Monday, November 21, 2011

Orang Perempuan Tak Suka Cakap Direct

Kaum wanita pada kebiasaannya suka cakap indirect. Macam sepakan percuma dlm pertandingan bolasepak. Ada yg lebih teruk lagi; mereka main kenen2.

Yang susahnya bila mereka cakap mcm ni dgn kaum Adam kerana org lelaki biasanya cakap tak berlapik. Aku inipun jenis yg 'lurus bendul'. Kalau main kenen2 ni aku pun tak pasti maksud atau niat sebenar. Akhirnya aku buat keputusan berdasarkan apa yg aku rasa betul. Malangnya, kerap kali aku silap. Itu yg sering terjadi masa aku baru2 kahwin dulu. dah lama kahwin pun masih terjadi juga .... huhuhu

Aku ingat lagi semasa kami melalui jalan Sg Buluh - Subang semasa sampai di kawasan org jual bunga tepi jalanraya tu. Emak Adam (masa tu Adam belum lahir lagi) kata cantik bunga2 kat situ. Dia pun sebutlah antara bunga yg kelihatan dari dalam kereta aku yg bergerak melunsuri jalan itu. Aku cuma jawab memang cantik bunga2 kat situ termasuklah yg bergantungan.

Sampai di penghujung kawasan tersebut, dekat simpang yg ada stesen Caltex tu, emak Adam tanya kenapa aku terus aje. Ek alah. Nak turun tengok bunga2 tu rupanya! Kenapa tak cakap direct supaya senang aku berhenti? Aku tanya nak patah balik ke. Dia kata tak payahlah tapi dari nada suaranya aku tahu dia kecewa. ini yg leceh ni .

Dalam perjalanan balik, kami lalu jalan itu sekali lagi tapi di sebelah yg berlainan. Masa tu jalan tu belum ada pembahagi jalan. Aku tanya samada nak singgah. Emak Adam seperti berbelah bahagi samada nak singgah atau nak terus.

"Benteri!", kata anak kami Atikah yg masih kecil masa itu. Dia nak sebut "berhenti" tapi sampai tersilap sebut. Well sekurang2nya dia berani buat keputusan hehehe.

Semalam semasa balik dari majlis kenduri kahwin di Merbuk Sempah, kami lalu jalan Kuang - Kepong. Emak Adam tanya kilang/kedai jualan plastik Togoyo yg dekat Sri Damansara tu buka ke tutup sebab hari Ahad.

Aku dah tahu mesti dia nak pergi. Sebelum kena jerit "benteri" oleh Atikah yg ada bersama kami semalam, aku terus belok ke kilang Togoyo. Bagi emak Adam cari apa barang yg dia mahu. Puas hati dia dapat pergi walaupun pada mulanya dia hanya bagi hint.

34 comments:

  1. owh btw, aku pn kdng2 berkias2 jugak.. hehe sbb mmg di hati nak, tapi xsmpi hati nk mintak.. :)

    ReplyDelete
  2. alaa..

    org lelaki memang dungu@bengap sikit bab bahasa@ayat berlapik berbunga atau berkias-kias ni..buat derk ajer la..terutama kalau bab nak merugikan mereka !! tapi kalau dgn awek tentu mereka berdesup buat-buat faham, walaupun memang mereka tak paham pun !!

    eh..rasa macam nak tulis la isu ni..amacam ??? tunggu bulan depan

    ReplyDelete
  3. moment,

    dah lama org tak berebut nak first kat sini.

    Tahniah kerana hari ini awak berjaya jd yg pertama!

    ReplyDelete
  4. moment lagi,

    itulah problemnya dgn org pompuan ni. Kalau nak cakap aje nak.

    Org lelaki lebih rela kopak duit memberi apa yg org pompuan mahu dari kena kenen sbb tak faham apa yg mereka mahu ... huhuhu

    ReplyDelete
  5. ikan emas,

    Jgnlah emo. Memang kami tak faham kalau cakap berlapik ni. Biasanya bukan setakat selapis aje lapiknya tapi sampai dua tiga lapis. Kang kalau main tembak tak kena, pun marah juga. Kata siapa kata dia nak barang tu huhuhu.

    Minta tolonglah pada kaum wanita cubalah cakap direct to the point.

    Yg dgn awek tu terlebih semangat nak ambil hati. Maklumlah belum jadi milik lelaki tu! hahaha


    Eloklah tulis isu ni. Saya nak lihat dari perspektif org pompuan pulak. Bagi tahu saya bila dah publish.

    ReplyDelete
  6. macam mak adm jugak..selalu bagi hint..
    tapi buat2 tak tau jer...adehhhh..!

    ReplyDelete
  7. Dulu2 saya pun selalu berkias bila cakap dengan suami sekarang saya dah pandai kalau nak minta sesuatu saya cakap direct je sama ada dia nak bagi atau tak, tak kesah yang penting saya dah luahkan hajat hati.

    ReplyDelete
  8. Salam ..lama dah tak tinggal jejak kat sini.... maaf ya YB.. masa nak berBW ni tersangat limited! ..hari ni rezeki blog YB pulak kena terjah ..selalunya dalam sehari dapat terjah 1-2 blog aje...
    menarik juga topik kali ini... orang perempuan (termasuk saya lah tu!) mmg suka bagi hint ... bila orang tak faham apa kita hint, mula lah nak merajuk, kecik hari ..kecewa.. hehehe ... lama-lama terus direct aje...pun tak berkesan jugak! hahaha...

    ReplyDelete
  9. SALAM,
    HEBAT, BELAJAR MELALUI PENGALAMAN ! ADA KETIKANYA, TENGOK PERGERAKAN ANGGOTA TUBUH BADAN PUN KITA DAH BOLEH BACA !

    ReplyDelete
  10. kaklong,

    Belum sempat saya nak balas komen kaklong ni emak Adam dtg ke lappy saya dan baca n3 saya kali ni.

    Org perempuan ni pemalu agaknya. Tapi kalau dah jadi suami isteri, apa yg nak disegankan lagi. Kalau bagi hint ini suami ingat taklah bersungguh. Jadi dia rasa tujuan asal yg lebih penting spt kalau nak ke sesuatu tempat, eloklah terus aje ke sana. Hint nak singgah beli sesuatu di tepi jalan atau nak singgah melawat sesuatu tempat tak berkesan kpd suami hehehe

    ReplyDelete
  11. sharifah rosidah,

    kalau ada butang LIKE mcm fb saya dah tekan 10 kali cara awak tu hehehe.

    ReplyDelete
  12. nurazzah8,

    Wsalam.

    Tak perlu minta maaf kalau tak dapat BW atau tinggalkan komen di sini. Kita sama2 ada tugas lain yg perlu diutamakan.

    Terima kasih kerana memilih blog saya hari ini. Rasa terharu kerana awak sudi ke mari.

    Saya tahu emak Adam kecil hati bila saya tak ambil cue dari hint dia. Kadang bukan sengaja tapi mmg saya tak dapat tangkap maksud tersirat. Mungkin itu juga yg terjadi kpd suami Azzah.

    Kalau dah cakap direct masih tak berkesan, anggaplah dia ada pertimbangan lain yg lebih utama.

    Jika ini terjadi, kenalah berbincang. Short discussion will do.

    ReplyDelete
  13. luahfikiran,

    Wsalam Dato'.

    Dah bertahun2 kahwin kalau masih tak belajar dari pengalaman kira teruklah tu Dato'.

    Body language tak semestinya betul tafsiran kita. Kalau tak yakin maksud, eloklah bertanya.

    ReplyDelete
  14. tak taulah yb.org lelaki ni kurang sikit kot bahasa kias2x ni.lea n suami selalu gak gaduh2x manja pasal ni.adakah dia betul tak paham atau buat2x tak paham

    ReplyDelete
  15. tak taulah yb.org lelaki ni kurang sikit kot bahasa kias2x ni.lea n suami selalu gak gaduh2x manja pasal ni.adakah dia betul tak paham atau buat2x tak paham

    ReplyDelete
  16. YB..acik pun macam tu jugak..dari dulu sampai sekarang cakap tak pernah direct..tapi..dah lama..jadi dia pun dah faham..

    ReplyDelete
  17. Pengalaman yang bernilai tu. Baru dehem skit jer dah faham maksud. hehehe

    Saya dengan suami, sekali sekala memang kenen gak, sebab nak manja konon. Tapi kalu dengan orang lain, kawan yang lelaki, saya sound direct jer.

    ReplyDelete
  18. resam orang pompuan.
    rata2 camtu...
    kang mulut kata tak payah. tapi sebenarnya... payah
    :P

    ReplyDelete
  19. Togoyo ke Toyogo ehh YB.

    Salu dengar toyogo je.. hehe...

    ReplyDelete
  20. makin lama dah makin faham. itu yang penting tu :)

    ReplyDelete
  21. kena belajo to read between lines.. heheh..

    ReplyDelete
  22. oleh kerana kelembapan enJekjek memahami hajat di hati maka semenjak anniversary yg ke-2 saya cakap direct je. hahahaha

    kalau org yg baru kenal kami mesti kata saya queen control atau tegas sbb selalunya enJekjek suka tanya n saya selamba bagi jawapan. kehkeh. berkias-kias ni karang makan hati sendiri je

    ReplyDelete
  23. mMoOnN aAlLeEaA,

    gaduh2 manja takpe.

    org perempuan sering menganggap org lelaki faham apa yg dikiaskan. Saya biasa juga beritahu emak Adam mungkin dia rasa saya faham sepenuhnya apa yg dia maksudkan tapi sebenarnya saya tak faham. Bila saya tak bertindak seperti yg diharapkan, dia ingat saya tak kisah. Tapi kalau saya tak faham mcmana saya nak bertindak?

    Saya rasa dilema ini tak terhad kepada saya saja.

    ReplyDelete
  24. Acik Erna,

    kenapa tak nak cakap direct? Segan ke?

    Memang bila dah lama kahwin suami akan faham maksud tersirat tapi ada juga yg kami tak faham.

    Tolonglah kami para suami ini utk memahami anda para isteri. ... hehehe

    ReplyDelete
  25. azieazah,

    oh nak manja rupanya. Terima kasihlah kerana berkongsi rahsia kenapa para isteri suka cakap kenen2 ni.

    Agak2nya kalau suami faham maksud tersirat, rasa diri disayangi lebih lagi hehehe

    ReplyDelete
  26. kakngah,

    org lelaki ni pula pantang kata tak payah, memang tak payahlah jawabnya.

    Jadi kalau nak, cakap nak hehehe

    ReplyDelete
  27. ~ Cik Azz ~,

    Saya baru check semula. Awak betul - Toyogo.

    Saya main hentam aje. Terima kasih membetulkan tapi saya rasa org perempuan ramai yg tahu nama yg betul tu.

    ReplyDelete
  28. a kl citizen,

    melampaulah kalau dah lama masih tak faham juga kan cikgu ... ngeee

    ReplyDelete
  29. Anaa,

    org lelaki kurang sikit bab membaca yg tersirat ni. Kadang cuba2 baca yg tersirat tapi sebenar tiada yg tersirat sebab semua yg tersurat saja ... huhuhu

    ReplyDelete
  30. AiTotYati,

    Itu mungkin tindakan terbaik.

    Sampai hati awak kata enJekjek lembab memahami hajat di hati 2 tahun pertama kalian kahwin. Bukan dia lembab tapi dia takut tersilap tafsir kehendak awak tu. Betul tak enJekjek? hehehe

    ReplyDelete
  31. hahaha. yg ni pun sebijik mcm mak ayah saya. mak bagi hint. ayah tak paham. bila sampai umah muka masam.

    hahaha!!!

    ReplyDelete
  32. gadisBunga,

    nanti bila GB dah kahwin jgn ulangi 'kesilapan' ini. Kalau nak sesuatu tu cakap aje direct. Org lelaki lebih suka yg macam tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails