Dua minggu lepas semasa aku membawa famili aku (mereka yg nak ikut sebenarnya) ke Melaka, kami terlihat sebuah kereta dgn plat WWA. Mesti kereta baru tu. Bulan puasa hari tu semasa kami mengambil Myvi platnya baru WVR. Cepat betul nombor plat kereta bertukar terutama di Wilayah.
Atikah kata mana tak cepat. Plat kereta abjad Y dan Z takde. Z khas utk kenderaan tentera. Habis mana pula pergi plat Y?
Aku beritahu dia dan anak2 aku yg lain abjad yg tak dibenarkan oleh JPJ cuma I dan O kerana takut tersilap dgn angka 1 dan 0. Selain itu abjad Z yg digunakan oleh ATM.
Atikah masih bertegas tiada abjad Y kerana dia tak pernah melihat kenderaan yg menggunakan abjad tersebut.
"Ok mari kita tengok di highway ni," kata aku.
Maka bermulalah pencarian kenderaan yang berabjad Y. Jenuh melihat setiap kenderaan yg aku potong (aku di lorong kanan sepanjang highway PLUS tu) tapi tiada yg menggunakan plat berabjad Y.
"Hah kan takde," kata Atikah.
"Adalah," balas emak Adam yg sebelum itu dah mula kuyu matanya tapi dah segar semula kerana mencari kenderaan berplat Y.
"Kalau ada, mana?" tanya Atikah seolah2 memerli kami.
Tiba2 kami terlihat sebuah kereta dgn plat B*Y ****.
"Hah itu dia! Kan ada," kata kami hampir serentak kpd Atikah. Atikah hanya senyum2 sumbing kerana akhirnya dia dapat melihat kenderaan yg berplat Y.
Sepanjang perjalanan kami cuba mencari lagi tapi tak banyak. Adalah 9 buah yg dapat kami kesan sehingga kami tiba di tol Alor Gajah.
Bila kami sampai di pekan Masjid Tanah, tiba2 kami nampak banyak kereta dan juga motor yg menggunakan plat Y. Tak kiralah di tengah atau di hujung plat itu. Kebanyakannya kenderaan agak tua.
"Oh kat sini sarangnya kenderaan Y ni!," kata Atikah membuat kesimpulan.
Cubalah korang cari kenderaan yg menggunakan plat Y ni.
sian kan bang? kalu tak misti kita dorang dah tender plat Y yg best2.
ReplyDeleteada je aku jumpa byk PAY, PGY, PEY kat sini.......
ReplyDeleteagak common la...
Kereta Wira IM - PEY 164...
ReplyDeleteapa kat yb beli nbombor batu kat JPJ,
ReplyDeleteYB****...boleh tak?
Plat. YB xde lagi kan.. Hehehe..
ReplyDeleteJedi
motor antik kaklong ada huruf Y
ReplyDelete:P
H untuk teksi.
dah stat bawak famili bercuti ye :-)
ReplyDeletesini ada satu sport car, mazda kaler merah plat TAY 5**
ReplyDeletemujur bukan TAY 1
hahahaha
Tijah,
ReplyDeleteItulah tak nampak pun nombor yg best2 yg ada huruf Y ni contohnya WVY 8, BSY 88, ADY 888 dsb. Kalau tahu tak popular, mahu saya yg tender no tu murah2.
zonaku,
ReplyDeletemungkin kat sana agak common tapi kat sini entah mana perginya kenderaan plat Y ni.
insan_maarhaen,
ReplyDeleteoh kalau nampak no kereta tu tahulah itu kereta IM. Nanti kalau ke Penang saya nak suruh Atikah perhatikan kereta tersebut ... ngeeeee
kaklong,
ReplyDeleterasanya JPJ tak kasi. Kalau kasi, mesti berebut wakil rakyat nak nombor plat yg mula dgn YB tu
Jedi,
ReplyDeleteTakde negeri yg platnya bermula dgn Y. Tak dapatlah nak ambil plat YB huhuhu
Awak sepatutnya tender plat JED 1. Baru kelas!
kakngah,
ReplyDeleteoh ada simpan lagi motor antik tu? Kat Melaka pun kebanyakan kenderaan yg ada plat Y ni yg dah tua.
Teksi pangkal dia H. Tapi kereta biasa pun ada yg guna H di tengah atau di hujung hurufnya.
juliet,
ReplyDeletebukan pergi bercuti tapi ambil Afifah balik dari London. Esok nak hantar dia balik ke sana. Jom ikut kami. Kita bertolak lepas solat Jumaat.
AiTotYati,
ReplyDeleteesok saya ke Melaka bolehlah cuba cari kereta Mazda tu.
TAY 1 agak ok lagi. Kalau TAH 1 lagi haru .... hehehe
Besok pagi nak ke Trengganu nanti nak kira berapa banyak Y dijalan raya. Saya dah terpengaruh dengan yb dan family tak pasal2 besuk nak buat kerja yang tak pernah terfikir pun.
ReplyDeletesharifah rosidah,
ReplyDeleteSaya nasihatkan bawa minyak angin sekali sebab mungkin akan sakit tengkok mencari kenderaan yg plat Y ni.
Pada teorinya sepatutnya plat Y ni sama banyak dgn plat2 lain tu tapi entah mcmana sangat kurang yg ditemui di atas jalanraya ....
Slmt berangkat ke T'ganu dan slmt mengira kenderaan plat Y. Balik nanti bagi tahu saya ya.
slpas WYY nnti jadi camane pulak no plat wilayah tuu?
ReplyDeleteeeee salam... wak dah datang nak komen kkomen niiii
Yb, memang payah juga nak jumpa Y ada lah dalam 3-4 je yang kita nampak, ish kenapa lah kereta yang ada Y semua tersorok.
ReplyDeletewak gelas,
ReplyDeleteSaya pun tak pasti apa pulak no plat selepas WYY. Mungkinkah WAAA.
Wsalam wak. Jemputlah mampir kayney meneh.
sharifah rosidah,
ReplyDeleteItu agaknya Atikah ingat takde plat Y.
Sampai ke Ganu cuma dapat nampak 3- 4 aje ke? Semalam masa balik kampung kami nampak banyak jugak hehehe