Siapalah aku ni nak menolong menyelamatkan bumi. Aku bukan superhero dan bukan superman. Suparman pun bukan walaupun aku orang Jawa.
Tapi apa yg aku dan keluarga aku mampu lakukan ialah mengitar semula buku, majalah, kotak, besi2 buruk dan botol2.
Isnin lepas kami membawa barang2 kitar semula ini untuk dijual ke tempat jualan di Sg Besi. Ada orang kata di sana harga barang terpakai ni mahal sikit jika dibandingkan dgn di tempat lain atau jika dijual kepada lori yg datang ke rumah tu. Seperti kebanyakan tempat membeli barangan terpakai ni, pemilik kedai ini ialah dari kaum India. Mungkin mereka nampak potensi perniagaan ni. Orang kita jarang buat bisnes ni. Cina pun kurang.
Ini sebahagian barangan berasaskan kertas yg kami kitar semula. Sebahagian adalah majalah lama emak Adam. Harga beli majalah ni beratus ringgit huhuhu
Nak tahu berapa beratnya?
Ini hah.
Hasil jualan barang2 terpakai ni kami dapat RM77.60 Lepaslah duit nak beli bunga api kuih buka puasa sampai raya ni.
mesra alam gitu.....
ReplyDeletebeli bunga api takpe.. bg seronok anak2. tapi, kene pantau diorang la..
jangan beli mercun udah la.. bahaya! especially mercun bola.
bgs bgs. Ai pun baru anto semalam tapi dapat rm7.50 je. alhamdulillah
ReplyDeletemmg seronok kitar semula ni
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBeli mahal
ReplyDeletejual balik ciput jer dpt
saya jual pada org van je :D
ReplyDeletelepas lah duit tol kalau saya nak balik JB..ekekeke
ReplyDeletekakngah,
ReplyDeleteniat tu yg penting. Tak banyak dpt menyumbangpun kalau ramai yg lakukan, ada juga kesannya.
Kat rumah ni beli bunga api yg bodoh2 tu aje utk Adam. Tapi dia takut pulak nak main huhuhu
Mercun bola tak pernah beli dan tak minat nak beli. Tak pasal2 masuk berita pulak hehehe
AiTotYati,
ReplyDeletebagus Yati pun rajin kitar semula. Agaknya awak selalu hantar. Itu sebab dapat tak banyak
zonaku,
ReplyDeletebetul tu. Nampak apa aje nak kumpul hatta botol air mineral hehehe
pB,
ReplyDeleteItulah kan.
Ada majalah yg saya pun tak sempat baca lagi dulu. Beli RM9 jual ni 90 sen pun tak dapat rasanya. huhuhu
juliet,
ReplyDeleteorg van bayar murah sangat. Tenanga nak angkat suratkhabar lama dan majalah lama tu pun tak balik huhuhu
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteBukan setakat duit tol utk doc balik jB duit tol nak ke Singapore pun lepas tu hehehe
ala..beli bunga api tak apa..setahun sekali....
ReplyDeleteada org tu hari2 beli rokok,tak apa pulak..heraannn...!
gud idea..
ReplyDeletemajalh di rumah ni pun dh menggunung tapi rasa syg nk jual ..setiap satu ada ilmu dan cerita yg boleh dikutip...
kaklong,
ReplyDeletebiasanya kami beli di kampung saya selepas solat Isyak di masjid malam tu. Nak balik rumah kami singgah beli di tepi jalan kerana Adam adik beradik dan semua sepupu mereka yg sebelah bapa ada di rumah malam raya tu.
Nasib baik saya tak hisap rokok. Kalau tak terasa juga ayat kaklong ni hehehe
azza,
ReplyDeletesebelum ni emak Adam dah beri majalah2 lama tu kpd kakak dia tapi rasanya kakak dia pun tak larat nak baca sebab dia pun ada beli majalah2 lain. Nak tak nak dari menyemak di rumah kami jual sebagai barang kitar semula. Sayang mmg sayang tapi adakalanya kita terpaksa berpisah dgn yg kita sayangi huhuhu
huhuuu...tapi sy tetap sayang.
ReplyDeletemalah buku masa darjah 6 dulu pun sy masih simpan..
azza,
ReplyDeletekalau masih sayang dan ada tempat utk disimpan, simpanlah baik2.
Di dalam kehidupan ini ada masanya kita terpaksa berpisah dgn yg kita sayangi bukan kerana dah benci tapi kerana keadaan dah berubah.
Buku darjah 6 awak dah lebih 20 tahun awak simpan tu. Boleh jadi bahan arkib ngeeee
selagi boleh simpan...sy akan simpan..
ReplyDeleteterpaksa berpisah kerana kita sayang dia/sesuatu itu....sy setuju..