Kalau semalam aku berkongsi pengalaman berhari raya haji di pelantar minyak di Brunei, hari ini aku nak citer pengalaman aku sekeluarga beraya di Indonesia pula.
Nenek dan datuk aku sebelah ayah berasal dari sana. Nenek aku ada 6 org adik beradik. 4 org terus tinggal di sana manakala nenek aku dan seorg abangnya telah merantau ke Malaya. Aku rasa mereka naik bot pancong. Bila sampai di sini nenek aku berkahwin dan dapatlah 6 org anak. Sebelum tu dia dah ada seorg anak dgn suami pertama dia.
Dipendekkan cerita, antara 6 org anak tu, pakcik aku yg bongsu telah berusaha menjejak saudara mara dia di Indonesia sejak beberapa tahun dulu. Akhirnya dia berjaya menemui beberapa org sepupunya dan keluaraga mereka di sana. Tapi sekarang semua sepupu dia (sepupu ayah aku jugalah kiranya) telah meninggal dunia. Yang tinggal hanyalah anak cucu mereka.
Pada tahun 2007 semasa aku sedang menghabiskan cuti 3 bulan di penghujung perkhidmatan aku dgn sykt kulit kerang, aku mengajak pakcik aku itu utk ke Indonesia bertemu dgn dua pupu aku. Tambang dia suami isteri dan seorg cucu aku dan adik kembar aku tanggung. Aku pergi sekeluarga. Begitu juga adik aku dgn keluarganya selain pakcik aku suami isteri dan seorg cucu.
Kami rancang utk berhari raya haji di sana. Kami sampai di lapangan terbang Jakarta sehari sebelum raya haji. Rumah dua pupu aku itu di Cikarang di luar dari daerah Jakarta. Dia hantar drebar dia dan sebuah bas mini utk menjemput kami di airport. Perjalanan biasa dalam 2 - 2.5 jam utk sampai ke rumah sepupu aku tu. Tapi kerana nak hari raya dan warga Jakarta berpusu2 meninggalkan bandaraya itu, lebuhraya macet banget (jam teruk). 6 jam baru kami sampai ke perkampungan dua pupu aku tu. Makanan yg kami bawa kami letakkan di belakang bas mini. Kami lapar giler sementara nak tunggu sampai.
Bila kami sampai hari dah malam. Kedengaran takbir dari masjid di kampung tersebut. Ada beberapa buah masjid di kampung itu. Kat sana banyak masjid dekat2.
Masa jumpa dua pupu aku tu, macam jejak kasih pula. Itulah kali pertama aku dapat berjumpa dua pupu aku. Suami dia belum balik rumah lagi masa itu kerana nak siapkan kerja. Suami dia kira pangkat besar juga. Kalau di sini lebih kurang Pengarah Perancang. Ada kereta gomen plat merah. Kalau plat merah ni tak kena saman oleh bapak polisi.
Esoknya suami dua pupu aku membawa kami solat Aidil Adha di sebuah masjid berhampiran kantor dia bekerja. Tempat tu macam Putrajaya sebab semuanya pejabat kerajaan. Jauh juga tempat itu dari rumahnya. Dalam perjalanan kami lihat kebanyakan masjid sudah mula solat Raya. Aku dan adik aku dah cuak takut tak sempat solat bila kami sampai ke masjid yg dituju kerana solat bermula pukul 7 pagi waktu Indonesia Barat. Masjid2 yg lain tu belum pukul 7 dah mula solat.
Bila kami sampai ke masjid yg dituju, nasib baik baru nak mula solat. Phewww. Ramai juga yg solat di sana w/p tiada rumah berhampiran masjid tersebut sehingga kami terpaksa solat di beranda masjid. Hanya kami yg memakai baju Melayu siap dgn samping. Org sana mana ada pakai pakaian mcm tu. Nampak sangatlah kami ini org Malaysia!
Selesai solat dan bergambar di kawasan tersebut kami balik ke rumah dua pupu aku. Kami pun makan2 dan bercerita.
Dua pupu aku nak berkorban seekor kambing tapi entah mcmana kambing tersebut telah termasuk ke dalam kolam lalu lemas. Belum rezeki nak makan daging kambing korbanlah kami.
Kami sempat beraya ke rumah ketua kampung di situ. Kebetulan rumahnya di depan rumah dua pupu aku. Besar banget rumahnya.
Betullah kata orang. Di Indonesia org yg kaya, hidup kaya raya. Org yg miskin, hidup papa kedana. Patutlah ramai yg datang ke sini mencari rezeki.
dengar cerita,pendapatan dia orang paling tinggi rm12 sehari,terfikir jugak,cukup ke?
ReplyDeleteSo, YB masih in contact lagi tak dengan saudara mara di Jakarta tu?
ReplyDeletekaklong, RM12 tu kalau concert rupiah, bisa beli nasi lauk dongggggg...:P
ReplyDeletekaklong,
ReplyDeletekalau dapat RM12 tu kira sudah sangat baik. Ramai yg takde kerja.
Setiap simpang ada pemuda jadi mcm polis trafik dan pengguna jalanraya akan beri duit bila melaluinya kerana org2 ni tolong tahankan kenderaan dari lain2 arah.
Daddy Ziyyad,
ReplyDeletePada lawatan tersebut, sanak saudara kami di sana telah mengadakan perhimpunan keluarga atau dipanggil Hari Shan. Jadi kami dapat berjumpa ramai dua pupu dan anak cucu mereka.
Sampai skrg kami masih berhubung. Mereka juga telah beberapa kali dtg ke sini.
Kisah mereka ada dlm blog saya yg lepas2.
Daddy Ziyyad,
ReplyDeletebetul tu. Lumayan RM12 tu.
Masa kami ke pusat bandar Jakarta ada beberapa org mengutip botol2 air mineral yg hanyut di sungai di tengah bandar tu utk dijual sbg barang kitar semula. Berapalah sangat mereka boleh dapat hasil jualan tu.
dah selalu ke Indon dan yg paling terharu bila seorang kawan bawa kami ke kawasan yg pelancong tak pernah jejak kaki..kawasan kejiranan yg daif..pendek kata di msia tak de yg sedaif ini. syukur jadi rakyat msia.
ReplyDeletehani@debumelukut,
ReplyDeletebila melihat keadaan mereka yg susah di sana mmg membuatkan kita rasa sangat bersyukur dilahirkan di Malaysia.
YB,
ReplyDeletemesti glemer kan berbaju melayu dan bersamping, mujur takde yang mintak otograf kan.
Pada Ate, kalau belanja hidup di Jakarta tu lebih kurang sama aja mcm kat KL. Especially makanan, mahal jugak. Kalau kenderaan awam mcm angkot, murah. Tapi Ate tak berani naik angkot kecuali ada anak-anak sedara yg tinggal di sana naik sama.
ReplyDeleteLepas 2007, YB tak ke sana lagi bersilaturahmi ke?
lain kali kalau nak pegi jangan lupa ajak saya. maksud saya bersama mak adam sekali.
ReplyDelete- GC - ,
ReplyDeleteLebih dari glamer lagi. Suami dua pupu tu sibuk dok kenalkan kami dgn org2 sana. Nasib baik tak suruh naik mimbar .... hehehe
Ate,
ReplyDeleteMakan kalau tempat yg standard sikit tu mmg agak mahal. Kalau yg kat kereta sorong mungkinlah murah tapi kami tak berani nak cuba sebab kebersihannya tak terjamin.
Ate dah biasa ke sana rupanya. Ada anak2 sedara di sana ya?
Lepas 2007 tu kami belum berpeluang ke sana lagi. Tapi dua pupu saya dah beberapa kali datang ke mari. Adik kembar saya pun dah dua kali ke sana sejak 2007 tu.
juliet,
ReplyDeletebetul ke awak nak ikut ni? Nanti saya boleh kenalkan kpd tiga pupu Adam. Dia bujang dan available ... hehehe
Interesting! belum pernah menjejakkan kaki ke bumi Indonesia...
ReplyDeletenurazzah8,
ReplyDeleteKalau ada org sana yg bawa tinggal di rumah atau perkampungan mereka lebih menarik dari mengikuti pakej pelancongan kerana kita dapat melihat kehidupan rakyat biasa.
Skrg murah aje kalau nak ke sana.
Yb, arwah abah saya pun berasal dari sana kerana moyang saya yang berasal dari hadramawt membawa anak anaknya berpindah ke kepulauan Indonesia. Moyang saya adalah penjual batu2 permata sebab tu suka merantau. Di Indonesia dia berkawin dan dapat lah Atok saya dipendekkan cerita bapa saya ada 5 beradik, bapa dan adik perempuan seibu dan seayah telah ke Malaysia pada waktu itu dengan menaiki tongkang dan berusia semuda 15 tahun ketika itu. Bapa bawa adik perempuan dia pada waktu itu kerana merajuk( itu saja yang diberitahu oleh emak saya) arwah bapa saya tak pernah menceritakan sendiri tentang keluarga disana dengan kami adik beradik. Setelah arwah bapa saya meninggal adik beradik seibu dan berlainan bapa ada menulis surat mengatakan kami mempunyai kebun durian dan cengkih disana, tapi mak saya rupanya telah diberitahu oleh bapa saya supaya jangan ambil satu pun harta disana oleh kerana bapa saya anak sulung adik beradik yang lain hendak juga beri tapi kami adik beradik menolak secara baik. Dipendek kan cerita lagi anak2 adik arwah bapa saya sudah pun kesana melawat adik beradik bapa saya disana dan mereka telah ke Johor menemui mak saya tapi waktu itu saya tak dapat ke JB kerana ada perkara2 yang tak dapat dielak kan. Insyaallah suami kata dia nak bawa kami jumpa sedara disana nanti. Ada rezeki kami akan sampai juga ke Pulau Natuna tempat abah di lahirkan.
ReplyDeletesharifah rosidah,
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi cerita. Ini dah boleh jadi n3 sendiri ni hehehe.
Natuna tu jauh juga sebab di Laut China Selatan. Kena ke Jakarta dulu ke kalau nak ke sana tu? Apapun yg penting awak dapat berjumpa saudara mara di sana.
kalo nak ke natuna setahu saya boleh naik pesawat dari batam..... anak buah saya ada disana ikut suami bekerja disana....suaminya polis..... just for info....
ReplyDeletekalau sewa rumah kat sana mahal x..... saja tanya sebab ada kawan indonesia kat sana citer dia nak beli rumah, tp downpay je rm20k... betul ke
ReplyDelete