Saturday, November 5, 2011

Nak Masak Apa Utk Raya Esok?

Mula2 emak Adam bercadang nak masak laksa Penang aje utk esok. Aku kata oklah. Bukan ramai tetamu pun Raya Haji ni. Kebanyakan saudara mara sibuk dgn acara korban. Biasanya yg datang beraya adik kembar aku sekeluarga dan adik emak aku anak beranak. Ada laksa tu kira oklah.

Tapi pagi tadi emak Adam kata dia nak masak ketupat segera dan buat kuah kacang dan lodeh. Aku setuju aje sebab yg nak buat dia. Aku ni tukang makan aje.

Tengahari ni tiba2 emak Adam memanggil aku.

"Bang tengok tu Wak Ali masukkan lontong berbakul-bakul ke dalam Pajero dia," kata emak Adam dgn penuh semangat.

Wak Ali adalah jiran depan rumah kami yg berniaga makanan. Aku tengok dia dan menantunya sedang memasukkan lontong yg telah siap ke dalam kenderaannya.

"Pergilah tanya bang kalau dia jual lontong tu," pinta emak Adam.

Aku pun mencapai dompet aku dan tanya berapa batang emak Adam nak.

"Belilah sepuluh batang. Kalau lebih boleh bawa balik kampung," jawab emak Adam.

Aku pun berjumpa dgn Wak Ali dan ternyata dia nak jual lontong tu. Aku beli 10 batang dan dapat free 2 batang.

Sekarang aku dan emak Adam nak ke pasar beli barang2 utk dimasak petang ini dan pagi esok.

18 comments:

  1. assalam - wah berlontong la awak esok....kita sedang sibuk merebus ketupat 20 biji...bukan utk esok...he3x buat buka puasa petang ni-esok pun nak berlontong jugak!lagipun esok sibuk ada kenduri korban kat surau - sama2 berkorban le kita

    selamat hari raya utk YB sekeluarga

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni susah nak cari lontong original yang batang dalam daun pisang tu. Orang ori Jawa saja yang rajin buat nih.

    Sedap tauuuu....! Makan dengan kuah Lodeh dan Sambal Tumis Bilis, perhhhh!

    ReplyDelete
  3. lontong tu macama mana rupanya ? dia jual pakai batang pulak .. abg ingatkan lemak je yang jula pakai batang.

    ReplyDelete
  4. amboi sedapnya makanlontong..poskan untuk sy sebatang..teringin la..

    ReplyDelete
  5. Hari ni akak balik semua dah siap masak...so rehat je lah sampai esok..

    Selamat hari raya aidil adha buat yb sekeluarga

    ReplyDelete
  6. Sedap tue.. Selamat hari raya aidilaha... Selamat menjalankan ibadah koraban...

    ReplyDelete
  7. kenapa di panggil lontong, ya! dulu IM ingatkan lontong ni macam yang bergayut kat pokok tu!

    ReplyDelete
  8. Marina Monroe,

    Sebatang yg panjang dia jual dekat pasar Keramat RM3. Yang pendek RM2.50.

    Tapi dgn saya Wak Ali cuma kenakan RM2.50 utk yg panjang.

    ReplyDelete
  9. sonata,

    ingat takde nak buat lontong raya haji ini tapi dah kebetulan jiran ada menjualnya.

    Wah kenduri besarlah anak beranaklah awak masa buka tu. Kami pun berbuka dgn ketupat segera, rendang daging, kuah kacang dan lodeh yg adik ipar saya bawa. Dia datang sehari sebelum raya pada tahun ni kerana dia nak balik kampung.

    Surau awak aktif juga ya. Baguslah tu.

    ReplyDelete
  10. azieazah,

    betul tu. tak semua org tahu buat lontong daun pisang tu termasuklah org Jawa.

    Tapi kat rumah saya ni kalau raya puasa mesti buat lontong tu. Emak saya yg pandai buat tu tapi sekarang emak Adam pun dah pandai buat.

    Awak makan lontong tu dgn lodeh dah sambal tumis bilis ke? Kami tak guna sambal tumis tapi sambal kacang dan sambal tumis sotong kering. Apapun memang perghhh

    ReplyDelete
  11. al-lavendari,

    lontong yg sebenarnya ialah beras yg dimasak di dalam daun pisang yg dibulatkan sebesar lengan budak kecil mcm Adam tu. Setelah dimasukkan di dalam daun yg telah dibulatkan menggunakan kayu dsb, ianya direbus utk 3-4 jam mcm juga merebus ketupat.

    Org Jawa yg biasa buat lontong yg spt ini.

    Skrg istilah lontong telah digunakan utk nasi impit yg dimakan dgn kuah lodeh dan sambal kacang. Itu kurang tepat sebenarnya.

    ReplyDelete
  12. Hamizah,

    Hari tu Riz Ardy ke Sydney pada hari raya tu. Kalau dia ke Perth bolehlah saya minta dia tolong bawakan ... hehehe

    ReplyDelete
  13. aNIe,

    jadi mem besarlah kakak raya kali ni.

    Masih di kampung lagi ke kak?

    ReplyDelete
  14. jedi,

    pernah rasa ke? Lain kali raya datanglah ke rumah saya kalau nak rasa lontong yg ori.

    Awak buat korban di mana tahun ni?

    ReplyDelete
  15. insan_marhaen,

    tak tahulah apa sebab dipanggil lontong tapi satu kemungkinan kerana diisikan di dalam daun pisang yg bergulung atau 'mengelontong' dlm bahasa Jawa.

    Yg bergayut kat pokok tu lotong.

    ReplyDelete
  16. Saya masak lontong je, tapi ada juga rendang itik dan rendang kerang yang lain lain biasa2 aje.

    ReplyDelete
  17. sharifah rosidah,

    Lontong itu dari daun pisang atau ketupat segera?

    Itik sembelih sendiri ke? Saya tak makan itik.
    Kerang emak Adam suka. Lain kali bolehlah dia rasa rendang kerang awak tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails