Friday, November 11, 2011

Adam Guna Motor Besar Untuk Pikat Awek


Ada pelbagai cara nak pikat awek. Antaranya:

1) gunakan ketampanan kalau anda ensem. Kalau kurang ensem atau memang muka mcm muka pecah rumah, lupakan cara ini

2) gunakan bahasa berbunga2 dan madah2 cinta. Senang cakap - mengayat. Ini kena pandai cakap dan menggunakan bahasa cinta. Masalahnya, kalau BM pun setakat lulus aje, macamana nak mengayat anak dara orang.

3) gunakan wang ringgit. Ini bagi yg berharta atau anak lord. Tapi cinta yg berasaskan duit ini tak kekal lama. Kata oranglah. Macamlah cinta yg kekal lama tu tak pakai duit

4) gunakan kenderaan mahal atau yg bergaya seperti kereta sport atau motor besar.




Inilah yg dilakukan oleh Adam hari ini utk memikat awek yg datang ke rumah aku petang tadi. Dua pupu aku datang bersama emak dan anak2 perempuannya utk menghantar 'surat saman' @ kad jemputan dari sepupu emak aku.

Setelah bermain2 dgn tiga pupunya itu Adam pun mengeluarkan motor besarnya lalu membonceng tiga pupunya itu. Nadia namanya dan baru berusia 2 tahun 4 bulan. Adam dah 3 tahun 2 bulan.


Cun tak awek yg dibawa oleh Adam ni?


20 comments:

  1. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

    Ayah adam kena gunakan taktik mcm Adam tak? Atau dah memang semula jadi awek2 terpikat...hahahah

    ReplyDelete
  2. hahahahaaa. lepas upsr ada can adam mintak kereta ni. bawak dlm kaw perumahan pun jadi la. maklum la lesen xde...

    ReplyDelete
  3. topi keledar tak pakai tuu...hati-hati bawak motor adam,ingatlah org yg tersayang hahaha :P

    ReplyDelete
  4. feweettt....adam bawak awek dimasa depan..(,")

    ReplyDelete
  5. ok noted,

    YBs' future daughter-in-law

    (^_^)

    ReplyDelete
  6. Elehhh jangan jangan kaki pun tak sampai nak tekan brek. hahahahaha!

    ReplyDelete
  7. aNIe,

    budak kecil kuahnya tak banyak. Dia makan kering2 aje .. hehehe

    Ayah Adam tak guna taktik ni sebab masa saya kecik dulu takde motor ... huhuhu

    ReplyDelete
  8. Tijah,

    12 tahun kaki pun tak sampai lagi nak tekan minyak dan brek ..... ngeeee

    ReplyDelete
  9. cinta cukulet,

    pakai topi tak bestlah kak. Awek tak boleh nak rapat sangat kat Adam. Adam ingat org tersayang.... yg membonceng tu lah.

    ReplyDelete
  10. kasihibu,

    awek yg ini pun ok jugak. Cun budak tu .... hehehe

    ReplyDelete
  11. AiTotYati,

    Kahwin sedara. Tapi 3 pupu ok kot sebab dah kira agak jauh.

    ReplyDelete
  12. amboi adam......



    dah mampu ke bagi anak dara orang makan?


    hheehehheheeee

    ReplyDelete
  13. Adam bawak bakal menantu yb. Comel juga bakal menantu ni.

    ReplyDelete
  14. azieazah,

    Motor tu takde brek. Cuma ada pedal 'minyak' kat bawah kaki kanan tu. Bila ditekan motor jalan. Bila tak tekan, berhenti.

    ReplyDelete
  15. kaklong,

    Ini bukan jenis rempit. Ini mat smart yg guna motor besar .... ngeeee

    ReplyDelete
  16. mMoOnN aAlLeEaA,

    Susah nak merempit dgn motor besar ni...

    ReplyDelete
  17. zonaku,

    Auntie Linda jgn risaulah. Bagi dia minum susu aje. Itupun minta ayah belikan ... hehehe

    ReplyDelete
  18. sharifah rosidah,

    Bolehlah Adam booking si Nadia tu nampaknya.. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails