Sabtu lepas aku dan keluarga ke Olak Lempit, Kuala Langat, Selangor utk menziarahi sepupu2 aku sebelah abah dan anak2 mereka (dua pupu anak2 aku). Kebanyakan saudara aku yg menetap di sana adalah keturunan dari kakak abah aku yang dikenali dgn panggilan keluarga Al-Bajuri.
Kalau nak lawat semua rumah 3 hari 3 malam pun tak habis. Jadi aku fokus kpd sepupu aku yg dah lanjut umur atau yg tak sihat. Salah seorg dari sepupu yg aku lawati sudah berusia 85 tahun. Anak beliau yg sulung baya aku tapi anak dia panggil aku paman (pakcik). Anak2 dia pula panggil aku atuk. Tiba2 terasa tua pula. Itu ok lagi. Yang anak2 aku tak boleh nak terima, mereka dipanggil pakcik dan makcik oleh anak2 dua pupu mereka tu. Ada di antaranya yg lebih tua dari anak2 aku.
Kami sempat solat Asar di surau Al-Bajuri. Sekarang dah cantik dan dah dibina dari batu. Dah ada air cond lagi. Masa aku kecil dulu surau ini surau kayu aje.
Pernah pada hari raya masa itu, kami terpaksa tukar 4 kali bas utk balik dari KL ke Olak Lempit. 3 jam belum tentu sampai. Skrg kalau naik kereta cuma 50 minit. Masa itu embah (nenek) aku sebelah abah tinggal di sana. Dia tinggal di sebuah rumah kecil yg dibina berhampiran surau tersebut. Rumah itu dibina oleh sepupu aku yg skrg ni dah berusia 85 tahun tu. Elektrik pun tiada masa tu. Guna lampu gaslin dan pelita minyak tanah. Aku dan adik kembar aku seronok bermain api dan kelakatu masa tu.
Bila nak mandi kami terpaksa gunakan air perigi. Perigi bukan jenis kulbat tapi dari jenis terbuka. Ianya agak luas iaitu 10 kaki x 10 kaki. Ada tangga turun ke dalam air. Memandangkan Olak Lempit ini kawasan paya gambut, airnya berwarna hitam. Masa emak aku suruh kami mandi, aku kata kpd dia takkan nak mandi air kicap ni! Tapi hendak tak nak itulah bekalan air yg ada.
Kalau nak buang air besar lagi sadis. Kami ke belakang rumah dan carilah batang pokok yg tumbang. Bertenggek aje kat situ utk melepaskan hajat sambil diperhatikan dgn penuh minat oleh ayam2 kampung yg menantikan rezeki mereka sebaik kami pergi! hehehe
Di surau ada juga tandas tapi tak berjaga. Pernah aku cuba menggunakan tandas surau utk membuang air besar tapi bila aku buka pintu tandas tu ada seekor ular sawa melengkar di dalamnya. Terbantut terus hajat aku.
Lawatan aku ke Olak Lempit tahun ni bukan saja dapat merapatkan hubungan kekeluargaan tetapi juga mengimbau kembali kenangan silam.
hehehehe.bertenggek dekat batang pokok tumbang ye yb untuk menunaikan hajat? heheheh.bawak air tak nak membasuh tu???/
ReplyDeleteOhhhhhh..Olak Lempit tu kat Kuala Selangor ya..saya selalu dgr nama Olak Lempit ni..mati mati ingatkan kat Perak!
ReplyDeleteselain ayam yg menunggu hidangan.. mesti nyamuk pun kenyang jugak kan??
ReplyDeletekehkehkeh!!
huh?? ulau sawa belingkau dlm jamban??
Itu kenangan yang tak dapat dibeli. Kesusahan dan kesukaran waktu itu pengalaman yang tidak dapat dirasai oleh anak2 generasi kini.
ReplyDeleteSekurang2nya...ada sesuatu yang boleh awk ceritakan pada Adam dalam mebentuk jatidirinya nanti.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletekami skluarga rasa btuah paman YB sudi singgah. terima ksih daun keladi, hrp x serik dtg lagi.
ReplyDelete-mimi-
mMoOnN aAlLeEaA,
ReplyDeleteOrg dulu2 mana ada tandas dlm rumah mcm skrg. Tak bawa air pun. Lepas selesai baru pergi ke perigi. Ada pelantar di situ utk membersihkan tempat yg tercemar tu hehehe
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteOlak Lempit di Kuala Langat (bukan di Kuala Selangor). Pekan paling besar di situ ialah Banting yg terletak kira2 10 km dari Olak Lempit.
Kalau ada masa Doc bolehlah ke Olak Lempit. Tak jauh sangat dari Nilai kalau ikut KLIA.
kakngah,
ReplyDeletenyamuk tak usah cakaplah huhuhu. Tapi dulu tak dengar pula org kena denggi hehehe.
Ular tu jenis yg alim kot. Nak lepak pun cari kawasan surau hahaha
azza_irah,
ReplyDeletebetul tu.
Tapi masa dah berubah dan keadaan saya dan anak2 berbeza. Mereka boleh mendengar kisah2 ibubapa mereka dan kesusahan yg kami lalui tapi mungkin sukar utk mereka menghubung kaitkan dgn situasi semasa.
Mimi,
ReplyDeleteTerima kasih kembali kerana melayan kami dgn baik w/p kami tahu Mimi sekeluarga baru saja sampai dari jB Sabtu lepas masa kami singgah tu.
Semalam kami ke Olak Lempit dan Banting serta Jenjarom. Singgah melawat Kak Pah dan Kak Mariamah antara lainnya.
Bila balik kampung sekali sekala terkenang zaman kanak2, budak2 sekarang rugi sebab kg Sekarang dah tak mcam dulu lagi. Walaupun saya dibesarkan dibandar saya bersyukur sebab dapat juga merasa hidup dikg suami sebab masa kami bekahwin 28 tahun dulu telok tak lah membangun macam Sekarang.
ReplyDeletesharifah rosidah,
ReplyDeleteBetul tu.
Walaupun arwah ayah saya tak dilahirkan di Olak Lempit tetapi emak beliau tinggal di sana semasa saya kecil. Pakcik2 dan sepupu2 saya terutama keluarga al-Bajuri ramai yg tinggal di sana. Masa saya kecil itulah yg saya anggap kampung saya. Satu lagi kampung saya ialah Kg Datuk Keramat kerana nenek sebelah ibu saya tinggal di sana.
Budak2 skrg kebanyakan kampung mereka taman2 perumahan kerana datuk dan nenek mereka duduk di taman perumahan. Suasana jauh berbeza dgn kampung tradisi.
Masa saya kecil saya juga selalu ke rumah ibubapa Dato Nordin terutama masa cuti sekolah. Keadaan di Kg Medan dan di TPG tak jauh berbeza hehehe
Pernah dengan Shell ? Tentu sudah lama. Pernh juga saya disana. Ingin kalau dapat bercerita yang lama. Kalau sudi email almanar@pd.jaring.my
ReplyDeleteselama ni saya ingat Olak Lempit tu kat Pahang... osah tak blaja ilmu alam dulu ni
ReplyDeleteselama ni jumpa nama YB diblog je.. terjah blog sana-sini jumpe name YB. mgu balik Olak Lempit, suraya ( anak Wak Mon ) kata YB dtg..tapi xsempat juga berjumpa. mgu lps mak kata YB dr KL dtg.. pon sy xjumpe sbb dh balik taiping..
ReplyDeleteape pon slmt hari raya
dari saudara yg xpernah jumpe..
-anak masripah bajuri
Al-Manar,
ReplyDeleteSaya pernah berkhidmat dgn sykt kulit kerang selama 22 thn. Ada kisah saya di entri2 sebelum ni.
Boleh juga menghubungi saya di yunus.badawi@gmail.com
ibuintan,
ReplyDeleteKalau ingat Olak Lempit tu di Pahang kira ok lagilah. Jgn ingat ianya kat Somalia sudahlah hehehe
nazwellazo,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kepada anak saudaraku yg tak pernah jumpa ni. Masa awak kahwin pun kami tak datang sebab tak tahu. Kad yg dihantar tak sampai! Kami tahu hanya bila Kak Pah bagi tahu Ahad lepas masa kami ke rumah Kak Pah.
Sabtu sebelum tu kami tak sempat nak cover semua rumah sepupu paman di sana. Itu yg sambung lagi Ahad lepas.
Paman,
ReplyDeleteInsyaAllah ade rezeki jumpe lah nanti..kawen adik sy ke.. =)
oho patut lah, sy yg pos kad jemputan tu..nak kene posmen ni!
kalau tak habis 3 hari 3 malam, lawat 6 hari 6 malam atau lebih dari itu .. apa masalahnya !
ReplyDeletenazwellazo,
ReplyDeleteInsyaAllah. Kalau pergi rumah Mubin singgahlah rumah paman. Tak jauh dah tu. Kalau nak terus datang rumah paman pun lagi bagus ngeee.
Ha'ah masa kawen adik naz. Majlis yg mula2 tu paman datang.
Tak payahlah sekeh posmen tu. Lain kalipun nak guna khidmat dia
al-lavendari,
ReplyDeleteKami pergi lagi Olak Lempit pada Ahad lepas!
Masalah kalau 6 hari 6 malam ialah tak cukup masa pulak nak melawat saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga di tempat lain.