Emak mertua aku datang ke rumah kami Jumaat malam Sabtu lepas utk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku di Kg Baru pada Sabtu lepas. Dia datang KL ni dgn adik ipar aku.
Sebelum ini kalau dia datang KL ni paling lama 3-4 hari dia dah nak balik. Masa itu arwah bapak mertua aku masih ada. Sekarang emak mertua aku tinggal seorang diri di kampung. Kesian juga dia tinggal seorang di rumah besar di kampung tu. Tapi nak buat mcmana. Semua anak2 dan cucu ada tanggungjawab masing2.
Kami ada juga cadangkan dia duduklah di rumah anak2/menantu dia yg 6 org tu. Suka hati dia nak duduk di rumah yg mana dan berapa lama. Kalau nak duduk lama2 kat rumah aku pun takde masalah. Emak aku dah duduk dgn kami sekeluarga sejak ayah aku meninggal dunia 18 tahun lepas. Emak aku dan menantunya (emak Adam) boleh ngam.
Tapi mertua aku ni dah sibuk nak balik kampung. Maklumlah dah dekat seminggu di sini.
Berikut alasan2 yg diberikan:
1) nak tengok rumah sebab dah lama ditinggalkan
takkan dilarikan semut de rumah tu
2) nak bagi makan ayam
anak jiran dah setuju tolong bagi makan
3) nak siram pokok bunga takut kering
sekarang ni hari2 hujan - takkan kering
Setiap alasan yg diberi telah dipatahkan oleh emak Adam tengahari tadi (lihat jawapan emak Adam yg berwarna biru dia atas)
Nampaknya terpaksalah dia tinggal lebih lama di sini.
Untuk mengisi masa lapangnya, emak Adam dah belikan ikan bilis 3 kg tengahari tadi. Emak dia suka kopek ikan bilis. Nanti nak balik bolehlah bawa separuh hehehe
pandai emak adam..3 kg yang nak dikopek..banyak tu
ReplyDeletearwah atok saya dulu pandai buat jala. saja suka2 maklum la duduk rumah sazah (taman) takde tempat nak cucuk tanam. 1 jala org beli rm150. masyuk gak income dia tem tu.
ReplyDeletemak2 ni memang suka duduk rumah sendiri..selesa kata mereka.tapi kita anak2 selalu risau esp bila mereka duduk sorang2....kena pandai2 pujuk macam mak adam.
ReplyDeleteHehehe...orang tua2 memang susah nak meninggalkan rumah lama2... nanti kalau kita dah seusia mereka rasanya kita pun jadi macam tu...lebih selesa di rumah sendiri biar pun kecik
ReplyDeletetapi kalau emak mertua YB kopek ikan bilis 3kg siap dalam dua hari, maknanya extend dua hari sahajalah duduk rumah YB...hihihi...
ReplyDeleteorg tua mmg macam tu YB..nenek saya pun, sibuk nak tgk ayam itik kat kampung..:P
mak kaklong tak ada alasan semua yg kat atas tu,cuma dia pening duduk terkurung dlm rumah,dan katanya lama sangat tinggal kan budak2 belajar mengaji...huhuhu!
ReplyDeletedia tinggal sorang ke kt kampong..boleh la mohon BR1M hehehhee
ReplyDeletesamalah macam mak saya. baru ja datang umah anak kat sini dah nak balik..
ReplyDeletetak betah terkurung je dalam rumah.. anak2 suma keje.. weekend jela baru bole bawak jalan
biasalah org tua yb. mana nak lama2x duduk rumah anak
ReplyDeletemampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)
ReplyDeletemak sy y muda *muda la banding ngan emak mak adam* pun asyik bebel je kalau ke rmh sy di selangor dulu. rimas katanya........ esp kalau dia kat rmh, n sy pegi keja..... tau2 dia dah call abang datang amik dia bawak balik.
ReplyDeletenak amik flight masa tu, dia lupa bawak IC
hihi.. mak mentua YB macam aruah mak saya.. suka kopek ikan bilis.. tak tahan, dulu kalau balik je umah mak, mesti dia tengah kopek ikan bilis, pastu ajak suh join dia sekali.. tak sukaa.. hihi.. skang rindu sangat..
ReplyDeleteAcik Erna,
ReplyDeleteKalau setakat sekilo sekejap dah habis kopek. Lagipun nenek Adam nak buat kenduri arwah bulan depan dan nak gunakan ikan bilis utk bahan masakan.
Tijah,
ReplyDeleteEloklah ada kebolehan digunakan sepenuhnya. Saya ingat lagi n3-n3 awak tentang arwah atuk awak tu. Sayu pula bila teringat.
ieda,
ReplyDeleteitulah kan. Duduk dgn anak2 dan cucu2 kan senang dibanding duduk sorang2. Kalau sakit pening takde siapa nak tolong.
Tapi dah mcm tu perangai kebanyakan org tua ni. Nak buat mcmana? Kalau pujukpun tak tahu tahan berapa hari tinggal rumah anak2 ni.
aNIe,
ReplyDeleteMemanglah mereka lebih selesa tinggal rumah sendiri tapi kalau dah sorang2 tu risau juga anak cucu ni.
Minta2 kalau kita umur panjang kita tak menyusahkan sesiapa.
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteKalau siap dlm masa 2 hari bolehlah tambah lagi 3kg biiis ... hehehe
Setakat ni nampaknya dia nak sambung duduk rumah saya. Anak saya yg belajar kat Melaka pun nak balik rumah petang ni. Adalah alasan neneknya tinggal sini sampai awal minggu depan.
Nenek doc ada bela ayam itik ke? Tentu Ziyyad dan Zayyan seronok bila balik kampung.
kaklong,
ReplyDeletebiasalah org duduk rumah kampung bila datang rumah kita yg kat bandar ni rasa terkepung. Itu yg mereka rimas. Lagipun jiran2 di bandar ni ramai yg kerja dan sibuk kalau nak diajak berbual.... huhuhu
Emak kaklong pandai ajar mengaji ek? Untunglah anak cucu boleh belajar dari dia.
sahrom,
ReplyDeleteHa'ah dia tinggal sorang skrg sejak bapa mertua saya meninggal dunia bulan Ramadan hari tu.
Nanti nak suruh dia mohon BR1M tu. Boleh juga buat belanja dia dan utk simpanan jika ada kecemasan.
~mrs azmi~,
ReplyDeletekalau anak dan menantu dua2 kerja, memang rasa sunyi di rumah sendirian. Dia nak keluar jalan dekat2 takut sesat. Lainlah org muda mcm kita yg boleh buka komputer .... ngeeee
Awak pun tahu guna perkataan betah ya. Wong Jowo po?
mMoOnN aAlLeEaA,
ReplyDeleteBetul apa yg lea cakap tu tapi kalau dia balik kampung pun bukan ada apa sangat yg dia nak buat. .... huhuhu
Outbound Malang,
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah ke mari dan beberapa blog rakan2 saya.
InsyaAllah bila sempat nanti saya singgah sana.
zonaku,
ReplyDeleteItu lagi best. Siapa call abg awak suruh ambil dia.
Dulu arwah nenek saya sebelah ayah ada buat mcm tu ... hehehe
Anaa,
ReplyDeleteKadang tu bukanlah mereka suka sangat nak kopek bilis tu tapi daripada duduk diam tak buat apa2 eloklah buat kerja apa yg patut. Masa kat kampung dulu emak mertua saya ada buat penyapu lidi dari daun kelapa sawit sebab banyak pokok kelapa sawit keliling rumah.
Bila mereka dah tiada kita akan rasa kehilangan mereka terutama bila terkenang perkara yg selalu mereka buat.
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah utk mereka.
comelnya gelagat mil yer..bagi ikan bilis utk dikopek,,buat hilang boring :-)
ReplyDelete