Hari Ahad lepas aku dan famili ke rumah balu pakcik aku di Jenjarom. Dah agak lama juga kami tak ke rumahnya. Kami hanya jumpa di majlis kenduri kahwin saudara mara atau di Hari Keluarga dua tiga tahun lepas. Masa kami sampai rumahnya dah pukul 8 malam. Hampir tak cam sebab dah ada gerai makan di depan rumahnya.
Semasa kami bercerita, emak Adam memberitahu yg aku dah tak kerja dgn sykt kulit kerang lagi. Terkejut makcik aku mendengarkannya.
"Eh kenapa dah tak kerja situ lagi. Kan gaji besar kerja kat situ?" tanya makcik aku.
Isteri akupun cuba menerangkan kenapa aku berhenti kerja dari sykt kulit kerang tu.
(utk rekod sykt kulit kerang merupakan sykt kedua terbesar di dunia dari segi pendapatan menurut Majalah Fortune di dalam senarai Fortune 500 yg disiarkan di dalam edisi Julai tahun ini).
Susah juga nak terangkan kat makcik aku tu. Aku biarkan emak Adam sampaikan dalam versi dia. Aku tengok makcik aku masih blur selepas cuba diberi penerangan tu. Tak kisahlah.
Aku ada terangkan dalam n3 aku yg dulu antara sebab aku berhenti kerja dari sykt lama aku tu. Tak payahlah aku ulang. Tapi aku nak kongsi sedikit antara kelebihan kerja sendiri setelah aku melaluinya selama 2.5 tahun.
1) tak perlu pergi opis pagi2 dan terperangkap dalam jam
2) dah tak perlu keluar pagi2, bolehlah golek2 selepas hantar anak ke sekolah. Ini yg best sebab ......
3) jimat minyak dan tol sebab opis kat rumah aje
4) kalau nak minum atau makan pergi aje ke dapur
5) kalau emak Adam ajak ke mana2 'waktu pejabat' takde hal punya. Let's go baby!
6) boleh main dgn Adam kalau dah jemu buat kerja. main dgn emak Adam pun boleh jugak hehehe
7) takde siapa nak perintah buat itu ini, hantar report macam2, meeting yg tak habis2 atau nak siapkan staff report bila hujung tahun.
8) tak perlu pening fikir nak makan kat mana bila tiba waktu lunch. Emak Adam uruskan semua tu. Makan air tangan isteri lebih berkat dan sedap.
9) boleh berfb dan blogging bila2 suka hehehe
Cukuplah tu antara kelebihan kerja sendiri ni. Kekurangannya pun ada tapi hari ni aku nak citer yg muluk2 aje. Ada sesiapa yg nak kerja sendiri ke?
hehe, nnti bole la kongsi pengalaman ye
ReplyDeletekeje buat sendiri ade lah, tp buat utk bos. hihihih
ReplyDeleteTeringin nak buka restoran menjual nasi kerabu daging bakar ....
ReplyDeleteSalam YB,
ReplyDeletehahaha, bukan lah senang bila dah kerja sendiri, banyak perlu di fikir utk sara keluarga..dan macam maner nak cari lebih income dari kerja dgn syarikat.
Orang yang brani dan confident sajer boleh berhenti berkerja dgn syarikat besar2 sebab gaji dah besar..
You are brave and confident man..syabas..
Alhamdulillah..income YB bagus
wa masih blum mampu tuk bkerja sendiri secara sepenuhnya lg..
ReplyDeletesyarikat gergasi,bos boleh lah duk rumah..tunggu keuntungn saja...
ReplyDeletelebih2 tu semua staff uruskan...hehehehe!!
alien,
ReplyDeletebila kita nak jumpa ni? Bolehlah kita bertukar2 fikiran dan bergossip hehehe
Nak kongsi pengalaman pun boleh...
Masy,
ReplyDeletekerja mmg lah utk org lain samada bos atau pelanggan. Kalau utk diri sendiri siapa pula yg nak bayar kita? huhuhu
pB,
ReplyDeleteSaya doakan keinginan tu tercapai suatu hari nanti. Nanti saya datang makan kat situ. Bagi diskaun tau. Lepas tu saya boleh uar uar kan di blog ini (kalau masih wujud) hehehe
bestnya..
ReplyDeletetu dok berkira2 nak keja sdiri juga tp xconfident la plak..
Marina Monroe,
ReplyDeleteWsalam Kak.
Betul kata kakak tu. Kalau kerja makan gaji apa jadi cukup bulan ada gaji. Kerja sendiri takde jaminan cukup bulan ada gaji. Dahlah tu, untung atau rugi, gaji pekerja dan overhead lain tetap kena bayar.
I am not sure if I was a brave man or a foolish one. Tapi saya yakin ini jalan yg terbaik kerana saya telah memohon petunjuk Allah sebelum saya membuat keputusan.
Skrg ni nak kata income bagus sangat tu taklah jugak. Bisnes pun masih boleh dikira baru lagi. InsyaAllah dlm setahun lagi akan bertambah stabil.
KSWSK,
ReplyDeleteKalau belum konfiden teruskanlah kerja skrg ni. Buat apa yg kita yakin.
Hamizah,
ReplyDeleteAda persamaan di dalam nilai kita. Itu sebab Mizah kata best agaknya.
Ada org tak rasa apa yg saya senaraikan itu sebagai 'big deal'. Jadi takde tarikan utk kerja sendiri. Lebih baik kerja makan gaji dan pendapatan terjamin. Makan gaji pun banyak yg dapat gaji besar.
Bila hampir tiba masanya, buatlah analisa dan jgn lupa solat istiharah. Saya hanya mampu berdoa yg terbaik buat Mizah sekeluarga.
YB..
ReplyDeleteselamat hari raya..selamat hari merdeka.
..dalam senario skrg,..IE rasa betoi-betoi nak kerja sendiri laaa.
Rezeki kita telah ditentu kan Allah. Alhamdulilah awk temui keselesaan dan kesenangan dalam menguruskan rezeki itu.
ReplyDeleteItu nikmat dan anugerah sebab tidak semua orang mendapat keselesaan dan p kelebihan spt awk.
Bersyukur lah.
ikan emas,
ReplyDeleteSlmt Hari Raya dan Hari Malaysia kpd IE juga. Lama dah kita tak bertemu di alam maya ni.
Memang ada masanya kita rasa apa yg kita lakukan skrg tak berbaloi dan ingin mencuba sesuatu yg berlainan. Semoga jalan yg IE pilih adalah jalan yg terbaik.
Oh ya. Mcmana rancangan kita nak majukan stesen di HM tu? Kalau masih berminat sila hubungi saya.
azza_irah,
ReplyDeleteterima kasih di atas nasihat awak tu. Alhamdulillah hidup saya dan keluarga selesa. Kerja yg dulu pun boleh dikatakan selesa juga.
Tujuan saya bekerja sendiri bukan nak cari kekayaan utk diri dan keluarga semata2. Ada tujuan yg lebih besar. Semoga dipermudahkan oleh Allah.
saya sgt teringin dah nak keje sendiri.
ReplyDeletetapi takpe. bagi saya beberapa tahun lagi.
:)
best kan kerja sendiri YB
ReplyDeletesendiri boss dan sendiri kuli... takde sapa kacau
tak mampu nak kerja sendiri
gadisBunga,
ReplyDeletekumpulkan:
1) modal
2) jaringan
3) pengalaman
dalam berapa tahun tu sebelum terjun utk kerja sendiri
Kontek saya kalau perlukan sedikit sebanyak bimbingan
ibuintan,
ReplyDeletebest atau tak best dah tak boleh menoleh ke belakang. Jadi kenalah buat ianya jadi best.
Sendiri bos tu takde maknanya sebab saya ni kuli aje huhuhu
Bukan tak mampu tapi belum mampu....
ada juga teringin tapi rasanya management sangat kritikal kalau kerja sendiri ni.
ReplyDeleteDr Ben,
ReplyDeleteYup management dan juga self discipline sangat penting sebab kita yg kena kawal sendiri perkara2 ini.