Sejak mula2 merasa Mee Rebus 1Malaysia di sebuah gerai di pekan Masjid Tanah pertengahan tahun ini, emak Adam sering kepingin menikmati mee rebus itu lagi setiap kali kami ke sana. Malangnya, mee rebus itu cukup laku dan cepat habis. Biasanya kami sampai lewat tengahari atau petang. Gerai tu dah tutup.
Menurut Afifah yg belajar di London dan sering ke gerai itu dan dah kamceng dgn makcik yg jual mee rebus itu, dia akan tutup gerai bila jualannya habis. Maknanya takde masa tertentu dia tutup gerai itu.
Hari ini aku ada urusan kerja di daerah Port Dickson. Setelah habis urusan tengahari tadi aku telefon emak Adam kata aku nak lajak ke London utk menghantar baju lab Afifah yg tertinggal di rumah semasa dia balik minggu lepas. Dah separuh jalan tu. Dari KL ke tempat aku kerja di PD tadi 87km. Dari PD ke Masjid Tanah pun 87km.
Emak Adam minta aku tapau mee rebus tu.
Bila sampai ke gerai itu alangkah kecewanya aku bila mendapati mee rebus dah habis. Yang ada tinggal laksa dan cendol.
Aku tahu emak Adam juga kecewa. Nasib baik dia tak mengandung. Kalau tak, 'ngences'lah adik Adam ... .hehehe
Nampaknya kenalah aku selaku suami mithali ke London lagi utk mendapatkan mee rebus itu utk emak Adam.
bertuah mak adam dapat suami macam yb.
ReplyDeletetakut mak adam merajuk lagi ke?
heheheh!
jauhnyer yb nak kena cari mee rebus... ?
ReplyDeleteade possibility adam nak dapat adek yg ngencesss ke?
ReplyDelete:P
ade possibility adam nak dapat adek yg ngencesss ke?
ReplyDelete:P
baru nak sebut..
ReplyDeletesebbaik mak adam tak mengandung hihihi!!
tak lama lagi adam dapat adik lah.macam2 dah mak adam dok mengidam ni.
ReplyDeletekakong,
ReplyDeletesesiapa pun bertuah dapat suami mcm saya ni hahaha
Bukan takut emak Adam merajuk lagi tapi dah kebetulan ke London, carilah mee rebus tu.
Mak Su,
ReplyDeleteHari tu kami ke Shah Alam nak makan mee rebus power. Emak Adam ni suka try mee rebus yg org kata best dan yg di Masjid Tanah tu dia suka selepas makan sekali.
Jauh tu sebab ada urusan lain.
AiTotYati,
ReplyDeleteTakdelah .... ngeeee
kakngah,
ReplyDeleteBab itu cepat aje awak ni ngah.... hehehe
abem dah belikan apa yg kakngah idamkan ke masa mengandung ni?
- GC -,
ReplyDeletepantang nak makan mcm2 kira mengandunglah ek? Mcm tu senanglah nak tambah anak ... hehehe
anak ngences takpe, jangan bapaknya ngences.. :)
ReplyDeleteAnaa,
ReplyDeletebapaknya ngences nak makan benda lain .. hehehe
Saya orang johor jadi mee kegemaran saya ialah mee rebus haji wahid a.k.a mee baidali sedaaaaap sangat kat sini di plaza damas ada anak hj wahid yang bernama nasir jual didalam kedai uncle don nasi lemak. Yb pun tahu kan mee rebus hj wahid ni.
ReplyDeletesharifah rosidah,
ReplyDeleteKami pun biasa makan mee haji wahid tu. Dulu biasanya kami pergi kat Kebayan di Kotaraya tu masa kami duduk JB.
Tak tahu pulak dia ada cawangan di uncle don. Yang kami dengar dulu ada cwgn di Wisma Denmark tapi tak pernah pergi pun.
Cawangan kat wisma denmark tu kalau tak silap nasir dah tutup lama. Kat kebayan tu abang nasir yang kami panggil yassin berniaga disitu. Dan banyak lagi cawangan yang anak2 arwah berniaga dimerata jb.
ReplyDelete