Tuesday, November 22, 2011

Kalau Ya Pun Isteri Punya, Janganlah Main Belasah Aje

Aku ke dapur tengahari tadi nak ajak emak Adam berjemaah solat Zohor. Aku tak sempat ke surau sebab rakan kongsi aku datang ke rumah utk urusan kerja.

Masuk aje ke dapur aku lihat ada segelas air rutbir. Kebetulan aku memang tengah dahaga. Apalagi. Aku pun belasahlah minum air tu. Masa tu emak Adam sedang memasak. Jadi dia tak perasan aku dah minum air yg dia buat tu. Bila dia pusing ke arah aku, dia terkejut melihat air yg dia buat dah tinggal suku gelas.

"Eh siapa yang minum air saya ni?," tanya emak Adam pura2 tak tahu.

"Mujur tak abang habiskan tadi," kata aku

"Dahlah minum air org tak tanya2. Nak habiskan pulak!" balas emak Adam separuh marah.

"Nak saya buatkan yg lain," tanya aku nak mengambil hati dan tebus kesalahan

"Tak payaaah," kata dia dgn nada mcm merajuk.

Akibatnya aku makan lunch pukul 4 petang.

Moral of the story : walaupun isteri kita yg punya, janganlah main sebat aje. Tanyalah atau mintalah izin dulu. Kalau dia merajuk, kita juga yg susah.

33 comments:

  1. uiii yang first ke?

    ReplyDelete
  2. dah lama tak buat kerja rebut tempat pertama ni!

    ReplyDelete
  3. hari ni rezeki blog YB lagi saya terjah... kalau bab bab topik suami isteri ni mmg hot topic!! hehehe

    ReplyDelete
  4. alaaalalaaa..emak Adam tu buat2 marah aje...marah2 sayang..hehehe...

    ReplyDelete
  5. nanti YB buatkan air tu satu jug...!

    ReplyDelete
  6. hahaha. nasib baik bukan air kacip fatimah tu. habis laaa ko bang...

    ReplyDelete
  7. ok lah..cukup lah tu tinggalkan komen kat sini...

    ReplyDelete
  8. nasib baik mama adam tak merajuk hari khamis....hehehehe!

    ReplyDelete
  9. YB..he he..nasib baik dapat jugak makan..walaupun pukul 4..

    ReplyDelete
  10. setuju .. tanya dulu sebelum buka cawangan. jgn main belasah jer !

    ReplyDelete
  11. hehehe.... kalau terus ke sahur, baru best!

    ReplyDelete
  12. Hahahhaha...

    Lain kali jangan main rembat je... hehe..

    ReplyDelete
  13. errr.. klu sy pun msti mcm tu, pantang betul org main belasah tak tanye ni.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. nurazzah8 no 1,

    Ha'ah yg first. Sekarang saingan dah tak sesengit dulu. Mungkin disebabkan saya pun dah kurang update blog ini. Kadang ada, kadang takde.

    ReplyDelete
  16. nurazzah8 no 2,

    elok juga mulakan. Semalam Moment dah mulakan.

    Untung2 jadi pendorong utk saya lebih kerap update

    ReplyDelete
  17. nurazzah8 no 3,

    Terima kasihlah kerana 2 hari berturut2 saya dapat rezeki lawatan dari azzah.

    Saya baca komen ni semasa emak Adam beli bunga di Sg Buluh semalam tapi tak sempat balas masa tu ... ngeeee

    ReplyDelete
  18. nurazzah8 no 4,

    biasalah tu kan. Org perempuan lebih memahami perangai kaum sejenis mereka.

    Bila saya bawa pergi beli tanah dan bunga petang semalam, emak Adam happy semula hehehe

    ReplyDelete
  19. Tijah,

    kalau air kacip fatimah, emak adamlah yg kena kacip ... hahaha

    ReplyDelete
  20. nurazzah8 no 5,

    terima kasih sekali lagi meninggalkan komen2 ni.

    ReplyDelete
  21. kaklong,

    ada beza ke merajuk hari khamis dgn hari2 lain? ngeeeee

    ReplyDelete
  22. Acik Erna,

    Sebenarnya timing makan kami dah lari. Malam sebelum tu gara2 tengok bola Msia lawan Indon, saya makan pukul 12 tgh malam. Pagi semalam sarapan pukul 10. Lepas tu masa kawan saya datang emak Adam buatkan kuih. Jadi tengahari tu saya kenyang lagi.

    Tak kisahlah makan lambat sampai pukul 4 semalam. Lauk dan sayur pun power petang semalam hehehe

    ReplyDelete
  23. al-lavendari,

    guna Tok Batin pun nak kena tanya dulu ke bang? hehehe

    ReplyDelete
  24. zonaku,

    puasalah jawabnya hari ni. Kan hari ni khamis ngeee

    ReplyDelete
  25. ~ Cik Azz ~,

    air rutbir sejuk itu sungguh menggoda. Itu yg rembat aje ... hehehe

    Kalau saya dahaga lain, emak adam pulak yg kena rembat ... hahaha

    ReplyDelete
  26. Masy,

    garangnya. Suami isteri berlebih kurang apa salahnya...

    ReplyDelete
  27. nurazzah8 no 6,

    maaf tertinggal satu!

    Saya nak buatkan 1 mug pun dia tak nak tghari semalam. Tapi malam tadi, masa saya makan, emak adam pulak rembat air saya. Saya kata 'balas dendam' ek? Dia kata takdelah.

    Lepas tu día buatkan saya 1 mug lagi.... hehehe

    ReplyDelete
  28. Saya pun suka belasah air wife saya..hahahah

    ReplyDelete
  29. Daddy Ziyyad,

    Yes saya ada geng.

    give me five!

    ReplyDelete
  30. Saya pulak tak kesah lantaklah kalau saya letak apapun dia nak makan atau minum, memang bab2 macam ni saya jarang merajuk. Saya merajuk kalau dah janji selalu dia tak tepati itu kelemahan saya yang paling nombor 1, boleh angin satu badan nanti.

    ReplyDelete
  31. hahaha!! mak dgn ayah saya pun selalu mcm tu. adei!

    ReplyDelete
  32. sharifah rosidah,

    Baguslah mcm tu. Selalu tu emak adam tak kisah pun. Semalam tghari mungkin mood dia tak stabil hehehe.

    Awak kenalah baiki kelemahan cepat naik angin satu badan tu. Tak baik utk kesihatan awak dan juga boleh memberi tekanan kpd suami .... huhuhu

    ReplyDelete
  33. gadisBunga,

    nampaknya saya dan emak Adam tak bersendirian dlm hal ini ....hehehe

    Thanks berkongsi 'rahsia'

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails