ... huhuhu

    Memang seronok juga naik river cruise tu. Patut dipuji sebagai produk pelancongan. Dengar di KL pun nak buat tapi mungkin 10 tahun lagi ... hehehe

    ReplyDelete
  18. Kami pun berada di Melaka pada 10,11 dan 12hb tapintak sempat nak pergi makan ikan bakar sebab terlalu busy, kami hanya sempat makan asam pedas di gerai no 36 yang famous dulu sekarang mereka berpindah ke lot kedai.

    ReplyDelete
  19. sharifah rosidah,

    lama tu sampai 3 hari 2 malam. Kami di Melaka cuma beberapa jam saja tapi sudah tentu berbeza org yg buat kerja mcm awak dan org yg makan angin mcm kami .. hehehe

    Gerai 36 tu mmg femes dari dulu lagi. Dah pindah ni pun masih ramai yg cari tempat tu utk makan asam pedas dan ayam kampung gorengnya.

    ReplyDelete
  20. Bagang lalang meme sedop boss...restoren senandong malam.Harga mahal sikit boss!!tapi murah sikit dr kedai lain,kdai lain jge gi,meme cekik darah punya harga.

    ReplyDelete
  21. coba di ikan bakar terapung....umbai...kdai no 5.....daatang sekali pasti nak lagi...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails