Thursday, September 15, 2011

Antara Kekurangan Kerja Sendiri

Semalam aku citer antara kelebihan kerja sendiri sehingga ada pembaca yg teruja nak kerja sendiri. Apa2 perkara memang ada kelebihan dan kekurangannya. Ada pro dan ada con nya. jangan sampai kena con sudahlah

Hari ini aku nak kongsi antara kekurangan kerja sendiri ini.

1) tak boleh mengharap gaji akan masuk secara automatik setiap hujung bulan. 12 bulan yg pertama adalah tempoh yg kritikal utk menentukan hidup matinya sesebuah bisnes sendiri ni. Tempohnya ada yg kurang dari itu tapi kebiasaannya lebih! Jadi dlm tempoh itu kita takde gaji huhuhu
Jangan pula nak berlagak ambil gaji mcm apa yg kita perolehi semasa kita kerja makan gaji. Sesungguhnya yg kita ambil itu adalah duit modal kita juga.

2) kerana kita tiada bergaji utk setahun pertama itu, kenalah adjust cara hidup kita.
Kalau sebelum itu kita bawa anak2 kita ke McD dan beli makanan, minuman dan aiskrim mcm kedai tu kedai bapak kita, bila mula kerja sendiri tempat2 spt McD haruslah dijauhi. Kalau nak makan burger, beli aje yg di warung tepi jalan. Nak murah lagi beli aje Ramly burger satu paket dan roti setengah dozen bawa balik dan masak di rumah.

3) bersedialah menghadapi dan menangkis soalan dari ahli keluarga dan jiran2 yg akan bertanya kenapa kita tak pergi kerja bila melihat kita di rumah saja sedangkan sebelum itu kita sama2 menyumbang kepada kesesakan di jalanraya setiap pagi.

4) jangan segan cakap kpd anak kita yg sekarang ini kita tiada kerja tetap atau tulis saja surirumah bila dia nak isi borang dari guru yg memerlukan dia nyatakan pekerjaan bapa.

5) bersedialah utk membantu isteri melakukan kerja2 rumah pada 'waktu pejabat' kerana dia pasti akan meminta bantuan kita jika dia nampak kita terconggok tak buat apa2 sedangkan dia ada banyak kerja nak dilakukan.

6) bagi yg kurang berdisiplin apabila di depan komputer, mungkin masa anda akan banyak dihabiskan dgn berfb, blogging dsbnya drpd digunakan utk buat kerja.


Cukuplah dulu setakat ini. Aku nak buat susu utk Adam ni hehehe

24 comments:

  1. Saya lebih suka kerja makan gaji.. Senang nak agih2kan duit gaji tu ke arah mana... saving dan shopping.. sebab tiap2 bulan dapat banyak tu jugak kecuali jika kerja lebih masa..

    Bila kerja sendiri ni, mulalah banyak main dari kerja.. Macam hilang arah je.. huhu...

    Rasa macam nak cari kerja balik semula.. haiihh..

    ReplyDelete
  2. Entri yang bagus YB. Betul, bagi yg baru mula bisnes, tahun pertama tu memang selalunya penentu bangkit/bungkus nya bisnes.

    Satu lagi con kerja sendiri ni YB, kita takde KWSP. So apa yg kita buat, kita meng-KWSP kan ASB/TabungHaji/fixed deposit kita...simpan lah byk2 semasa bisnes tgh kencang.

    ReplyDelete
  3. secara peribadi, lagi suka makan gaji.
    hujung minggu - cuti
    kelender merah - cuti
    balik lambat - OT
    cukup bulan - gaji

    hasil pemerhati dari projek kebun cili Abem, memang tahun pertama tiada hasil pulangan... masuk tahun ke 2 pun belum kukuh lagi. tu pasal dia belum berani nak kerja sendiri sepenuh masa...

    ReplyDelete
  4. ~ Cik Azz ~,

    awak skrg kerja sendiri atau masih makan gaji? Kalau awak suka makan gaji, belum terlambat rasanya nak minta kerja lain. Org yg ada pengalaman mcm awak ni adalah sykt yg sudi mengambil bekerja.

    Mmg makan gaji senang sikit nak merancang perbelanjaan sebab pendapatan tetap.

    ReplyDelete
  5. part no 2 & no 5. ini penyumbang penting pada kesejahteraan keluarga.

    ReplyDelete
  6. Daddy Ziyyad,

    Terima kasih di atas pujian doc tu. Tahun pertama mmg biasalah kalau kena ikat perut. Kalau masuk dua tahun masih ikat perut, itu satu petanda kurang sihat huhuhu

    Betul tu. Kita yg kerja sendiri ni takde KWSP. Bila check penyata, rasa pilu tengok simpanan hari tua tak bertambah kecuali dividen yg ciput tu aje.

    Kalau bisnes tgh kencang bukan setakat boleh menabung tapi boleh beli harta. Soalannya bila nak kencang ni? huhuhu

    ReplyDelete
  7. kakngah,

    Saya suka apa yg kakngah tulis tu. Mcm pantun pun ada.

    cuti org makan gaji ni gaji tetap jalan. Kerja sendiri bila lihat kalendar merah, rasa suspen pula. Kena bila ada projek yg nak disiapkan cepat. Tandanya kena bayar OT kpd pekerja kita huhuhu

    Abem kerja makan gaji tapi masih boleh buat parttime sbb dia ada skill yg sgt diperlukan. Itupun satu kelebihan.

    ReplyDelete
  8. kalau makan gaji, cuti 2 bulan pun gaji jalan... tak relevan eh?

    ReplyDelete
  9. zonaku,

    betul tu. Makanya, keluarga pun kena faham keadaan kita dan kita pun kenalah bertolak ansur. Kerana ini waktu pejabat kita, tak bermakna kita boleh lepas tangan 100% kerja2 rumah. Kena belajar multi tasking hehehe

    ReplyDelete
  10. juliet

    terima kasih suka kenyataan itu. Nanti awak carilah suami yg kerja sendiri. Boleh dia membantu awak time kerja. Jgn dia bantu bibik masa awak pergi kerja sudahlah hehehe

    ReplyDelete
  11. Anaa,

    tak relevan bagi org lelaki hahaha.

    Mungkinkah ini antara sebab org lelaki yg lebih ramai bekerja sendiri daripada org perempuan? ahaks

    ReplyDelete
  12. kesimpulannya paling penting adalah disiplin.....

    ReplyDelete
  13. ehhh..

    tak nak la kerja sendiri...



    ??????


    sebenarnya apa sj ada buruk abaiknya..yg penting diri sendiri nak jadi apa

    ReplyDelete
  14. mental kene kuat kan..
    huf huf huf~

    ReplyDelete
  15. jedi,

    Tak dinafikan disiplin adalah sangat penting samada kerja sendiri atau makan gaji. Kalau takde disiplin terutama bila kerja sendiri, banyak perancangan tak dapat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  16. ikan emas,

    eh semalam bukan main semangat nak kerja sendiri? Itulah bukan senang kerja sendiri. Silap haribulan makan megi sepanjang tahun huhuhu

    ReplyDelete
  17. alien,

    memang kena kuat tahap gaban.

    Bukan sesuatu yg ganjil sumber pendapatan yg kita harapkan hanya bertahan beberapa bulan kerana pertukaran dlm iklim perniagaan. Ada masa pula persaingan terlalu hebat dan kita terpaksa berundur utk mengelakkan kerugian yg lebih besar.

    huhuhu

    ReplyDelete
  18. dari dulu makan gaji, sekarang pun masih tunggu gaji setiap hujung bulan..huhuhuuu...!

    ReplyDelete
  19. kerja sendiri ni ada turun naik. time menurun, tak cukup kakitangan nak cari duit. kerja makan gaji dah tentu dah tetap je tiap2 bulan.
    selamat hari raya yb.

    ReplyDelete
  20. Yang best, kerja sendiri bleh ejas cuti sendiri. Anytime bleh pi sekolah anak utk urusan sekolah, bleh pegi bercuti bila-bila... juga bleh jer balik kampung bila bila suka...

    Time nak roling modal tu yg sakit...

    Tapi kalu kerja kuat, ikhlas dan diikuti doa, insyaAllah berkat dan maju!

    ReplyDelete
  21. hani@debumelukut,

    ada juga yg nak ditunggu setiap hujung bulan. Hujan atau panas ada gaji masuk.

    Kira alhamdulillah tu.

    ReplyDelete
  22. ibundo,

    ini otai yg cakap. Betul kakpah. Bila turun tu, risau juga nak bagi makan anak isteri. Macam sebelum raya hari tu, org hutang saya banyak. Nasib baik lepas kejar2 dia bayar sikit. Bolehlah bernafas.

    Slmt hari raya kakpah. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  23. azieazah,

    itu yg best tu. Tapi kalau anak2 sekolah, kita bercuti pun tak berapa best sbb tak boleh pergi makan angin.

    Nak rolling modal mmg mencabar. Kalau ada untung sikit2 kena jadikan modal tambahan. Lain kali, bila ada projek modal dah mula banyak ngeee

    InsyaAllah berkat tu yg kita cari. Duit banyak pun kalau tak berkat, tak guna juga.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails