Sanggupkah anda pergi sejauh 42.3 km semata2 utk makan mee goreng? Ok bukan mee goreng biasa tapi mee goreng power? Selain dari jarak yg agak jauh itu anda juga kena bayar tol sebanyak RM11.40 pergi balik.
Tapi itulah yg aku dan keluarga aku baru saja lakukan petang tadi.
Kain rentang di hadapan gerai mee goreng sotong power sebagai bahan bukti
Masa aku nak balik dari meeting Zohor tadi emak Adam tepon aku ajak pergi makan mee power di Seksyen 2 Shah Alam. Baru masuk Jalan2 Cari Makan tempat tu. Sampai di rumah aku solat dan siapkan kerja yg urgent sebelum kami bertolak. Sampai di sana dah pukul 3:45 ptg. Itupun sepanjang jalan banyak panggilan tepon dan sms. Salah satu daripadanya dari bakal klien terbaru sykt kami. Mereka memberitahu kami menang tender utk satu projek kecil dgn mereka. InsyaAllah dapat juga akhirnya aku buat kerja utk sykt milik orang Islam terkaya di Malaysia ni.
Bila kami sampai dan nak order, mereka kata yg ada hanya mee goreng power. Mee rebus, tauhu bakar dan nasi lemak tak sempat dibuat hari ni sebab terlalu ramai org.
Aku dan Hazwan order mee power tu. Ianya mee goreng yg diletakkan sambal tumis sotong kering. Memang power.
Emak Adam, Haikal dan Haizam order mee kongfu, mee hailam dan nasi ayam di gerai berhampiran.
Oh dah maghrib rupanya.
Cukuplah kisah aku kali ini. Takut tertinggal berjemaah lagi macam semalam masa tengok kucing kejar tikus tu.... huhuhu
Salam YB... takde alamat ke...alamak camni camaner nak kongsi powernya tu...gambar pun tak? Ni mesti sebab terlalu power...lupa nak ambil gambar...
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeleteJAUH JARAKNYA DGN BELANJA TOLNYA, KALAU MAKANAN SEDAP BERBALOI. YG PENTING, HATI MESTI PUAS BEB.
Emak adam yang mengajak ngoder menu lain. hehehe.ada tengok mee power dekat tv3 baru2x ni.
ReplyDeletemana gambar mee powernyer???
ReplyDeletebahan bukti xder nih!
Tahniah bertambah lagi rezeki
ReplyDeletelain kali ajaklah kitaorang sekali ye.. ;p
terbukti power ke tidak?
ReplyDeleteaNIe,
ReplyDeleteWsalam Kak aNIe. ....
Gerainya di Seksyen 2 Shah Alam. Sebelah KFC drive thru. Kat situ ramai student UiTM yg dtg makan.
Semalam nak cepat pergi surau lalu tak sempat letakkan gambar. Skrg saya dah tempek gambar gerai tu.
luahfikiran,
ReplyDeleteWsalam Dato'.
Semalam saya pergi dgn emak Adam dan kesemua 4 org anak lelaki kami. Anak2 perempuan tak dapat ikut serta sebab mereka tiada di rumah masa itu.
Bukanlah kerana sedap sangat mee goreng power tu tapi dapat bersama2 keluarga itu yg lebih penting. Seperti kata emak Adam semasa di dalam perjalanan balik, "quality time dgn keluarga."
mMoOnN aAlLeEaA,
ReplyDeleteEmak Adam nak mee rebus power sbb di dalam menu ada 4 hidangan. Semalam mereka hanya buat mee goreng power aje. Itu sebab dia tak jadi order.
Saya tak tengok kat tv3 tapi emak Adam dan anak2 yg beritahu.
Dulu pun kami sering ke tempat2 yg diperkenalkan di JJCM tu.
kakngah,
ReplyDeleteTak dan nak ambil gambar mee power tu sebab banyak sangat call masa saya makan tu.... hehehe
Tapi saya dah letak gambar luar gerai tu siap dgn kain rentangnya. Harap itu boleh diterima sebagai bahan bukti.
Boleh kan kakngah?
Alaaa boleh lah.
kasihibu,
ReplyDeletealhamdulillah. Semoga selepas ini sykt itu atau anak2 sykt lelaki Islam/Bumiputera terkaya di M'sia ini akan memberi kami kontrak lagi.
Takde masalah nak belanja Eja. Tapi Eja kata dah nak pindah .... huhuhu
hani@debumelukut,
ReplyDeletesambal sotong dia mmg power. Agak pedas utk kanak2 mcm Adam.
Kerana terlebih power jugalah malam tadi saya kena jumpa "Dr Tan" sebaik pulang dari surau hehehe
seksyen 2,dekat dengan Uitm tu ke?
ReplyDeletedekat dengan medan selera makan tu eh?
kaklong,
ReplyDeleteHa'ah kat situlah. Gerainya yg paling dekat dgn KFC tu. Kalau tengok gambar di atas tu, kfc kelihatan di sebelah kanan gambar.
nak mintak tolong yb tunjuk jalan boleh? :D
ReplyDeletejuliet,
ReplyDeleteBila awak nak pergi? Call atau sms saya. Minta no hp saya dari kts.
saye tau tempat ni, mohon encik YB belanja. hahaaha
ReplyDeletesuruh mak adam masak je lah nanti mee powerrr..
ReplyDeleteMasy,
ReplyDeleteMemanglah awak tahu. Ini kan dekat dgn gerai ABC Fradoo.
Lain kali bolehlah kalau nak rasa saya belanja...
- GC -,
ReplyDeleteEmak Adam dah biasa masak mee goreng. Sekali sekala dia nak rasa yg org lain buat. Tapi bukan mee goreng. Dia nak mee rebus.
Ingat nak bawa emak Adam pergi gerai Mak Mah malam ni utk makan mee rebus
Kita yang selalu di Shah Alam ni pun tak pernah pergi situ. Yb dah bagi info ni nak juga try mesti sedap ni.
ReplyDeleteSenarai Rakan niaga kami:-
ReplyDeleteRestoran Anjung Warisan
Jalan Petri, Johor Bahru (Belakang Yayasan Warisan Johor)
Waktu niaga: 7.30malam hingga 12malam
Gerai Makan MBJB Skudai Kiri
Gerai makan No.7 (Sebelah Cimb Bank)
Bertentang dengan Bangunan Petronas Bandar Baru Uda, JB
Waktu niaga: 3.30petang hingga 12malam
Teh Laris Kafe 21 Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, Tadisma Business park. Shah Alam. Setiap hari kecuali Ahad. 8am to 7pm
Stall Puan Aniza Muhamad (Mamak) Sebelah Pasaraya KK, Depan Pasar Awam, Pekan Sg.Besi, Kuala Lumpur. Waktu niaga: 7malam hingga 12malam
Kopitiam Sukand's
62 Jalan Bandar, Port Dickson
Restoran Syahirah
No.8L & 8M Jalan Tun Habab, Kota Tinggi (Sebaris Ambank, berhadapan Hotel Mayres)
Restoran Mama World
973 Jalan S2F22, garden Homes, Seremban 2
Warong Hijrah
10 Medan Selera Sebelah Bangunan LHDN, Jalan Pak Sako, Temerloh