Saturday, December 10, 2011

Dah Jumpa Sebab Kuat Nak Balik Kampung

Emak mertua aku dah menggeletek aje nak balik kampung. Walaupun alasan yg diberikan setakat ini tak kukuh langsung tapi dia masih berusaha mencari alasan tambahan.

Pagi tadi semasa ikut kami ke Kg Datuk Keramat dan ke Pasar Tani serta Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia, dia sekali lagi menyuarakan hasrat nak balik kampung hari ni. Kali ini dia kata rumput di laman dah panjang! Aku tanya dia nak meracun rumput tu ke tapi dia kata takdelah. Upahkan org aje buat kerja tu..... ek alah.

Aku dan emak Adam memang dah pakat siang sikit nanti nak hantar dia balik. Tapi tak bagi tahu dia direct lagi.

Tiba2 aku dapat panggilan telefon dari biras aku di kampung bertanyakan IC emak mertua aku (emak mertua dia juga). Suami dia iaitu adik kpd emak Adam nak uruskan pendaftaran utk mendapat bantuan BR1M yg RM500 tu. Hari ni diadakan pendaftaran utk semua penduduk kampung yg layak. Mertua aku layak sebab dia tinggal seorg dan tiada pendapatan tetap.

Adik ipar aku dah cari IC emak dia atau salinannya tapi tak jumpa.

Emak mertua aku dah beritahu di mana dia rasa dia letakkan IC tu. Biasalah org tua meletakkan IC mereka merata tempat. Adik ipar aku akan ke rumah mertua aku utk cari IC itu tapi mertua aku kata dia nak balik!

Walla! Dapat dia alasan yg solid utk balik.

Oh ya. Sesiapa yg rasa layak utk mendapat BR1M tu jangan lupa mendaftar. Kalau lambat, nanti tak dapat.

17 comments:

  1. biasalah YB, sedangkan orang tak tua macam saya pun lebih suka nak balik umah sendiri. inikan pula orang tua. hihihihi

    ReplyDelete
  2. AiTotYati,

    Memanglah Yati lebih suka nak balik rumah sendiri sebab enJekjek ada kat rumah .... hehehe.

    Mertua saya bukan ada sesiapa di rumah dia skrg. Duduk kat sini boleh juga main dgn Adam ...ngeee

    ReplyDelete
  3. MAK MERTUA SYA LAYAK JUGAK KOT? AGAKNYA LAH...LG PUN DIA DUK SORANG DEKAT RUMAH TU

    ReplyDelete
  4. kaklong layak kot...kehkehkeh!









    online blh gak kan..?

    ReplyDelete
  5. Eja,

    Cubalah tanya. Yang saya faham jika pendapatan isi rumah kurang dari RM3000 sebulan, layak mendapat bantuan tu. Jadi emak mertua Eja kalau pendapatan tak sampai 3k bolehlah mendaftar.

    ReplyDelete
  6. kaklong,

    suruh abg daftar cepat. Pertengahan Januari dah nak diagihkan bantuan tu. Kalau tak daftar nanti tak dapat.

    ReplyDelete
  7. nanti lah sya akan cuba rujuk di mana mana, bantuan tu lepas jugak untuk orang yg memerlukan betul tak?

    ReplyDelete
  8. Eja,

    Yang mudahnya kalau ada pendaftaran berkelumpuk mcm yg dibuat di kampung2 atau di kondo rakyat baru2 ni.

    ReplyDelete
  9. mak sy pun layak, pepagi tadi, masa nk keluar g keja, dia dah sesiap call geng dia y sama2 layak nak pegi isi borang apa semua tu....



    lajuuuuu je dia tu...........

    ReplyDelete
  10. Jgn sampai ade yg menipu sbb nakkan rm500 ni dah la...sok2 ade plak yg dtg buat bancian kat umah konon2nya wakil jabatan tertentu...


    *** Saya xleh jejak blog kasihibu tu sbb kat profile dia xde link blognye...ape nama blognye yer?

    ReplyDelete
  11. zonaku,

    Emak awak sungguh prihatin dan tahu hari ni harinya utk mendaftar. Mertua saya tak tahu pun. Nasib baik anak dan menantunya yg tinggal di kampung tu tolong uruskan.

    ReplyDelete
  12. Cik SHiNJU,

    Biasalah org kita ni. Mesti ada yg cuba menipu. Yang tak layak pun akan memohon. Atau ada yg satu rumah sampai suami isteri sama2 memohon.

    Org yg nak menipu pun biasa. Nak isikan borang cas RM50 huhuhu

    Link blog kasihibu ialah
    http://mycutelife-sayangsayangibu.blogspot.com/2011/12/pokok-lagi.html

    Yang saya bagi tu n3 ketiga Eja utk hari ni. Tengah semangat tu... hehehe

    ReplyDelete
  13. alasan kukuh yang tak bloeh YB dan emak adam tepis lagi..he he

    ReplyDelete
  14. Acik Erna,

    makanya petang Sabtu tu kami pun hantarlah dia balik kampung... ngeeee

    ReplyDelete
  15. - GC-,

    Terima kasih di atas pujian ... hehehe

    ReplyDelete
  16. Emak saya pun layak juga kot sebab dia pun sendirian, tapi biasalah dia malu. Saya dah minta anak saudara saya hantarkan nama dia, dia cakap dengan anak saudara saya tak payah Tok dapat duit tiap2 bulan dari aunty........, aunty........dan aunty........ Kau jangan nak mengada-ngada nak hantar nama Tok, tak kuasa dah anak saudara saya nak bergaduh dia cakap suka hati Toklah, tok kan janda kaya menyegeh terus orang tua tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails