Sunday, November 20, 2011

Tak Boleh Ke Buat Peta Elok Sikit? huhuhu

Semalam aku dan emak Adam ke majlis persandingan anak kpd sepupu emak aku. Kiranya dua pupu akulah tapi aku cuma rapat dgn bapak sedara aku tu. Anak2 dia aku tak kenal sebab jarang2 jumpa.

Pada kad jemputan majlis itu di Taman Tasik Manjalara. Ada petanya sekali.

Kalau tengok peta itu aku tahulah lebih kurang tempat tu sebab aku biasa juga ke Manjalara. Tapi dari peta tu aku tak pasti kat mana taman tasik tu.

Bila sampai di persimpangan Bandar Manjalara, aku pun belok ke kiri dari MRR2. Lepas tu aku himpit ke kanan ke arah masjid kerana mengikut peta taman tu di sebelah kanan. Setelah belok kanan aku pun teruslah mencari tempat tu. Kalau ikut peta, jauh juga dari masjid tu. Jalan punya jalan, kami sampai ke bulatan ke Desa Park. Aku tahu kami dah terlajak.

Patah balik ke jalan di tepi masjid. Tiba2 aku nampak pintu gerbang ke Taman Tasik. Aku pun masuk ke situ. Cuma ada parking utk beberapa buah kereta. Takde nampak sebarang khemah pengantin.

Kami keluar semula ke jalan di belakang masjid. Ikut jalan tu sampailah ke hujung. Tak jumpa juga.

Pusing semula ke belakang masjid. Aku pun telefon adik pengantin yg no hpnya ada pada kad jemputan.

Dia kata ke depan sikit dan masuk di tempat ada org jual air kelapa.

Kami pun masuk dan selepas 100m jumpalah tempat tu.

Hampir semua tetamu yg datang kata mereka sesat nak cari tempat tu!

Aku nak cadangkan sesiapa yg nak buat peta utk jemputan pengantin, gunalah google map atau peta yg dikeluarkan oleh Jupem. Takdelah org sesat barat.

19 comments:

  1. sertakn sekali koordinat...boleh sampai depan rumah

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. YB yang duk KL boleh sesat barat,kalau sy komfomlah sesat timur barat utara selatan sekali


    hehehe memang ada peta yg buatkan kita makin sesat barat

    ReplyDelete
  4. Ada orang amik mudah saja. Pastu jawab macam orang tak bersalah jer.. uishhh

    ReplyDelete
  5. kaklong,

    saya ke timur. Sebelah petang baru ke baratlaut bila nak balik kampung emak Adam di Tg Karang .... hehehe

    ReplyDelete
  6. gym_midas,

    itu yg sebaiknya kerana dah ramai org guna gps skrg.

    Majlis yg saya pergi tu tidak dibuat di rumah ibubapa pengantin tapi di taman. Garden wedding

    ReplyDelete
  7. ibuintan,

    Saya taklah teruk sgt sesat sbb saya tahu juga kawasan itu. Cuma takde papan tanda nak ke pintu masuk taman tu.

    Nenek pengantin sesat sampai sejam. Nasib baik tak balik aje org tua tu!

    ReplyDelete
  8. azieazah,

    Peta dia tak tepat dan mengelirukan. Tak ikut skala. Tempat yg dekat dilukis mcm jauh. Lepas tu jalan yg sepatutnya belok, dilukis lurus.

    Hampir semua yg dtg tu citer pasal berpusing2 ikut peta yg tak betul tu .... huhuhu

    ReplyDelete
  9. Yb, saya selalu kena macam ni, selalunya cik Abang kita drive kita tukang baca map, kebanyak kan orang buat map asal boleh je, tak buat yang betul2 so tak nak pening lagi saya beli GPS tapi masalah nya kalau ke Pantai Timur GPS pun buat silap tak tahu apa sebabnya.

    ReplyDelete
  10. sharifah rosidah,

    Kalau peta tak tepat mmg pening membacanya. Tambah keliru bila buat peta tak betul.

    Eh betul ke GPS ada masalah di Pantai Timur? Mungkin GPS tu tak faham loghat org sana kot hahaha.

    Saya jarang guna GPS w/p anak saya sering menggunakannya.

    ReplyDelete
  11. betul! kadang tu map kemain lagi grafiknya... tapi bila nak guna orang tak faham!

    ReplyDelete
  12. cadangan yang bagus...pastu print atas A3 map tue...hahahah

    ReplyDelete
  13. Memang betul,elok rujuk Google Map utk buat map tu..sebab selepas GPS, saya bergantung kpd Google Map utk berjalan jalan ke tenmpat yg saya tak pernah sampai

    ReplyDelete
  14. Yang penting kalau ada landmark tu...letak le skali...senang kita nak tgk...

    ReplyDelete
  15. ~mrs azmi~,

    peta yg mcm tu graphic designer agaknya yg buat. Entah2 dia pun tak pernah pergi tempat yg dia lukiskan peta tu. Itu yg sesat lagi menyesatkan ... hehehe

    ReplyDelete
  16. jedi,

    A4 pun jadilah kalau peta tu jelas.

    Ada tu nama jalan pun tak boleh nak dibaca kerana halus sangat.

    ReplyDelete
  17. Daddy Ziyyad,

    itulah kan. Skrg dah senang ada google map nak lukis free hand. Kalau tepat takpe jugak. Kadang tempat yg jauh lukis mcm dekat Yang dekat tunjuk mcm jauh.

    Kalau bagi koordinate pun cantik. Berguna utk yg sering gunakan GPS mcm DZ ni .... hehehe

    ReplyDelete
  18. aNIe,

    saya sokong. Jadi senang nak tuju bila ada landmark yg senang dikenalpasti.

    Kalau nak minat pandu arah melalui teponpun boleh bagi tahu kita sangkut di mana.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails