Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari kami. Ini antara juadah yg disediakan pada hari raya pertama di rumah kami. Emak Adam tak tidur satu malam nak siapkan ni. Yang lain pun tidur kejap aje malam tu.
Sesiapa yg bertanya tentang open house di rumah kami, tahun ni takde lagi. Tahun2 lepas memang buat dua kali. Tahun ni nak rehat. Kami pula nak jalan beraya ke rumah saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga.
Banyak lagi rumah yg belum kami ziarahi walaupun kami dah sampai ke 34 buah rumah seminggu beraya. Malam ni mungkin sambung program lawatan ni.
Sesiapa yg nak datang ke rumah kami macam SyidaGorjes tu, roger2lah.
selamat hari raya maaf zahir batin :-)
ReplyDeletebanyaknya menu
banyaknya ziarah
bagusnya :-)
Hujung minggu ni..pintu rumah awk terbuka...?
ReplyDeleteselamat hari raya yb..
ReplyDeleteSalam Aidul Fitri YB sekeluarga, huhuhu..walaupun dekat kita sekampong masih belum bertemu lagi..
ReplyDeleteakak memang tak larat nak masak banyak2 macam tuh..
Wanita Bertudung Hijau,
ReplyDeleteSlmt hari raya dan maaf zahir batin dari saya juga. Dah lama saya tak sempat ke blog awak.
Dah terbiasa buat macam2 sbb yg datang berhari raya pada hari pertama tu terdiri dari pelbagai bangsa dan golongan. Ada yg makan menu ini tapi tak boleh makan menu yg satu lagi.
azza-_irah,
ReplyDeletekalau awak nap dating ooopss nak datang pintu itu akan dibuka hehehe
kaklong,
ReplyDeleteslmt hari raya kaklong. Tak nak dtg ke rumah saya ke? Reen tahu kat mana rumah saya.
Marina Monroe,
ReplyDeleteSalam lebaran Kak. Bila2 ada maasa jemputlah datang. Seberang jalan aje. tijah biasa datang rumah saya. Minggu depan dia nak ke KL. Mungkin kakak boleh dtg ke rumah saya dgn dia.
Saya faham tu. Kakak boleh tempah aje skrg. Cuma emak Adam lebih suka masak sendiri dgn dibantu oleh ahli keluarga yg lain.
34 rmh dlm seminggu??
ReplyDeletesyukur... bertambah erat silaturrahim.
banyak ler duit raya adam.
hiks!
wah..meriah tu YB :)
ReplyDeleteSyidaGorjes pun siap gi rumah YB....
nak datang!!!!!!
ReplyDeletemeriah betul raya kat msia..
ReplyDeletekita raya sehari je..huhu..
selamat hari raya YB..
ReplyDeletemaaf zahir batin, lama rasanya tak jenguk YB
duit raya ada lagi tak?
beraya sakan ko yb. selamat hari raya.
ReplyDeletefamily ni boleh masuk: sendaloka bersama singer...!!!
ReplyDeletee'eh.., da xcam mana satu bapaknya kan..
sedondon......cumil2...
ReplyDeletekakngah,
ReplyDeleteMinggu pertama boleh dapat banyak rumah sebab kami anak beranak cuti dan org yg kami nak ziarahi pun cuti. Bila org dah kerja semula dan anak2 dah sekolah, slow sikit. Dapat berjalan pun malam.
Adalah sikit duit raya Adam tu. Tak cukup kalau dia nak beli iPad 2 hehehe
DaddyZiyyad,
ReplyDeleteKira meriah jugalah. Tapi SyidaGorjes belum datang ke rumah saya lagi. Dia kata nak datang Ahad ni tapi kami pula nak ke Banting dan kawasan2 yg sewaktu dgnnya huhuhu
Jard,
ReplyDeleteBila ko nak datang tu? Hujung2 raya kot baru aku ada kat rumah. 2 weekend akan datang ni kami keluar.
Hamizah,
ReplyDeleteKat Malaysia ni aje yg raya sampai sebulan. Kat negara Islam lain pun cuma beberapa hari saja. Kat tempat omputih lagilah sehari aje sbb tak cuti.
Tahun depan Hamizah balik Malaysia ke?
ibuintan,
ReplyDeleteSlmt hari raya dan maaf zahir batin dari saya juga. Memang dah lama kita tak saling kunjung mengunjungi di blog ni. Di alam nyata pun saya dah tak lalu tempat ibuintan lagi sejak Afifah dah tak belajar di Serting.
Duit raya ada lagi. Beritahulah kalau nak datang.
ibundo,
ReplyDeleteSelagi kami larat ziarah menziarahi kami lakukanlah apa yg termampu. Mana tahu tahun depan tak mereka, kami dah takde di dunia ni.
Inilah juga masa anak2 nak kenal dgn saudara mara.
Suraia.Ayani,
ReplyDeleteada lagi ke rancangan tu? hehehe.
Dah sama aje baju raya tu susah nak cam yg mana ayah yg mana anak ek? Tapi masa kami berkunjung ke rumah Aya hari tu, takde masalah nak kenal yg mana paman yg mana dua pupu Aya kan? hehehe
alimaz kembara terasing,
ReplyDeletekalau tak sedondon nanti ingat anak angkat pulak hehehe
biru mata hitamku
ReplyDeleteTema tahun ini biru ye yb, tema kami tahun ini hitam (suami saya kata macam warna orang berkabung saya jawab ADA AKU KESAH)
ReplyDelete