Dalam pukul 9 lebih tadi anak sulung aku, Hazwan balik dari UIAM. Aku tak dengar bunyi enjin kereta masa dia balik. Tahu-tahu dia dah buka pintu rumah.
Dia beritahu aku yg kereta dia rosak. Ini kereta Camry yg telah di body kit sehingga jadi mcm kereta lumba Indy 500. Nasib baik sempat juga sampai ke taman perumahan kami. Tapi tak sempat sampai rumah dah tersadai depan rumah jiran kira-kira 40 meter dari rumah kami.
Memandangkan parking merupakan satu masalah di taman perumahan kami, eloklah kami bawa kereta tu balik w/p kena menolaknya.
Aku pun mengajak Haizam utk membantu aku dan Hazwan menolak kereta tersebut. Sebelum kami menolak, Hazwan cuba menghidupkan enjin kereta tersebut tetapi sia2. Memang nak kena tolak juga kereta tu.
Mula2 kami bertiga menolaknya dgn Hazwan mengawal stereng. Bila kereta itu dah ada lajak, aku suruh Hazwan masuk sepenuhnya ke dalam kereta supaya lebih senang dia mengawal stereng. Berat juga aku dan Haizam nak menolak berdua kerana jalan tu agak menegak.
Sampai ke simpang rumah aku, kami kena membelok ke kiri. Selepas belok, jalan agak menurun sebelum Hazwan kena belokkan stereng ke kanan utk masuk ke halaman rumah kami. Nak masuk tu agak tegak. Jadi dengan lajak yg ada, aku dan Haizam rasa bolehlah masuk sampai ke bawah garaj tapi tengah betul2 tegak tu Hazwan telah menekan brek kerana dia takut terlanggar CRV aku. Akibatnya kereta Camry tu tak lepas naik ke garaj dan mula mengundur. Aku dan Haizam cuba sedaya upaya menahan kereta itu dari undur tapi tak berjaya.
Emak Adam keluar utk membantu. Hazwan suruh emaknya tolak dari pintu depan sebelah kiri dan dia di pintu drebar. Aku dan Haizam tetap di belakang. Percubaan pertama dgn cara itu tak berhasil. Aku suruh emak Adam berpindah ke belakang. Biar semua 3 org menolak dari belakang dan Hazwan dalam kereta mengawal stereng.
1 .....
2 .....
3
Tolak!
Tolak kuat lagi!
Kereta bergerak macam siput babi. Tapi sekurang2nya tak mengundur kerana kami tahan dengan punggung kat belakang kereta tu.
Akhirnya dengan kudrat yg masih ada, kami berjaya masukkan kereta itu ke dalam garaj.
Phewwww.
Inilah kalau nak tukar kuasa enjin yg beratus2 kuasa kuda dgn kuasa 4 orang. Macam latihan pasukan ragbi aje malam ni.
psst - nak minta emak Adam tolong urutkan aku malam ni hehehe
aaaaa. misti sbb bawak awek tu sampai kereta merajuk.
ReplyDeletenasib baik IM cuma pakai Kancil. Nak tolak pun sorang-sorang dah ok.
ReplyDeletehritu kete kakngah tak boleh stat lepas tuang minyak kat stesen mnyk kulit kerang ulu bernam... jenuh abem, bangla kulit kerang & ada sorang brader budiman tolak ke tepi sebab ramai dah Q nak tuang minyak.
ReplyDeletesebbaik la workshop yg depan balai tu bukak. bateri problem.
awas..!!!! bagi yang ada buasir!
ReplyDelete:)
Phewwww..bc n3 ni pon dah penat!
ReplyDeleteberapa kg turun yb tolak kereta?
ReplyDeletekenapa tak tolak terus kereta tu ke kedai 2nd hand .. dan ambil camry baru !
ReplyDeleteSalam, boleh tolak ker kalau gear auto?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBaca sambil imagine cerita sebenar nak-nak bab tahan kereta dengan punggung tu
ReplyDeletedari cerita rasa macam jauhhhhh je kene tolak kete tu?
ReplyDelete40meter ke 400meter dari umah?
Tijah,
ReplyDeletemana ada bawak awek. Hazwan tengah exam skrg ni. Awek dia ada kereta lebih baru dari camry tu hehehe
insan_marhaen,
ReplyDeleteitulah untungnya kereta comel kann.
Ini camry lama. Dulu kami guna utk kereta keluarga sbb boleh muat ramai
ngeeee
kakngah,
ReplyDeletestesen tu mmg kecik dan sempit. Kalau tak tolak ke tepi org lain tak boleh nak masuk isi minyak. Bagus juga ada brader yg budiman yg mahu menolong.
Malam tadi ada anak jiran keluar ke keretanya. Dia buat tak tahu aje nampak kami setengah mati tolak kereta tu. Budak2 skrg ni ..... huhuhu
kaklong,
ReplyDeleteYa betul tu. Mahu terkeluar hehehe
Sally,
ReplyDeleteAwak ni mcm emak saya pulak. Dia penat tengok org main bola Piala Msia malam minggu tu sbb tak gol2 hehehe
mMoOnN aAlLeEaA,
ReplyDeletesekali tolak tu aje tak sempat turun berat badan. Kalau sering kena tolak harus kurus saya dibuatnya hehehe
al-lavendari,
ReplyDeletekedai second hand tutu malam tadi bang. Kalau tak satu cadangan yg baik tu.
Tapi camry baru tu besar sgt utk Hazwan. Dia tu pakai 3 series cukuplah hahaha
Marina Monroe,
ReplyDeleteWsalam kak.
Ini camry 1st generation. Gear manual. Tapi anak saya dah make up kan kereta tu sampai tak rupa camry. Saya pernah buat n3 tentang tu dulu.
pssst - malam tadi saya ajak Tijah ke rumah akak bila dia free. Nak tanya tentang nak ubatkan stroke.
Tie-Ibu wawanisolehah,
ReplyDeleteTinggi imaginasi Tie ni. Mula2 saya dan Haizam cuba tahan guna tangan tapi kereta tu tetap nak undur. Itu yg kami pusing belakang dan tahan dgn punggung hehehe
~mrs azmi~,
ReplyDeletebila kereta rosak 40m pun rasa jauh nak menolaknya. Kalau kereta tu ok, 400 km pun takde masalah huhuhu
erk, jangan lupa order urutan cakar harimau. hihi..
ReplyDeleteAnaa,
ReplyDeletekalau order urutan yg itu tentu merebak ke perkara lain ahaks
ai like.
Yb senang jer, beli kan dia kereta baru pastu dah tak payah susah susah nak tolak camry lagi. Mak adam pulak tak payah tunggu awak sakit badan, dia boleh urutkan yb hari hari kalau diminta.
ReplyDeletesharifah rosidah,
ReplyDeleteraya hari tu kan saya dah beli Myvi utk Atikah. Bajet belum ada utk beli sebuah lagi. Lagipun camry tu kereta yg baik.
Kesian pulak kalau setiap hari emak adam nak kena urut saya. Kerusi urut ada utk tujuan tu. Kalau nak lebih dari urut, itu hanya emak Adam yg boleh bagi hehehe
Oho...Camry idaman Ate tapi hakikatnya Ate hanya mampu beli buatan Malaysia jer.
ReplyDeleteKerusi urut tak puas lah. Tak sama dengan tangan manusia.
Ann Huda,
ReplyDeleteCamry mmg kereta yg selesa. Saya beli second hand masa zaman kemelesetan dulu. Murah aje sebab org tu terdesak nak guna duit. Ambil loan sykt tempat saya kerja.
Memanglah kerusi urut tu tak sama dgn tangan. Tambahan tangan org yg tersayang yg mengurut tu ngeeee
apalagi hazwan, bertukarlah ke ferrari, kekkekekekeke.
ReplyDeletejuliet,
ReplyDeletetunggu awak tumpang kereta ni dulu sebelum bertukar ke ferrari.
Bila kita nak keluar detin ni Juliet? hehehe