Malam tadi aku dan famili (tak termasuk 2 org anak perempuan aku yg dah balik ke tempat pengajian masing2) menyambung program ziarah Aidil Fitri.
Kami keluar rumah pukul 9:30 malam. Rumah pertama ialah rumah makcik aku (adik kpd emak aku) di Kg Baru. Masa kami nak ke rumahnya hujung minggu lalu beliau ke rumah anak2 nya yg mengadakan rumah terbuka. Seorg pada Sabtu lepas dan seorg lagi pada hari Ahad.
Lebih kurang sejam di situ, kami pun minta diri. Singgah di sebuah rumah lagi di Kg Baru tapi nampak dah gelap. Kami pun meneruskan perjalanan sambil fikir rumah siapa nak kami tuju. Setelah berbincang, aku telefon sepupu aku di Lembah Keramat. Mereka ni memang biasa tidur lambat. Semasa kami call tu dia beraya di rumah jiran. Dia kata silalah datang.
Kami sampai ke rumahnya pukul 11 malam. Pot pet pot pet bercerita dan makan kuih raya dan ayam goreng tengok jam dah 11:45 malam. Emak Adam masih rancak bercerita setelah kami keluar dari rumah. Dia mmg mcm tu! Kami masuk kereta supaya emak Adam boleh habiskan citernya cepat. Sambung di lain masa.
Sampai rumah malam tadi tepat pukul 12 tgh malam. Takde selipar atau kasut yg tertinggal mcm Cinderella.
Malam ni aku bercadang nak ke rumah adik kembar aku. Kesian dia. Rumah dia yg ke 37 yg akan kami lawati raya tahun ni.
Sorry Bro, Yours is no 37. Well, at least its still top 40 hehehe
target nak beraya berapa rumah tahun ni??
ReplyDeleterasanya raya tahun ni tak banyak rumah kaklong pergi..... :(
ReplyDeletesaya pun sampai rumah kul 12 tgh malam semalam. tak tertinggal kasut. tapi nyaris tertinggal kunci kereta. heheh~
ReplyDeleteHebat betul..dah 37 rumah??
ReplyDeletekagum.....
ReplyDeletetapi pesanan penaja, rmh aku jgn dtg lps kul 9mlm. datang siang jer... mlm aku tido.
ahahahahhaaaaa....
tabik spring ... kami takat pukul 9.30 ja ... lepas tu semua terkelepet ...
ReplyDeletetak start lagi beraya di sini
ReplyDeleteKalau awk cal 019506...waktu subuh pun sy akan kata..~silalah datang..tapi jgn lupa cek duit raya tauuu...ekekek..
ReplyDeletekakngah,
ReplyDeletetarget 60 -70 mcm biasa. Selalunya dal am 10 buah rumah adalah yg pertama kali kami lawati. Tahun ini dah ada 5 buah rumah yg kami lawati buat pertama kali.
kaklong,
ReplyDeleteKenapa tak jalan sgt tahun ni kaklong? Jaga budak ek?
gadisBunga,
ReplyDeletewah awak pun beraya sampai tengah malam. Boleh buat genglah ni.
Kunci kereta GB nak tertinggal di mana? Kat rumah yg dilawati tu ke atau kat panggung wayang? hehehe
Marina Monroe,
ReplyDeleteBukan soal hebat tapi saudara mara kami ramai. Cuba ziarah mereka selagi larat. Time lain semua org sibuk.
zonaku,
ReplyDeleteDari kecil saya dan juga emak Adam sudah dilatih utk ke rumah saudara mara dan handai taulan bila raya atau ada jemputan kenduri atau kahwin. Bila dah berumahtangga, kami teruskan amalan mulia ini.
Ok noted. Entah bilalah kami nak sampai Penang lagi.
Chik Att,
ReplyDeleteNak pergi petang kami puasa 6 dan anak2 sekolah. Jadi kami pergi lepas Isyak. Tuan rumah yg kami pergi tu pun biasa tidur lambat. Bagi yg tidur awal mcm Chik Att ni kami pergi waktu hujung minggu.
pB,
ReplyDeleteRamai yg nak tunggu hujung minggu ni nak mula beraya di sini. Nak tunggu jemputan rumah terbuka gamaknya hehehe
YB, make sure ambik gambar YB bersebelahan dgn kembar YB. Tepek kat blog/FB. Saya nak tengok..keh keh keh
ReplyDeleteazza_irah,
ReplyDeleteSubuh saya tak naklah datang sebab awak sibuk nak pergi mengajar. Saya nak datang dlm pukul 2 ptg. Nanti saya bawa cek awak tu sekali kalau belum expire hehehe
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteeh sebelum ni kan dah ada gambar kami berdua.
Kalau saya tepek gambar tu takut org konfius yg mana satu YB yg ori.
psst - dua2 pun YB tau.
sakan beraya....
ReplyDeletealimaz kembara terasing,
ReplyDeleteBukan sakan tapi menyahut seruan agama. Khutbah Jumaat hari ni pun menyeru kita banyakkan ziarah menziarahi. hehehe
Yb kenapalah angka tu macam jauh je patutnya masuk list top ten(macam batu API je saya).
ReplyDelete