Hari Rabu baru ni cuti Deepavali. Petang itu salah seorang bekas rakan sekerja aku semasa di sykt kulit kerang dulu telefon kata nak singgah rumah aku. Dia dah ada di DUKE masa dia call aku. Maknanya dah dekat sebab dari permulaan DUKE di plaza tol Duta ke rumah aku tak sampai 10 minit. Kalau aku yg bawa kereta dalam 7 minit
Kawan aku tu datang dgn isterinya. Anak2 mereka tak ikut sama. Mereka ada 3 org anak. Yang sulung sebaya Haizam, 15 tahun. Walaupun rakan aku ni hampir sebaya dgn aku tapi dia kahwin lewat. Itu sebab anak2nya belum ada yg belajar di uni. Isterinya dulu pramugari MAS tapi dah lama berhenti kerja utk jadi surirumah sepenuh masa. Isterinya lebih tua dari emak Adam w/p dia panggil emak Adam Kak Lina!
Kawan aku berhenti kerja dgn sykt kulit kerang pada 2004. Dia berjawatan pengurus masa itu. Dia buat macam2 bisnes sejak berhenti makan gaji. Dia ada buat construction, consultancy dan macam2 lagi. Setahu aku kebanyakan usahanya itu tak dapat bertahan lama kerana saingan hebat. Dia terpaksa menjual rumah kedua dan ketiga utk modal berniaga dan utk sara hidup.
Kebelakangan ini dia ditawarkan bekerja dgn rakan lamanya di Terengganu w/p dia bukanlah dari Pantai Timur. Petang Rabu tu dia hendak balik ke Terengganu dgn Firefly. Dua minggu sekali dia akan balik ke sini utk bersama keluarganya.
Hujung tahun ni dia bercadang utk membawa keluarganya berpindah ke KT. Satu2nya rumah dia yg masih tinggal akan dijual kpd adiknya.
Kepada kawan aku tu, aku mendoakan yg terbaik dan selamat berjaya membina hidup baru di tempat orang.
Moral of the story: tak semestinya kerja sendiri itu lebih baik dari makan gaji.
semoga kwn YB sukses hendaknya lepas ni.. mana tau.. hujan emas di KT pulak...
ReplyDeletekakngah,
ReplyDeleteSaya pun harap begitu juga. Bukan senang nak uproot keluarga dan pindah ke tempat baru utk mulakan penghidupan baru.
psst - malam ni dia menyokong Ganu kot hehehe
Moga Allah buka kan pintu rezeki kawan YB tu...dari 3 biji rumah, habis kena jual. Di KT dia beli atau menyewa?
ReplyDeleteasalkan dia terus kuat berusaha tanpa putus asa..... insyaallah berjaya.....
ReplyDeleterezeki Allah ada di mana-mana
DaddyZiyyad,
ReplyDeleteSama2lah kita tolong mendoakan kejayaannya. Nasib baik dia ada harta yg boleh dijual utk buat modal.
Kat KT dia kata dia akan menyewa rumah. Dia nak cari rumah teres corner lot sbb familinya dah biasa duduk rumah yg agak luas.
zonaku,
ReplyDeleteDari dulu dia mmg kuat berusaha. Ada kalanya dia kerja siang malam. Tapi mungkin belum nak senang.
Bumi Allah ini luas dan rezeki Allah ada di mana2. Semoga dimurahkan rezeki dia di KT.
semoga kawan YB selamat maju jaya - bukan senang nak senang!
ReplyDeletebegitu lah percaturan hidup kan? kadang2 start smooth, ending kurang memberangsangkan. ada tu plak start susah, ending best. apa2 pun good luck utk kita2 semua la termasuk kawan ko bang.
ReplyDeletewah, dia nak duduk ganu? makan kopok lekor. kat mana-mana pun sama, semuanya bumi Allah tercinta
ReplyDeleteSemoga kawan YB lebih berjaya lepas ni.InsyaAllah.
ReplyDeleteIM pun dah janji dengan cikgu ibu_suri untuk pi berdepavali di rumahnya tapi last minute ibu_suri cancell. sian cikgunya tunggu hingga petang!
ReplyDeletehmmm....ujian besar untuk kawan yb yang nak cuba bisnes sendiri tu. biasanya org macam ni takkan putus asa mengejar cita-citanya, tapi isteri dan keluarganya kene bagi sokongan moral.
ReplyDeletesonata,
ReplyDeleteitulah yg kita doakan. Dia mengambil keputusan yg drastik utk memulakan hidup baru dgn keluarganya di usia pertengahan begini. Anak2 dan isteri terpaksa belajar hidup di tempat baru.
Memang bukan senang nak senang.
Tijah,
ReplyDeleteNasib org tak sama.
Ada yg mula smooth sampai habis smooth. Tapi tak kurang juga yg mula tak smooth sepanjang jalan tak smooth sehingga ke penghabisan.
Amin utk doa ko tu Tijah.
Ya benar YB, tak semestinya kerja sendiri itu lebih baik dari makan gaji. Ini pengalaman Ate. Tapi Ate tak pernah berputus asa, meyakini bahawa sesungguhnya Allah Maha Pemberi rezeki (Arrazaq). Banyak sikitnya rezeki kita itu bukan soal utama, yang penting barakah.
ReplyDeleteBetul kata yb, kerja sendiri kena rajin dan kena cepat buat tindakan dalam apa juga urusan. Tapi so far alhamdulillah buat masa ini cukup makan, pakai dan sikit duit untuk holiday dengan family alhamdulillah.
ReplyDeleteMak Su,
ReplyDeleteDia rasa di sanalah rezekinya. Keropok lekor Ganu kan femes. Nanti kalau kami ke Ganu, bolehlah singgah rumah dia.
a.z.r.i.n.a,
ReplyDeleteitulah yg kami harapkan. Bukan senang dia nak buat keputusan berpindah jauh dari keluarga lebih2 lagi emaknya dan mertua taklah berapa sihat.
insan_marhaen,
ReplyDeletekita hanya mampu merancang tapi Allah yg menentukan. Kalau ada keuzuran, cikgu ibu_suri tentu faham. Lain kali kalau ada masa lapang bolehlah ziarah dia.
gadisBunga,
ReplyDeletebukan saja ujian besar tapi juga dah 7 tahun terumbang ambing. Dia mmg cekal dan tak pernah putus asa.
Saya berkongsi citer ini utk jadikan ikhtibar kepada yg bercita2 nak buat bisnes sendiri.
Ann Huda,
ReplyDeletehanya org yg dah merasai peritnya kerja sendiri tahu pengalaman ni. Nak isi minyak kereta pun kadang tu tak cukup duit.
Org dari luar nampak yg bab senangnya aje.
Apapun betul kata Ate. Yang penting barakah.
sharifah rosidah,
ReplyDeleteSebenarnya sama ada kerja sendiri atau makan gaji kita kena rajin dan cepat bertindak. Cuma bezanya kalau kerja sendiri tak buat mcm tu, alamat terjejas atau terlepas terus peluang dan boleh miss syoru.
Kalau makan gaji, cukup bulan masih ada gaji w/p tak rajin huhuhu.
Alhamdulilah awak dikurnia rezeki yg murah. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.