Saturday, September 17, 2011

Salam 1 Malaysia Dari Kg Seri Tiram Jaya, Tg Karang

Batu tanda yg terdapat di kampung emak Adam. Di belakang pokok2 pisang itu ialah sawah padi.

Kami masih di kg lagi pagi ini. Tolong mengemas dulang2, pinggan mangkuk dan periuk belanga yg digunakan utk kenduri malam tadi. Kalau anak2 dan menantu tak tolong simpan barang2 tu kesian pula MIL nak buat sorang kerana skrg dia tinggal sorang kat rumah ni.

Habis berkemas ni kami nak balik KL sebelum ke Selandar, Melaka utk menghadiri majlis perkahwinan sepupu emak Adam. Kakak ipar dan adik ipar akupun pergi sekali tapi mereka bertolak terus dari kampung. Kami kena balik KL dulu sbb tak bawa baju cantik semalam hehehe.

Lepas raya ni talian internet kat kampung dah ok. Masa raya hari tu bukan saja line tenet, line tepon pun tenggelam timbul. Ramai sgt yg guna kot masa tu.

Oklah aku nak sarapan dulu. Ada kuih semalam yg masih baki sebab memang buat lebih. Jom sarapan sekali.
Sent via BlackBerry from Maxis

10 comments:

  1. Selandar?
    ada kwn baik masa sekolah menengah dulu..dah bertahun tk jumpa..walau kerap balik Melaka..tp nk sampai ke Jasin payah sgt.

    ReplyDelete
  2. YB ke Melaka tuh, beli lah kupang..hehehe

    ReplyDelete
  3. Kalu balik kampung tu mesti makan banyak kan? Lupa dah pasal darah nanti naik mencanak tekanannya.. ahaa jaga-jaga Bang....

    ReplyDelete
  4. kaklong,

    Ha'ah kat Bukit Senggeh. Pertemuan semalam dah macam jejak kasih ngeee

    ReplyDelete
  5. nyanyisunyi,

    Yup di Selandar. Kat Bukit Senggeh yg tepatnya.

    Kadang mcm tu lah. Taklah jauh sangat tapi belum ada kesempatan nak pergi berjumpa. Mungkin boleh hubungi dia melalui fb dulu kalau ada alamat fb dia.

    ReplyDelete
  6. Marina Monroe,

    Semalam nampak juga org jual kupang tapi kat rumah ni ada banyak makanan dari kampung dan dari rumah org kahwin.

    Saya beritahu emak Adam lain kali aje kita beli sbb takut tak termakan. Hari ni pun ada rumah terbuka dan 2 jemputan kahwin.

    ReplyDelete
  7. azieazah,

    Terima kasih di atas nasihat tu.

    Tapi bila dah ada mcm2 makanan susah nak elak dari tak makan. Nanti emak mertua kecil hati hahaha

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.

    Salam perkenalan. Sekiranya ada apa2 cerita tentang Kg Seri Tiram Jaya, sudi2 berkongsi dengan pihak kami. Terima kasih

    Web : www.stjonline.com
    fb : facebook.com/stjonline

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam.

      Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya dan menghulurkan salam perkenalan. Saya tak tahu kampung emak Adam ada web dan fbnya sendiri. Tahniah saya ucapkan di atas usaha murni ini.

      Kami baru saja balik ke STJ hujung minggu yg baru lepas ni. Ada kisah kami di sana di dalam entri terbaru saya. Gambar di pusara.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails