Esok sepupu aku iaitu anak kepada adik emak aku akan menikah di masjid Seksyen 2 Wangsa Maju dgn pilihan hatinya.
Makcik aku siap2 dah pesan beberapa kali agar aku ikut rombongan menghantar ke majlis pernikahan itu yg akan dilangsungkan selepas solat Zohor. Semua ahli rombongan Cik Kiah diminta berada di rumah pengantin lelaki seawal jam 10:30 pagi kerana akan diadakan majlis kenduri doa selamat. Pukul 12 tghari rombongan Cik Kiah akan bertolak ke masjid. Bukan jauh pun. Dari Kg Baru ke Wangsa Maju. Tak sampai setengah jam sampailah. Lama nak wirid sebelum masuk waktu tu.
Oh ya. Sepupu aku ni anak bongsu dari 4 beradik. Dialah satu2nya anak lelaki dalam keluarga. Kakak2nya semua dah kahwin.
Sesiapa yg nak jadi isteri sepupu aku ni kenalah diluluskan bukan saja oleh emaknya tapi juga oleh kakak2 (dan juga abang2 iparnya).
Entah mcmana boleh sangkut pula dgn bakal isterinya ini. Masa mereka bertunang aku takde di KL. Apa yg aku tahu sepupu aku ni berkenalan dgn bakal isterinya melalui mukabuku. Dan yg bestnya, aku kenal tunang dia sejak mereka belum bertunang lagi!
Sepanjang mereka bertunang kalau kalau aku nak tahu perkembangan mereka, aku skodeng ke fb tunang sepupu aku tu. ..... hehehe
InsyaAllah esok aku akan ke majlis pernikahan itu walaupun projek aku dengan anak syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yg aku ceritakan hari itu akan bermula esok. Sepatutnya aku berada di tapak projek esok
Selamat pengantin baru utk mereka berdua.. Moga bahagia selamanya..
ReplyDeleteSiapa kata mukabuku jahat..? Kannn... haha...
adik saya pun bertemujodoh di mukabuku..skrg tengah menunggu kelahiran buahcinta mereka :D
ReplyDelete~ Cik Azz Abu Bakar ~,
ReplyDeleteBegitulah yg kita semua harapkan. Terima kasih bagi pihak sepupu saya dan pasangan itu.
Mukabuku ini bergantung kpd niat org yg menggunakannya ..... ngeeee
makdara TERdiva,
ReplyDeleteoh kisahnya. Tentu day puas chat sebelum kahwin ... hehehe
Selamat menimang cahaya mata kpd adik MTD itu.
masa ni la nak guna skil multitasking tu.. :)
ReplyDeletekalau kena yg ok tak pe lah,
ReplyDeletekena yg kaki kelentong,jawap!
selamat penganti baru sepupu YB...
:)
Anaa,
ReplyDeletemultitasking yg macamana tu Anaa?
kaklong,
ReplyDeleteRasanya ok sebab kakak2nya dah luluskan.
Harap2 bakal isteri sepupu saya tu baca n3 ni dan ucapan dari kaklong ni.
Tabik!
ReplyDeletePandai mengendalikan laman sosial. Tak sangka bertemu jodoh pula.
Selamat Pengantin Baru, moga jodoh berkekalan.
Terbau dah nasi minyak!
Selamt Pengantin baru untuk mereka berdua .. semoga kekal hingga ke akhir hayat...
ReplyDeleteazieazah,
ReplyDeleteSoal jodoh pertemuan di tangan Allah. Kita tak tahu di mana kita akan menemui jodoh kita. Kalau ditakdirkan melalui fb, di situ boleh jumpa jodoh kita.
Nasi minyak takde lagi hari ini. Majlis persandingan sebelah perempuan esok di Danau Kota. Sebelah sepupu saya Sabtu depan.
aNIe,
ReplyDeleteTerima kasih bagi pihak pengantin.
cik kiah jugak dapat nama - apa salahnya katalah rombongan YB ! he3x...tahniah & selamat pengantin baru kepada mereka ...(boleh masuk club dah...)
ReplyDeleteYb, tak baik tau skodeng2, bagi chan lah bebudak tu nak meng'ayat' antara satu sama lain.
ReplyDeletesonata,
ReplyDeletecik kiah punya rombongan happening. Rombongan YB nanti org ingat nak pergi pancing undi! hehehe
Dah selamat mereka diijab kabulkan pukul 3 ptg semalam.
sharifah rosidah,
ReplyDeleteskodeng kat fb dia apa salahnya? Bukan skodeng bilik pengantin malam tadi. hahaha
Pengantin perempuan suka letak gambar dia dan tunang (skrg dah jadi suami) dia bila mereka ada program dgn keluarga sepupu saya tu spt majlis konvo baru2 ini. Suami dia dah dapat Master.
Jemputan khas buat YB dan semua pengunjung blog ini. Sudi-sudikan:
ReplyDeletePertemuan Blogger 18 Dis: Jemputan Istimewa
Salam YB, boleh buat novel ni...
ReplyDeleteazieazah,
ReplyDeleteTerima kasih menjemput saya dan rakan2 blogger yg lain. Satu usaha murni utk mengumpulkan blogger.
Saya teringin ikut serta tapi tak pasti samada saya ada di KL pada masa itu. Mungkin membawa famili utk bercuti.
nurazzah8,
ReplyDeleteKalau ada yg pandai menulis, bolehlah dijadikan bahan novel. Tapi kala nak sedap lagi, kena tambah thrillnya.
salam Yb dan rakan2 blogger yb...
ReplyDeleteterharu bila baca n3 ni taw..hehe
mcm mana mau kenal di fb sedangkan incik hubby sy tidak punya fb..(rakan2 ukmny bt fan page mengumpul sehingga 1000 like, cukup 1000 like incik hubby di wajibkan buka fb..tp 1000 like x tercapai jd incik hubby terlepas dr bt fb..hehe)
sebenarnya kami kenal di laman sesawang ini..die adalah silent reader blog sy...die org y tak suke ber cit chat di laman sosial...
kami bertukar YM dan no tel pada hari y sama...dan hasil istiqarah kami bersama kami bertemu di citrawarna tahun 2010 dan dari situ perkenalan kami.Kami bertemu bkn berdua tp bersama abg dan adk2 lelaki sy....( sy sorg perempuan adk perempuan x ade )...sekian itu lah detik perkenalan kami..
terima kasih yb dgn n3 ini...^__^
terima kasih rakan2 blogger yb...