Sedang sebahagian warga kota mencongak2 bila masa yg sesuai utk balik kampung tapi tak mahu terperangkap di dalam kesesakan lalulintas, kami akan bertolak balik kampung petang ini, insyaAllah. Kalau tunggu petang esok mungkin jalan akan sesak. Sabtu dan Ahad jangan cakaplah. Kalau Isnin, ada yg berbuka malam raya tu di jalan.
Tujuan kami balik hari ni:
1) nak temankan nenek Adam berbuka kerana sejak kematian datuk Adam dia tinggal seorg diri di kampung
2) nak ambil kuih raya yg telah ditempah dari kakak pembuat kuih di Sg Besar. Kak Long juga akan balik kampung petang ini membawa kuih2 tersebut. Jadi tak payahlah kami ke Sg Besar. Jimat minyak dan jimat duit saman kerana hampir setiap tahun aku kena speedtrap kat depan masjid Sg Panjang yg had lajunya cuma 60 km/j walaupun jalan sekarang sudah 4 lorong.
3) nak solat terawih di masjid di kampung emak Adam. Tahun ni dah 3 kali aku solat terawih di kampung tapi emak Adam belum berkesemapatan berbuat demikian kerana semasa balik kampung sebelum ni, dia sibuk menyediakan hidangan utk jiran dan saudara yg hendak datang bertahlil di rumah.
Solat terawih di masjid kampung laju. 9:40 malam dah habis 20 rakaat. Imam Ali w/p semakin berusia masih mampu membaca dgn kelajuan Mach 1 hehehe.
4) nak ambil duit raya yg baru ditukar di bank. Pada mulanya aku ingat nak bagi duit yg keronyok aje kpd budak2 tahun ini utk menunjukkan betapa susahnya aku nak cari duit sekarang ni. Kalau bagi duit baru takde perasaan tersebut. Tapi Kak Long tawarkan kalau aku nak tukar duit baru dia boleh uruskan sebab dia kenal baik dgn pegawai bank di Sg Besar tu. Sampul duit pun dia boleh dapatkan. Inilah pentingnya siapa yg kita kenal termasuk dgn org bank.
Tahun lepas aku pergi bank aku di Setiawangsa dia kata duit baru belum sampai. Bila aku datang seminggu kemudian dia kata duit baru dah habis. Sampul duit lagilah tak usah harap sebab dia dah faraid kpd kawan2 dan saudara maranya. dia buat bank tu mcm bank atuk dia aje huhuhu
Cukuplah 4 sebab ni kerana selepas terawih kami akan balik ke KL semula. Inilah untungnya dapat isteri yg kampungnya dekat dgn kampung aku!
cop!!!! selamat pagi..
ReplyDeletehati hati di jalan raya.. semoga selamt sampai
ReplyDeletebaguslah tu temankan nenek adam kesian dia mesti sedih dan pilu dah dekat dekat ni
ReplyDeletebanyak tempah kue raya? nanti boleh lah tahun ni sya cuba sampai ke rumah yb
ReplyDeleteseronok terawih di kampung, lebih lebih lagi juadah more stail kampung, memang tak boleh di lupa.
ReplyDeletesg besar, sekampung dengan adik ipar sya, rumahnya dekat dengan restoren yg atap bentuk minang tu, tak silap kg sg limau.
ReplyDeleteopsss..terlebih sudah
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin semoga selamat sampai dan selamat tiba
hati hati di jalan raya.
assalamualaikum..
Selamat balik kampung..
ReplyDelete( macam la kampung tu jauh sangat !!)
..IE pun ingat nak singgah Sg Besar la cari kuih raya.
IE pernah terawih di TK ..naik semput dibuatnya..rupanya skrg pun msh gitu yer???
kat IE melambak sampul raya..cuma isi nya aja yang tak der..
pandu dengan cermat,ingat orang yang tersayang...ngeee!!
ReplyDeletekaklong bab2 tukar duit raya ni tak kisah sangat,sebab umi faris(anak asuhan baru kaklong)memang kerja dibank.....ckp ajer berapa banyak nk tukar..dengan sampul2 nya sekali dapat..heheheh!!
selamat balik kg YB... pandu cermat jiwa selamat
ReplyDeleteselamat hari raya YB
saya, duit keronyok takde, yg baru pun takde :D
ReplyDeletenak duit raya.
Didoakan agar pandangan jelas dan terang sewaktu memandu (mata sakit). Jika terasa was2..eloklah emak Adma yang drive.
ReplyDeleteMoga awk selamat sampai dan kembali ke KL semula. (sekali lagi hati2 kerana driving tengah malam kita selalu keliru)
sg panjang tu mmg lubuk kena speedtrap..wa pun byk kali kena..huhuhu
ReplyDeleteoke kang YB.. hati2 dijalanraya.. salam aidilfitri maaf zahir bathin dari yg jauh dimata.. chewahhh
ReplyDeleteEja no 1,
ReplyDeleteSlmt pagi Jumaat.
Teruk kan saya ni. Dah hari berikutnya baru sempat balas komen Eja.
Eja no 2,
ReplyDeleteTerima kasih di atas nasihat. Kita kena sentiasa berhati2 di jalanraya kerana kemalangan tak berbau.
Eja no 3,
ReplyDeleteHa;ah gembiralah sekejap nenek Adam masa melihat kami balik kampung semalam. Tapi dia sedih semula bila kami terpaksa balik KL semula malam tadi.
Eja no 4,
ReplyDeleteTak banyak sangat. Yang banyak utk jiran yg kirim dgn emak Adam.
Silalah datang raya nanti kalau sudi.
Eja no 5,
ReplyDeleteMore malam tadi kuih2 aje tapi yg best tu diletakkan dalam sebuah dulang besar dan dikongsi bersama.
Minuman ada 2-3 jenis termasuk Milo hehehe
Eja no 6,
ReplyDeleteNanti bila saya ke Sg Limau saya cuba cari restroran itu. Rumah kak long dekat dgn pasar Sg Besar.
Eja no 7,
ReplyDeleteSemangat raya yg membara ni sampai 7 komen. Dah bukan sindrom 5K lagilah hehehe.
Slmt Hari Raya dan maaf zahir batin dari kami sekeluarga.
Waalaikum salam.
ikan emas,
ReplyDeletejauh atau dekat tetap kampung. Dan kampung emak Adam adalah kampung tradisional. Seronok ada suasana kampung.
Dekat2pun dua marhalah. Boleh solat jamak qasar. Dari KL ke tempat IE pun tak sampai 2 marhalah w/p berlainan negeri hehehe
Di masjid2 di TK mmg sebahagiannya masih laju solat terawihnya. Malam tadi imam lain - kurang sikit speednya. Kalau IE ikut mungkin tak semput.
Beli kuih yg jual di tepi jalan di Sg Besar tu harganya lebih RM1 dari beli di tempat kuih tu dibuat. Tapi masih lebih murah jika dibandingkan dgn harga di KL atau Seremban.
Bagilah sikit sampul tu kpd saya. Semalam saya dapat 4 paket aje sampul huhuhu
kaklong.
ReplyDeleteDah jadi jurucakap JKJR ke kaklong? hehehe
Eloklah tu ingat mengingatkan tempat berhati2 di jalanraya.
Ini yg saya kata siapa yg kenal org bank untung. Boleh buat mandi sampul duit tu. Kalau tak kenal nak minta 2-3 paket pun susah. Lain kali kaklong tolong mintakan lebih sikit. Boleh beri kpd saya sampul tu.
ibuintan,
ReplyDeleteAlhamdulillah dah selamat pergi dan balik.
Slmt Hari Raya ibutntan dan keluarga. Maaf Zahir Batin dari saya sekeluarga.
juliet,
ReplyDeletealaaa ciannya. Jom beraya ke rumah saya tahun ni. Raya pertama kami ada di rumah. Ajak kawan awak tu sekali kalau segan nak datang seorg.
psst - tahun ni takde nak bagi saya kad raya lagi ke mcm tahun lepas? hehehe
Azza,
ReplyDeleteMasa pergi permandangan agak jelas w/p sakit mata. Balik malam tadi agak kabur kerana mata saya berair. Nak suruh Atikah atau Afifah bawa kereta saya lihat mereka letih dan kurang pengalaman memandu jarak jauh waktu malam. Sayalah yg bawa kereta sampai ke rumah.
Kami bertolak dari kg pukul 11:59 dan sampai di KL pukul 12:58 malam tadi
ya...sy ada baca kat FB..
ReplyDeletemoga hari ini awk bertambah sehat..
Slmt menyambut aidilfiri YB...
ReplyDeleteKami x kisah dpt duit keronyok pun,janji duit..heheh
Smlm saya tukar duit raya di Affin Bank...balik umah check..ade duit yg koyak sikit..haishhhh...
KSWSK,
ReplyDeleteHa'ah. Dia menyorok tepi pokok tepi jalan tu. Tapi dia pindah2 pokok! hahaha
Dua tahun lepas kami dah lambat nak balik berbuka ke Tg Karang. Saya pun lajulah sikit sebab jalan pun dah clear kerana org dah masuk rumah masing2 nak berbuka, Rupanya dia belum balik lagi huhuhu
en_me,
ReplyDeleteKabare? Lama tak dengar khabar. Baru semalam saya lihat semula emel yg saya mula2 hantar kpd en_me hehehe.
Slmt Hari Raya kpd en_me sekeluarga. Kami dtg Ampang tu bawalah mereka singgah rumah kami.
azza,
ReplyDeleteAwaklah pengikkut setia. Terima kasih di atas keprihatinan awak.
InsyaAllah kurang sikit sakit mencucuk2 kat mata ni. Harap ini tanda ianya nak pulih w/p masih merah menyala huhuhu
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCik SHiNJU,
ReplyDeleteSlmt menyambut Hari Raya kpd Cik SHiNJU juga. Bagi yg dapat duit ni biasanya tak kisah asalkan duit. Tapi bagi yg memberi, duit keronyok tu tandanya susah nak cari duit huhuhu.
Nasib baik koyak sikit. Kalau koyak banyak atau tak cukup lagi niaya.
eer.... malam tadi tersesat ke sg besar..
ReplyDeletehiks!
kakngah,
ReplyDeleteJauh tu tersesat sampai sana. Ada beli apa2 tak di Sg Besar tu?