Tuesday, December 13, 2011

Rezeki Allah Ada Dimana-mana

Kita selalu mendengar ayat tersebut. Ada masa kita sendiripun menyebutnya. Tapi yakinkah kita kpdnya?

Sering kali kita terlalu bergantung kpd satu sumber rezeki saja. Jika secara tiba2 atau secara beransur2 sumber itu ditarik dari kita, mulalah kita menggelabah. Masa itu kita rasa dunia ini gelap.

Perkara di atas terjadi kepada mereka yg makan gaji dan juga yg bekerja sendiri kecuali yg yakin bahawa rezeki Allah itu ada di mana2.

Sejak aku kerja sendiri, sykt aku bermula dgn satu kontrak dgn sykt MNC dari Australia. Februari tahun depan kontrak tersebut akan berakhir dan tiada tawaran kerja baru daripada mereka. Mereka akan menukar cara mereka melaksanakan projek dan khidmat sykt aku mungkin tak diperlukan lagi. So be it!

Nak harapkan projek kerajaan, kebanyakannya bergerak terlalu perlahan sekarang.

Sementara itu aku mencari sumber rezeki lain. Setakat ini kami telah memulakan kerja dgn anak sykt Bumiputera terkaya di Malaysia. Syukur alhamdulillah.

Pagi ni seorang bakal client aku yang bukan berbangsa Melayu memberitahu dia akan menganugerahkan satu kontrak utk projek dia di Selangor. Sudah beberapa bulan kami berusaha mendapatkan projek tersebut. Jarang benar bangsa mereka nak beri projek kpd org Melayu tapi kalau dah rezeki dapat juga kpd sykt aku.


Ya Allah. Kurniakanlah kpd hambaMu ini rezeki halal dan baik yg melimpah ruah supaya dengan rezeki itu dapat mendekatkan aku kpdMu.


26 comments:

  1. amin....

    tlng aminkan doa bawah tu

    ReplyDelete
  2. sudah tertulis rezeki tu ada dimana mana, ulat dlm batu pun boleh hidup kan? sbb ada rezeki di celah celah batu tu.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..
    memang rezeki ada dimana2



    tapi tanpa usaha dan bertawakal,susah juga jadi nya kannnn...

    ReplyDelete
  4. Eja no 1,

    wah dah mula main cop cop mcm dulu ke?

    Nanti kena kumpulkan geng2 dulu tu .... hehehe

    ReplyDelete
  5. Eja no 2,

    Terima kasih tolong aminkan doa tu.

    Saya pun doakan Eja dan kawan2 lain dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  6. Eja no 3,

    Syukur masih ada rezeki. Taklah kebulur kami sekeluarga.

    Terima kasih di atas ucapan tahniah tu.

    ReplyDelete
  7. Eja no 4,

    ulat dalam batu cukup utk buat makan aje. Kita manusia ni perlukan rezeki utk perkara2 lain. Duduk di bandar besar ni semuanya perlukan wang .... huhuhu

    ReplyDelete
  8. kaklong,

    Jika kita sudah berusaha dgn sebaik mungkin, selebihnya kita serahkan kpd Allah. Jika dia nak jadikan kita kaya raya, itu terlalu mudah bagiNya.

    Begitu juga sebaliknya. Nauzubillah.

    ReplyDelete
  9. Akak amat yakin.. sebab tak semena2 akak dpt 'angpow' sebanyak rm3k pd raya yg lepas. Memang terharu dan bersyukur amat2.

    ReplyDelete
  10. Marina Monroe,

    Rezeki tu kak. Kalau awak tak gerakkan hati pemberi tu, mungkin RM3K tu tak jadi rezeki kakak.

    ReplyDelete
  11. Benar, org Melayu Islam Malaysia ramai yang suka ungkapkan ungkapan 'rezeki allah itu ada di mana mana'...tetapi natijahnya, berapa % yang menuturnya benar2 yakin dan serlahkan dgn bidang kerja? Masih ramai yang beria ia pulun nak kerja dgn Kerajaan(walaupun sedar gaji kecil, byk karenah birokrasi) atas alasan masa depan terjamin/ada pencen/etc...tetapi mereka lupa, yang memberi rezeki itu Allah, bukan Kerajaan.

    ReplyDelete
  12. Daddy Ziyyad,

    Well said.

    Tak perlulah saya tambah lebih2 lagi selain mengatakan mungkin rezeki mereka di situ.... ngeeee

    ReplyDelete
  13. Tuan,

    Alhamdulillah.

    Memang sukar hendak menjazamkan seyakin-yakinnya bahawa tiap sesuatu itu berlaku dengan kehendak dan belas kasihan Allah.

    Namun, mungkin melalui ujian suka-duka dan turun-naik kehidupan, seseorang akan mendapat 'anugerah' itu - yakin seyakin-yakinnya.

    ReplyDelete
  14. ujang kutik,

    Salam Tuan.

    Betul tu. Bukan mudah utk menjazamkan perkara ini. Ustaz yg mengajar di surau tempat kami memberitahu bahawa kita akan diuji dengan pelbagai ujian seperti ketakutan, kelaparan, hilang pekerjaan dsb utk meningkatkan iman kita. Sesiapa yg lulus ujian ini dia akan diuji di peringkat yg lebih tinggi.

    Bersediakah kita utk menghadapi dan lulus ujian2 tersebut?

    ReplyDelete
  15. amin... moga melimpah ruah rezeki YB sekeluarga.

    ReplyDelete
  16. Yb kita serupa. Bila kita kerja sendiri kita mesti kreatif dan rajin insyaallah rezeki tu tetap ada macam kami ni selagi budak2 suka tengok kartun selagi tu lah rezeki kami tak putus2. Dulu masa masih isteri setiausaha sulit semua urusan2 untuk diri sendiri pun dibuatkan oleh PA suami, sekarang buat sendiri lagi puas hati.

    ReplyDelete
  17. wak pon doakan rejeki yg terbaek wat kang yb jugakkk... eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........

    ReplyDelete
  18. setuju.ada ketika kita melafazkan tp dalam hati sedikit ragu2..Ya Allah.ampuni aku.

    tahniah ye..moga makin murah rezki

    ReplyDelete
  19. cikgunormah,

    Terima kasih mendoakan utk kami. Begitu juga saya doakan utk cikgu sekeluarga.

    ReplyDelete
  20. sharifah rosidah,

    Kerja sendiri mmg kena kreatif. Mula2 buat kartun tapi lepas tu ada mcm2 lagi bidang yg berkaitan yg boleh diterokai.

    Bila nak mula bina theme park U&I tu? Mungkin kita boleh bekerjasama dlm bidang2 tertentu.

    ReplyDelete
  21. Wak Gelas,

    kesuwon Wak kerana mendoakan saya. Saya pun harap rejeki wak dimurahkan.

    ReplyDelete
  22. Irfa,

    Saya kagum org yg mcm Irfa ini yg bila tersedar lantas memohon ampun kpd Allah. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.


    Semoga rezeki Irfa juga dimurahkanNya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails