Thursday, November 17, 2011

Dapat Projek Daripada Syarikat Orang Melayu Terkaya

Pagi tadi aku dapat panggilan telefon dari salah satu anak syarikat org Melayu/Islam terkaya di Malaysia - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.

Pegawai yg telefon aku memberitahu Purchase Order utk sykt aku telah diluluskan oleh ibu pejabat. Dia hendak fax PO itu ke pejabat aku tapi aku minta dia emelkan saja kepada aku kerana aku tak ke pejabat hari ni.

Walaupun kerja ini tidaklah sampai berjuta ringgit tapi aku bangga dapat menawarkan khidmat sykt kami kpd sykt besar itu. Sebelum ini kami biasa buat projek utk MNC dan juga jabatan kerajaan (selaku sub kontraktor) tapi kali ini kepada sykt gergasi milik anak bangsa.

Aku teruja.

InsyaAllah satu lagi PO akan menyusul tak lama lagi.

20 comments:

  1. Salam YB,

    Shabass..dpt meloloskan diri ke Syarikat yg besar, bukan senang utk dpt PO tapi jaga delivery and performance. InshaAllah..if you do it right, mereka akan berurusan lagi..Alhamdulillah..saya tumpang bangga

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...

    Mudah2an YB akan mengikut jejak langkah orang besar tu... Insyaallah..

    ReplyDelete
  3. Marina Monroe,

    Wsalam Kak.

    Terima kasih di atas kata2 semangat tu.
    Kami sedang membuat perancangan yg teliti sebelum memukakan kerja pada 26/11 ini sehari sebelum Awal Muharam.

    Semoga kedatangan tahun baru ini akan membawa lembaran baru kpd kami.

    ReplyDelete
  4. tahniah .. buat elok-elok supaya lain kali orang ingat untuk beri lagi.

    ReplyDelete
  5. ~ Cik Azz Abu Bakar ~,

    Syukur.

    Saya menganggap ini satu peluang dan cabaran utk menyiapkan projek sebaik mungkin utk terus mendapatkan kepercayaan sykt2 milik Tan Sri yg lain.

    Kejayaan beliau menjadi inspirasi utk saya mengikut jejak langkahnya w/p dlm skala yg lebih kecil.

    ReplyDelete
  6. al-lavendari,

    Terima kasih bang.

    InsyaAllah kami akan buat yg terbaik utk menggembirakan pelanggan. Pelanggan yg berpuas hati akan lebih mudah utk memberi lagi di masa akan datang.

    ReplyDelete
  7. tumpang bangga..
    jadi lah kannn...
    heheheh!

    ReplyDelete
  8. kaklong,

    terima kasih. Kawan2 yg tumpang bangga mcm kaklong ini yg menaikkan semangat dan iltizam kami utk berusaha dgn gigih dan memberikan yg terbaik.

    ReplyDelete
  9. SALAM,
    ALHAMDULILLAH. LF TURUT GEMBIRA

    ReplyDelete
  10. tahniah yb..masyuk...leh belanjalah nanti

    ReplyDelete
  11. tahniah...semoga akan terus berjaya

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah syukur tumpang bangga juga dengan pretasi syarikat yb sampai dapat jadi kontraktor syarikat Tan Sri Albukhary.

    ReplyDelete
  13. luahfikiran,,

    Wsalam Dato'

    Terima kasih di atas sokongan moral LF. Saya akan jadikannya pembakar semangat.

    ReplyDelete
  14. mMoOnN aAlLeEaA,

    Terima kasih lea.

    Projek pertama biasanya kita kurang tumpukan kpd keuntungan tapi lebih kepada membuktikan kebolehan kita dan memberi produk dan perkhidmatan terbaik kpd pelanggan.

    Setakat nak belanja lea takde masalah. Bila kita jumpa nanti bolehlah saya belanja bila ada rezeki lebih.

    ReplyDelete
  15. kasihibu,

    terima kasih kpd Eja juga di atas ucapan dan doa tersebut.

    ReplyDelete
  16. sharifah rosidah,

    Ini bukan usaha saya seorg tapi rakan kongsi saya juga. Kami telah mulakan usaha utk mendapatkan projek ini sejak sebelum Ramadan lagi. Alhamdulillah hari ini dapat PO yg mengesahkan kami mendapat projek ini.

    Kami harap lepas ini kami boleh menembusi sykt2 Tan Sri yg lain.

    ReplyDelete
  17. tahniah YB....Makin murah rezki sekarang...

    ReplyDelete
  18. jedi,

    terima kasih.

    Org kerja sendiri mcm saya ni kena sentiasa mencari peluang baru. Kalau tidak, mahu tak berasap dapur bila kontrak yg ada sudah tamat atau projek dah siap.

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah.. rezeki..



    moga bisnes bertambah maju!

    ReplyDelete
  20. zonaku,

    Rezeki Allah ada di mana2. Tak pernah terlintas boleh ditawarkan kontrak oleh sykt Tan Sri.

    Terima kasih mendoakan kejayaan saya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails