Semalam aku dan emak Adam ke majlis perkahwinan sedara emak Adam yg kerja polis di KL ni. Sedara emak Adam tu berpangkat SM (Sarjan Mejar). Tapi dia takde misai tebal walaupun emak Adam pada mulanya ingat SM tu Sarjan Misai! Anak perempuan dia yg sulung berkahwin dgn rakan sekerja. Pengantin lelaki berasal dari Kelantan.
Kami tiba agak lewat kerana menunggu adik kembar aku dan isterinya datang. Adik aku kerja semalam. Susah juga jadi Pengarah syarikat ni. Tak macam aku, bila rasa nak cuti atau nak rehat, bila2 masa boleh. Tapi dari segi gaji memanglah aku tak boleh lawan dia sebab gaji dia berpuluh ribu sebulan.
Dah ke laut pula aku ini.
Apa yg aku nak cerita ialah biasanya ramailah sanak saudara datang di hari persandingan. Pengantin perempuan akan kenalkan semua sedara maranya kpd suaminya itu. Aku sendiri pun mcm tu juga. Beginilah lebih kurang dialognya.
"Awak, oopss abang mari saya(ng) kenalkan sedara sayang ni. Yang ini Mak Long yg tinggal di Sg Plong. Yang ini Pak Ngah dari Kg Tengah. Yang baju biru sedondong ini Pak Lang dan Mak Lang dari Klang. Yang senyum selalu ni (sebab jongang hehehe) Acik yg tinggal di Gerik.
Seterusnya yg cun ini Mak Su. Dia duduk di Alor Pongsu."
Korang rasa aku boleh ingat ke semua tu? Jadi kalau nak ingat dan menambah keakraban dgn saudara mara, rajin2lah berkunjung ke rumah mereka selepas kahwin tu. Jangan sibuk nak honeymoon aje.
Kepada semua pasangan yang akan melansungkan perkahwinan sepanjang bulan 11 dan 12 ni, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan bahagia sehingga ke akhir hayat.
Ahahaha...
ReplyDeleteSemalam sayapun menghadiri majlis kawen anak sepupu di Rasah.. Lepas tu si pengantin perempuan bawak la suami dia kenal2kan dgn kitorang walaupun dia sebenarnya tak berapa kenal kitorang kaum kerabat dia ni..
Saya siap cakap bg pihak kami, yang ni geng N9 tp dok Pahang.. So, harap2 nnt dia ingatlah kat sedara dia yg dok kat Pahang ni...
~ Cik Azz ~,
ReplyDeleteTahniah kpd Cik Azz kerana ke majlis kahwin anak sepupu awak tu. Skrg ni golongan muda tak ramai yg rajin ke majlis kahwin sedara mara ni. Setakat majlis kawan2 aje huhuhu.
Harap2 anak sepupu awak tu akan menziarahi sedara maranya yg di Pahang. Janganlah sampai dah dapat anak masih tak pergi berkunjung.
lepas kawen kene bertandang rmh sedara mara dan bawak mangkuk sia....
ReplyDelete:P
Kalau seorang dua bolehlah ingat. Kalau dah berpuluh...
ReplyDeleteLama tak mengomen entri YB ni.. :)
nanti anak YB kawen - bawaklah anak2 ni ziarah sedara mara sangat ramai tu...anak2 sekarang tak macam kita dulu2....lepas nikah kita berusaha kerumah sedara mara ni -
ReplyDeletekalau org,negeri sembilan,lepas kenduri,wwajib pengantin bawa pasangan nya bertandang kerumah sedara mara...klu nk perkenalkan masa kenduri tu mana nak ingat semuanya...
ReplyDeletebetul cakap kaklong tu... lopeh kawin pengantin wajib ke rumah mak/pak sedara, kalau dulu2 bawa dodol atau wajik sekali tp skarang dah tak kisah janji bawa buah tangan
ReplyDeletekakngah,
ReplyDeleteitulah yg sebaik2nya sebab sedara mara pun dah bertungkus lumus membantu semasa majlis kahwin tu. Itupun kalau buat secara gotong royonglah.
Org sekarang ada ke lagi mangkuk sia tu? huhuhu
Jowopinter,
ReplyDeleteKabare JP?
Memang tak boleh nak ingat semuanya. Yang lebih memalukan pengantinpun tak kenal sedaranya ... huhuhu
Terima kasih kerana sudi ke sini lagi. Kangen dah nak dengar komen JP.
Sonata,
ReplyDeleteSekarang pun kami rajin bawa anak2 ke rumah sedara mara jika ada kesempatan seperti masa raya yg sampai 50 - 60 buah rumah.
Sedara mara dan kawan2 kami mmg ramai. Kalau nak lawat semuanya lepas kahwin, sampai dapat anak pertama pun tak habis .....hehehe
kaklong,
ReplyDeleteeloklah 'diwajibkan' mcm tu. Bila lagi pengantin nak bawa pasangan dia kenal mengenal dgn sedara mara. Masa kenduri tu memang susah nak ingat sebab pengantin hanya fokus kpd pasangannya aje. Silap2 itu aje org yg dia kenal rapat .... ngeee
ibuintan,
ReplyDeleteDulu mertua tolong buatkan dodol atau wajik tu kan? Skrg mertua pun dah tak rajin nak buatkan. Belipun ok juga sebab banyak dijual dodol dan wajik tu w/p bukan masa raya. Bawa buah tangan lain pun ok juga. Gembiralah sikit tuan rumah tanda pengantin menghormati org tua2.
Betul. Masa zaman kita dulu, lepas kenduri saja, pasangan pengantin kena berjalan jalan menziarah sedara mara untuk berkenalan.
ReplyDeleteSekarang dah makin kurang budaya tu, sebab pengantin lebih gemar berbulan madu di tempat yang jauh.
azieazah,
ReplyDeleteDulu ibubapa pengantin tekankan sgt ziarah sedara mara terutama yg lebih tua ni. Sibuk tanya bila nak pergi rumah sekian sekian.
Sekarang ibubapa pun macam tak kisah. Yang ditanya bila nak pergi bulan madu. Balik dari honeymoon dah sibuk nak kerja semula .....
Yb budak2 sekarang ni lepas kawin haram tak dikenalkan pasangan mereka pada sanak saudara. Kalau hari raya mereka datang berkunjung kerumah kita dan tak kenal jangan nak kecik hati pulak.
ReplyDeletesharifah rosidah,
ReplyDeleteBudak2 sekarang ni tak beratkan diri utk menziarahi sanak saudara termasuk pakcik2 dan makcik2 mereka selepas kahwin. Manalah anak sedara menantu tu nak kenal saudara mereka.
Bila raya pula sibuk beraya di sebelah pasangan mereka.
Tahu2 dah nak dapat anak atau dah beranak. Lagilah tak jalan ke rumah sedara bila dah ada baby.
Kita yg tua ni jugalah yg terhegeh2 menziarahi mereka!
sebelum majlis kawen tu kena hafal la nama sedara mara :-)
ReplyDeleteperkenalkan pada sedara? time raya jela... pastu lupa.. bila tnya balik confuse.. isk
ReplyDeletedah start keduri kawin yang berderet-deret.. sendat perut. Yang kempis dah nampak macam dua bulan. Yang boroi tambah boroi hikhik..
ReplyDeletesalam yb. lama tak datang menyakat..
juliet,
ReplyDeletemcmana nak hafal kalau sedara pun ada yg pengantin tu tak kenal ... huhuhu
Esok sebelum kawen juliet buat mcm tu ek. hehehe
~mrs azmi~,
ReplyDeletekalau jumpa setahun sekali aje semasa raya, mmg boleh lupa dah konfius. Kena pula mereka datang beramai2 ke rumah mertua .... ngeee
ibundo,
ReplyDeleteWsalam kakpah.
Bukan kakpah aje yg dapat jemputan berderet2. Saya pun dah penuh jadual sepanjang cuti sekolah ni. Kalau dah banyak sangat dlm sehari tu, kadang pergi tunjuk muka dan bagi envelop aje. Tak larat nk makan sebab menu hampir sama .... huhuhu