Monday, November 7, 2011

Aidil Adha di Pelantar Minyak

Sebelum pindah bekerja di KL aku sering menyambut Hari Raya Haji di perantauan. Sejak aku belajar di AS hinggalah aku mula kerja di Miri biasanya aku tak balik KL semasa raya haji.

Antara kenangan yang sukar aku lupa ialah beraya di pelantar minyak di Brunei. Masa itu tahun 1984. Aku dihantar menjalani latihan dgn sykt Schlumberger. Semasa aku ditemuduga di Houston, mereka nak hantar aku jalani latihan di Asia. Aku diminta ke pejabat serantau mereka di Singapura utk perbincangan lanjut. Mereka nak hantar aku ke Jepun! Aku tanya mereka ada minyak ke di sana. Mereka kata ada dan Schlumberger ada operasi w/p kecil di negara matahari terbit itu. Aku minta kalau boleh hantarlah ke tempat lain (yang ada org Islam).

Akhirnya aku dihantar ke Brunei.

Setelah 2 minggu di sana, aku diarahkan ke laut sehari sebelum raya haji. Mereka kata driver akan datang menjemput aku pagi itu dan menghantar aku ke lapangan terbang Anduki, di Seria.

Itulah kali pertama aku naik helikopter.

Esoknya hari raya. Takde sebarang sambutan kerana semua sibuk dgn kerja masing2.

Bila aku balik ke darat beberapa hari kemudian, aku bermuhasabah diri. Inikah kerja yg aku mahu. Tak campur orang w/p pendapatannya lebat.

Aku kata baiklah aku cari kerja lain yg lebih sesuai dgn jiwa aku.

Selepas itu aku kerja dgn sykt kulit kerang. Selebihnya adalah sejarah.

23 comments:

  1. SALAM,
    WANG BUKAN SEGALA2NYA. LF MERASAKAN TINDAKAN YB ADALAH TEPAT.

    ReplyDelete
  2. merasa gak raya kat atas pelantar minyak...








    dengar cerita makanan kat atas pelanatr minyak lagi sedap2...heheheh!!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. luahfikiran,

    Wsalam Dato',

    Betul kata Dato' tu. Wang bukan segalanya. Banyak pertimbangan lain di dalam memilih kerjaya selain dari gaji yg lumayan.

    Saya tak menyesal mengambil keputusan yg sama ambil itu.

    ReplyDelete
  5. kaklong,

    tiada sebarang sambutan pada masa itu. Tugas seperti biasa.


    Makanan di pelantar memang best terutama utk kakitangan kanan. Tempat makan berbeza antara pekerja biasa dan kakitangan kanan spt jurutera.

    Yang paling best semua makanan adalah percuma!

    ReplyDelete
  6. Pengalaman yg tak boleh dilupakan, ya tak..?

    ReplyDelete
  7. kata orang, kerja di pelantar minyak gajinya lebat. betul ke?

    ReplyDelete
  8. duit byk berkepuk2, tapi tak ada jiwa. jiwa boleh mati kalo buat kerja tak hepi. hehe

    ReplyDelete
  9. ~ Cik Azz~,

    Pengalaman yg tak ramai org dapat merasakannya mmg sukar utk dilupakan.

    ReplyDelete
  10. insan_marhaen,

    betul kata org tu. Pada kebiasaannya mereka yg kerja di pelantar dibayar gaji yg tinggi kerana mereka mempunyai kemahiran yg tertentu yg tak semua org ada. Di samping itu kerja di pelantar juga berbahaya dan gaji yg tinggi itu utk cover risiko tersebut.

    ReplyDelete
  11. - GC -,

    Kalau duit berkepuk2 tapi jiwa mati satu hal juga. Yang takutnya, duit tak manapun tapi jiwa mati kerana tak hepi.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum
    Semoga raya kurban dilalui dengan seronok & bahagia. Dan mudah-mudahan terus gembira bekerja dgn syarikat kulit kerang. Kat situ pun amat bagu$ juga, kan?

    ReplyDelete
  13. Temuk,

    Waalaikum salam Tuan.

    Alhamdulillah raya korban kali ini telah dilalui dgn rasa syukur dan insaf.

    Saya telah berhenti bekerja dgn sykt kulit kerang sejak 3 tahun yg lepas setelah 22 tahun berkhidmat di sana. Skrg saya kerja sendiri.

    ReplyDelete
  14. adik ipar saya akan start bekerja 2 minggu naik pelantar, 2 minggu cuti, mulai minggu depan. Sebelum ni dia dgn Schlumberger...kini dgn ExxonMobil.

    Takde gambar beraya atas pelantar ke YB? :P

    ReplyDelete
  15. Selamat hari raya buat seisi keluarga.

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya Aidil Adha YB, Raya tak balik kawasan ke? Hehehe. Raya kurban ni saya menyambut di Telok je.

    ReplyDelete
  17. Daddy Ziyyad,

    Skrg rotation dia mmg 2 minggu on dua minggu off sebab nak jimatkan kos pengangkutan pekerja ke pelantar. Bukan murah sewa heli tu. Dulu seminggu on seminggu off hehehe

    Berapa lama adik ipar Doc kerja dgn Schlumberger tu? Kebanyakan jurutera tak kekal lama dgn sykt tu terutama jenis yg family man.

    Dulu kamera tak semewah skrg. Lagipun banyak sekatan nak ambil gambar di pelantar kerana isu keselamatan.

    ReplyDelete
  18. cklah,

    Slmt hari raya buat cklah sekeluarga juga.

    Terima kasih masih sudi berkunjung ke mari.

    ReplyDelete
  19. sharifah rosidah,

    Slmt Hari Raya kpd awak sekeluarga. Kami balik ke kampung emak Adam pada petang Ahad sebelum ke rumah kakak emak Adam di Sg Besar. Kami tidur doi sana satu malam. Ptg semalam baru balik KL.

    Macamana sambutan di TPG? Raya haji tak ramai org kunjung mengunjung.

    ReplyDelete
  20. hani@debumelukut,

    alhamdulillah saya tak mabuk naik heli. Tapi kalau naik bot atau kapal adakalanya saya mabuk terutama bila ombak besar.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum YB..

    saya baru dapat tawaran mengikuti kursus di ranaco kemaman. saya masih keliru sama ada ingin terima atau tidak. kalau boleh saya ingin minta pendapat saudara mengenai kerjaya di bidang minyak dan gas.

    sekian. terima kasih. salam aidilfitri.

    ReplyDelete
  22. saya pun ex-slb..hati da nak dekt2 mati paksa diri dekt 3 thun gk..la ni duk cr pluang tmpt lain lak pas abis smbg blaja..harap2 dapat la keje syrkt kulit kerang gak hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails