Wednesday, November 9, 2011

Mana Ada Kelas

Masa aku nak pergi solat Asar di surau tadi aku lihat seekor kucing sedang mengejar seekor tikus di depan rumah jiran aku yg di hujung jalan. Aku pun memberhentikan kereta aku kerana takut terlanggar dua makhluk yg sedang berkejaran tu. (aku naik kereta ke surau w/p dekat kerana tak nak kufur nikmat .... ngeee)

Aku lihat kucing tompok warna jingga tu tak bersungguh2 mengejar tikus tersebut. Tikus tu pun kurus aje - bukan yg gemuk sebesar lengan yg selalu aku lihat di pasar malam atau di Chow Kit. Tikus tu sekejap ke tepi sekejap ke tengah jalan seolah2 nak menunjuk kat aku. Aleh setakat lari2 anak tu aku tak hairanlah. Lainlah kalau dia lari laju macam speedy gonzales.

Setelah beberapa kali ke tengah ke tepi, tikus tu masuk ke celah pasu bunga yg diletakkan di luar pagar rumah di situ. Kucing itu pun berhenti mengejar lalu duduk.

Kucing tu boleh pula pandang ke arah aku. Aku syak kalau dia boleh cakap dia akan cakap, "mana ada kelas nak makan tikus. Aku makan whiskas lah!"

Gara2 melihat gelagat kucing dan tikus tersebut aku tertinggal satu rakaat solat berjemaah ..... huhuhu

18 comments:

  1. teringat,banayk tikus berar langan dengan ekornya senbesar kelinkeng,kat lorong2 jalam masjid india nun,mamak2 kat situ selamab je jual roti canai dan capati,tapi pelanggan pun boleh tahan jugak...!

    ReplyDelete
  2. Salam, geli geliman kalau tikus dah sebesar anak kucing.

    ReplyDelete
  3. kaklong,

    ha'ah kat Jalan Masjid India tu pun banyak tikus yg besar2 tu. Saya tengok pun geli. Tapi orgramai selamba dog aje makan kat situ.

    ReplyDelete
  4. Marina Monroe,

    Wsalam.

    Samalah kita. Kucing pun takut bila tengok tikus dah besar mcm tu.

    ReplyDelete
  5. kucing tu macam 'sour grapes ' je !

    ReplyDelete
  6. kakngah,

    kucing ni tak ensem mcm tom.

    ReplyDelete
  7. al-lavendari,

    saya rasapun macam tu. Dah tak dapat tangkap tikus tu boleh pandang2 kat saya pulak

    ReplyDelete
  8. taknak kufur nikmat ke maleh nak exersais..:)

    ReplyDelete
  9. kalau tengok gadis manis berapa rakaat agaknya yb tertinggal solat jemaah? ehhhhehehe

    ReplyDelete
  10. Yb kadang2 memang asyik kalau kita rajin perhatikan perangai2 binatang ni.

    ReplyDelete
  11. benarkah kucing sekarang tak heran nak makan ti@#$. hehe nak sebut pun geli. kalau gitu bermaharajalela komuniti ti@#$.

    ReplyDelete
  12. cklah,

    Taklah. Kebetulan terlihat kucing tu sedang mengejar tikus. Saya berhentikan kereta kerana takut terlanggar kucing tu.

    ReplyDelete
  13. Anaa,

    Naik kereta pun dapat pahala kata ustaz.

    Kalau nak exercise, saya main badminton sebelah malam di lawan surau tu ... hehehe

    ReplyDelete
  14. juliet,

    mahu tertinggal terus solat berjemaah ... hahaha

    ReplyDelete
  15. sharifah rosidah,

    ada pengajaran yg boleh kita ambil dari melihat perangai binatang ni. Itu yg melekakan bila melihat mereka.

    ReplyDelete
  16. nana,

    saya rasa kucing skrg ni dah tak hairan nak makan ti@#$ sebab dah banyak makanan lain yg lebih lazat. Kucing dulu tak mewah makanan mcm kucing skrg. Itu sebab mereka rajin memburu ti@#$.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails