Friday, October 28, 2011

Kisah 3 Keluarga - Bhgn 2

Khamis lepas aku mendapat panggilan telefon dari kakak ipar aku. Dia beritahu suaminya jatuh di rumah mereka dan telah dibawa ke hospital. Doktor sedang membuat pemeriksaan semasa dia call aku masa itu.

Habis bercakap di tepon tu, aku pun beritahu emak Adam. Aku suruh emak Adam call kakak dia semula utk tahu kisah lanjut abg iparnya itu.

Lepas emak Adam telefon, kisahnya semakin jelas. Abg ipar dia rebah secara tiba2 di bilik dan mungkin diserang angin ahmar sebab tekanan darahnya agak tinggi.

Kebetulan aku ada kerja yg hendak disiapkan di tapak projek pada hari itu dan Jumaat lepas. Jadi kami tak dapatlah menziarahi biras aku itu. Sabtu tu pula anak2 aku ada aktiviti luar.

Hanya pada Ahad lepas kami dapat melawat biras aku itu. Semasa di dalam perjalanan ke sana, adik emak Adam memberitahu abg iparnya telah keluar dari hospital Sabak Bernam. Mereka membawanya utk berubat secara traditional. Kita ikhtiarlah mana yg dapat. Kami pun terus ke rumah pakcik yg mengubati biras aku itu. Kata dia ada makhluk yg nak mengikut.

Sejak suaminya masuk hospital, kakak ipar aku bukan saja terpaksa bercuti tapi dia tak lalu makan dan tak cukup tidur. Anak sulung mereka terpaksa mengambil keputusan utk berhenti kerja di Port Klang kerana bosnya tak kasi ambil cuti tanpa gaji lama sangat. Anak dia tu masih bujang lagi. Anak kedua mereka, perempuan, akan menduduki SPM bulan depan.

Kakak ipar dan suami dia ini kakitangan awam. Bukan berpangkat pun tapi aku lihat hidup mereka bahagia dan berkat. Boleh dikatakan setiap minggu merekalah yg akan balik ke kampung melihat ibu mertua aku yg sekarang tinggal bersendirian setelah bapa mertua aku meninggal dunia bulan Ramadan hari tu.

Aku ada menelefon DaddyZiyyad bertanya tentang penyakit stroke. DaddyZiyyad yg merupakan seorg doktor memberitahu aku kalau yg kena serang tu otak sebelah kiri, anggota badan, tangan dan kaki yg sebelah kanan yang akan lemah. Begitulah sebaliknya.

Sebelum itu aku ingat orang kena stroke ini mati sebelah kiri kerana kebanyakan pesakit stroke yg aku jumpa mati sebelah kiri.

Inilah ujian Allah untuk keluarga kakak ipar aku ni. Tiada siapa menyangka dalam sekelip mata semuanya berubah.

Bagi kita yg masih sihat ni, bersyukurlah. Jangan lupa berdoa agar Allah menjauhkan kita dari penyakit2 seperti ini.

25 comments:

  1. Salam YB,

    Saya amat simpati membaca n3 ni atas aper yg berlaku terhadap biras YB.

    Jgn putus asa dgn keadaan stroke, suami saya dah 2 kali diserang tapi dengan izin Allah SWT, Alhamdulillah baik saperti sediakala
    dr tak boleh bertutur, tak boleh berjalan, tak boleh makan saperti biasa, makan melalui tiup
    Kalau tengok dia macam orang sihat cuma katanya bisa2 urat masih ada.

    Mesti pergi fisio, mesti berurut, mesti berjalan di waktu pagi dari kul 7 hingga 8 di rumput2 padang, dptkan udara segar,
    selang selikan activity tuh..
    InshaAllah

    Saya bernasib baik sebab tukang urut yg selalu mengambil upah rm50 sekali urut, tak nak ambil duit, dia datang kerumah hari2 utk urut suami saya.."beri lah dia peluang berjasa kerana Allah" katanya

    ReplyDelete
  2. ubat doktor kena makan, berusaha cara tradisional pun boleh........


    semoga sekeluarga tabah.

    ReplyDelete
  3. mudah2an semoga semakin beransur pulih sediakala

    ReplyDelete
  4. kita yg tak mengalami hanya mampu berkata.."kesiannya...."
    tapi bagi yg mengalami hanya tuhan yang tahu bertapa susahnya,baik yg menghadapi mahupun yg menjaganya...

    tapi itu semua ujian dariNYA...
    ada hikmah disbaliknya...

    ReplyDelete
  5. Marina Monroe,

    Wsalam Kak.

    Terima kasih kerana bersimpati di atas nasib yg menimpa biras saya tu. Dan terima kasih kerana berkongsi pengalaman abang yg telah 2 kali diserang stroke. Akan saya sampaikan kpd kakak ipar saya supaya menjadi panduan dan dorongan utk suaminya sembuh.

    ReplyDelete
  6. zonaku,

    sekarang ni mereka berusaha mana yg mampu. Doktor beri cuti sebulan. Isterinya susah nak pergi balik kerja sebab sebelum ni suaminya yg hantar. Dia takde lesen. Anak lelaki kena menjaga abahnya di rumah.

    ReplyDelete
  7. sonata,

    Amin. Harapnya mcm tu lah. Dia baru berumur 50 tahun. Kalau kira lama lagi nak pencen.

    ReplyDelete
  8. kaklong,

    Betul tu kaklong. Kita hanya mampu bersimpati dan menolong sekadar yg termampu. Mereka yg menghadapi terpaksalah adjust kehidupan seharian utk menghadapi ujian ini.

    Mereka ni pun bukan org senang sebab kakitangan bawahan aje. Nak berubat dan berurut tu semua perlukan wang.

    ReplyDelete
  9. dugaan betul... moga biras YB cepat sembuh

    ReplyDelete
  10. ~mrs azmi~,

    tak semua kita mampu menghadapi dugaan seberat ini....

    terima kasih mendoakan dia cepat sembuh.

    ReplyDelete
  11. semoga keluarga itu diberi kekuatan dan moga biras YB segera sembuh

    ReplyDelete
  12. a kl citizen,

    setakat ni sokongan dari sanak saudara dan sahabat handai sangat menggalakkan. Masa kami ke rumah dia Ahad lepas, org yg datang tak henti2. Semoga berkat doa dan sokongan moral mereka, dia akan cepat sembuh.

    Terima kasih di atas doa cikgu Normah.

    ReplyDelete
  13. SALAM,
    KITA DOAKAN PERUBAHAN YG TERBAIK BERLAKU. KITA BERUSAHA DAN ALLAH MENENTUKAN KESUDAHANNYA.

    ReplyDelete
  14. luahfikiran,

    Wsalam Dato'

    Itulah yg kita harapkan. Setelah berusaha, kita serahkan kpd Allah.

    InsyaAllah kami bercadang melawat dia lagi hari ni.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum - ni buat aku bimbang aje...sakit tak mengenal angka umur!

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum - ni buat aku bimbang aje...sakit tak mengenal angka umur!

    ReplyDelete
  17. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga keluarga kakak ipar YB tabah.





    *Ahad lepas saya ada di sana-sana, Dari Pasir Panjang, Sekinchan > Bagan Pasir.

    ReplyDelete
  18. sebab tu kite sepatutnya kene bersedia dgn segala kemungkinan dalam hidup. semoga keluarga kakak ipar YB akan terus mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

    ReplyDelete
  19. Ada makhluk yg nak mengikut??? Makhluk apa tu?

    Moga Allah beri kesabaran dan kekuatan kepada keluarga kakak ipar YB dalam menghadapi ujian Nya ini. Pengalaman teman-teman yg menjaga keluarga yg stroke ni kena bnyk sabar. Perbanyakkan doa. Insyallah mudah2an biras YB akan cepat sembuh.

    ReplyDelete
  20. sonata,

    Waalaikum salam.

    Bukan awak saja yg bimbang tapi ramai yg lain termasuk saya bimbang. Kalau awak nak uji, bila2 masa Dia boleh uji kita. Kadang masa buat medical check up ok aje.

    ReplyDelete
  21. a.z.r.i.n.a,

    Betul tu. Saudara mara dan sahabat handai hanya boleh bersimpati dan menolong sekadar yg termampu. Yang kena menanggungnya dia dan keluarganya.

    Mungkin kita selisih kat Sekinchan. Kami berhenti beli jagung dlm pukul 12:40 tgh.

    ReplyDelete
  22. gadisBunga,

    Ada perkara yg kita boleh bersedia dan ada perkara yg kita terpaksa serahkan kpd Allah. Macam kena stroke ni. Kadang kita rasa kita dah jaga kesihatan tapi kalau nak kena, tetap kena juga.

    Terima kasih mendoakan keluarga kakak ipar saya tu.

    ReplyDelete
  23. Ann Huda,

    Itu mengikut beberapa org yg mengubati biras saya tu. Makhluk halus senang citernya. Tak tahu betul ke tidak.

    Memang jadi org sakit ni kena banyak sabar. Bapa mertua adik ipar saya pun kena stroke dan 2 tahun lebih. Tapi dia seorg yg tawaduk dan redha dgn apa yg menimpanya. Masa saya ziarah dia raya baru ni, banyak dia bagi nasihat. Syahdu mendengarnya.

    ReplyDelete
  24. Kesian biras yb tu, harap2 dia tabah menjalani ujian yang Allah beri ini, saya doakan semuga suaminya sembuh dan boleh menjalani hidup seperti biasa, insyaallah.

    ReplyDelete
  25. Sharifah Rosidah,

    semua org mengharapkan mcm tulah.

    Terima kasih kerana sama2 mendoakan dia cepat sembuh.

    Suaminya tu yg biras saya. Isterinya kakak sulung emak Adam - kakak ipar saya kiranya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails