Anak2 aku ramai yg minat berniaga. Dari kecil lagi dah macam2 yg mereka jual.
Hazwan pernah jual sticker Alien Workshop dsb yg dia beli di pasar malam setempek RM1.50 tapi jual setiap satu pelekat tu antara 10 sen hingga 50 sen mengikut saiz. Satu tempek tu aku tengok ada dekat 30 keping gambar! Bila di sekolah menengah dia jual top up prepaid masa kat sekolah menengah dulu. Masa di Foundation UIA di PJ dia jual hotdog dgn kawan2 sebiliknya. Mereka rebus hotdog dan jaja dari bilik ke bilik. Pelajar2 yg lapar, hotdog rebuspun laku.
Anak2 perempuan aku pula tak kurang kreatifnya. Mereka download lirik lagu dan cetak di kertas lalu dijual sekeping 50 sen. Masa tu tak ramai org ada komputer dan printer. Selain dari itu, mereka jual macam2 barang lagi termasuk minyak wangi.
Haikal (10 tahun) kurang sikit bab bisnes ni. Pernah aku buat n3 dia jual air tin yg modal pun tak lepas. Hari ni dia buat lagi!
Tengahari tadi emak Adam perasan Haikal nak jual tempat letak pensil yg dibuat dari kain. Siap dah buat flyer.
CEPAT CEPAT TAWARAN ISTIMEWA
Satu RM1.50
Dua RM2.50
Dia kata dah ramai kawan2 dia yg menempah. Dalam beg dia ada 4 tempat letak pensil tu. Bila kami tanya dia beli di mana, dia kata dia beli dari rakan sekolahnya. Budak tu jual satu RM2.00 kpd Haikal.
MasyaAllah. Setiap satu dia rugi 50 sen. Tapi Haikal menafikan kerana dia kata kawan2 dia bagi dia duit dua ringgit. Cuma dia perlu pulangkan 50 sen kepada mereka.
Emak Adam kata, itu namanya rugi 50 senlah. Cuma Haikal pegang kejap duit RM2 tu. Itu kalau dia jual satu persatu. Kalau dia jual 2 sekaligus kpd rakannya pada harga RM2.50 dia akan kerugian RM1.50 kerana modalnya RM4.
Untung mengelakkan Haikal kerugian besar hari ini, emak Adam telah membeli 2 tempat pensil tu dan membayar RM4.
alahai~
ReplyDeletemungkin dia hanya berfikir,biar laku daripada tak laku langsung...heheheh!
ReplyDeleteSian dier..kena monitorlah math dia..
ReplyDeleteHeheheh... dulu kita pun meniaga ngan adik ipar... kita jahit bekas simpan pencil dari kain...dia jual... duit kawan2 dia utang...bila diorang bayar utang...masuk poket dia... meniaga masuk angin kluar asap namanya tu...hahahah
ReplyDeleteteringat masa IM kecil. IM jual kacang, abah IM yang beli...
ReplyDeleteEh kesian dia, yb pantau2 lah dia beritahu dia meniaga mesti ada untung dan tunjuk kan satu persatu macamana nak letak harga barangan tersebut insyaallah kalau dah beri penerangan yang betul gerenti dia tak rugi lagi.
ReplyDeleteHehehehe...
ReplyDeleteNak beli kat Haikal la kalau camni...
itulah agaknya yang dinamakan berniaga buluh kasap ..
ReplyDeleteeh! bukan ke dulu haikal pernah jual kipap mak adam??
ReplyDeletekenapa macam tu pulak haikal...
ReplyDeletealien,
ReplyDeletemoral of the story: tak semua org boleh berniaga .... huhuhu
kaklong,
ReplyDeletetepat sekali kata kaklong tu. Dia kata yg penting habis barang yg dia telah beli tu. Tapi sebelum tu, kenapalah dia pergi beli sampai 4 dari kawan dia tu? .... huhuhu
Marina Monroe,
ReplyDeleteMemang math dia lemah sikit. Setakat dapat B. Lain subjek ok
aNIe,
ReplyDeleteentah2 adik ipar tu saja bagi hutang kat kawan2 dia biar Kak aNIe tak tuntut bahagian Kak aNIe hehehe.
Malam tadi ustaz yg mengajar di surau kami beritahu kalau nak cari rakan bisnes kena kenal hati budinya dulu sebelum jadikan rakan bisnes.
insan_marhaen,
ReplyDeleteSiapa lagi nak tolong kalau bukan abah sendiri.
Oh ya. Siapa yg sediakan kacang tu? emak IM ke? hehehe
sharifah rosidah,
ReplyDeletebelum sempat emaknya nak terangkan dia dah menangis semalam.
Takde bakat nak kaya dari berniaga anak kami yg seorg ni .... huhuhu
~ Cik Azz ~,
ReplyDeleteawak tak kesian ke kat dia tu? .... huhuhu
al-lavendari,
ReplyDeleteBuluh kasap sekurang2nya dapat jugak hujung w/p pangkal lesap. Ini semuanya lesap .... huhuhu
kakngah,
ReplyDeleteDia mmg pandai bab mendapatkan pelanggan ni. Ingat lagi ya kakngah dia jual karipap tu. Dia nak jual 50 sen sebiji masa tu tapi emak dia kata 40 sen cukuplah. Karipap pusing tu.
shaliza,
ReplyDeleteDia tak ambil kira modal yg telah dikeluarkan. Janji laku sudah .... huhuhu
Hahaha apalah Haikal ni. Langsung takde bakat macam abang kakak-kakak dia! Hehe :D
ReplyDeleteNurafifah,
ReplyDeleteBakat dia dalam bidang sales. Marketing abg dan kakak2 dia kena buatkan ... hehehe
senyum je saya membacanya :-)
ReplyDelete