Baju2 saiz begini masa baru kahwin dulu muatlah
Pagi tadi aku dan emak Adam ke pasar tani nak cari pisang tanduk muda utk dibuat kerepek. Selepas aku turunkan dia depan pasar tani akupun cari parkir. Kerana kami sampai agak awal, tak susah sgt nak dptkan parkir. Lepas meletakkan kereta, aku singgah utk berjumpa Kawanku. Dialah kawan setiaku selagi mana duit aku masih berbaki di bank. Setelah aku 'geletek' kawanku itu, dia mengeluarkan 30 keping note. 20 keping aku nak gunakan utk bayar duit yg aku pinjam. Nak berbelanja 10 hari lagi puasa ni gunakan baki 10 keping tu.
Bila poket dah agak gemuk, aku pun melangkah dgn keyakinan yg lebih ke pasar tani. Di dlm hati aku nak tuju gerai jual pisang. Mana tahu emak Adam beli dua tandan pisang tanduk. Siapa lagi yg nak angkat pisang2 tu kalau bukan aku.
Belumpun sampai gerai pisang aku terlihat isteri aku di gerai pakaian. Dia sedang mencuba jubah. Mana yg dia berkenan, saiz pula tak ngam. Cari punya cari, akhirnya dia cuba sehelai yg saiz X. Nampak mcm kecil tapi dia cuba juga. Aku tolong tarikkan zip belakang ke atas. Pas pas aje aku tengok.
Org yg jual tu kata, "oklah tu kak sbb kakak pakai baju dua lapis."
Tapi bila cuba tang ketiak, emak Adam rasa ketat.
Maka apa konklusi anda?
Sent via BlackBerry from Maxis
Nasib baju tu baru.
ReplyDeleteKalau baju lama macam baju batek sy...sah2 baju itu dari jenis kain yang mengecut tatkala nak sarungkan ke badan..
itu dah saiz x tu !
ReplyDeleteJangan try2 pastu koyak sudah..hehe
ReplyDeleteTempah saja lah nampaknya. Baru puas hati. Takda sapa nak komplen sebab takda tanda saiz di leher baju. hehehehe
ReplyDelete"oklah tu kak sbb kakak pakai baju dua lapis."
ReplyDeleteayat pelaris.
:)
agaknya tang ketiak tu baju tu terkecik kot?
ReplyDeleteBeli dan gantung baju tu kat ruang makan. Nak makan lebih aja pandang baju tu. 'Motivasi hari raya.' seminggu lagi longgarlah tang ketiak tu...:D
ReplyDeleteazza,
ReplyDeleteHa'ah betul tu.
Eh baju batik awak mengecut ke? Bukan badan awak yg dah tambah tembam hehehe
larikksss
al-lavendari,
ReplyDeletekena cari saiz xx agaknya. Sian emak Adam sejak menyusukan adam dia kena makan dan minum lebih supaya susu badan dia banyak. Dia tahu risiko ni tapi demi anak.
butterflyana,
ReplyDeleteItu sebab saya tak berani tarik zip tu sampai ke atas. Nanti koyak, susah huhuhu
azieazah,
ReplyDeleteUntuk baju kurung mmg dah tempah awal2 lagi. Ini bila nampak kat pasar tani baju jubah, mulalah nak beli. Org perempuan ni pantang nampak baju hehehe
kakngah,
ReplyDeleteayat pelaris cum ayat coverline utk pelanggan. Jadi pelanggan tak terasa hati dan akan datang lagi minggu depan
Eja,
ReplyDeletetukang jahit tu buat utk org yg badan slim dan lengan kecil kot
Ann Huda,
ReplyDeleteCadangan yg bernas. Tapi sanggupkah emak Adam buat mcm tu? Bulan Ramadan setakat ni dia dah turun 5 kg. Bila dah tak menyusukan Adam ni rasanya boleh turun lagi berat badan tu.
tapi sy rasa jenis kain tu...asal basuh je kecut..asal basuh je kecut...
ReplyDeleteerr...badan sy...spt biasa...makin2 bagai dipamm..hiksss..
azza_irah,
ReplyDeletekain buatan mana tu awak? Kena beli yg batik asli kalau mcm tu.
Baik2 pam badan tu. Nanti dah melebihi 60 kg susah nak kawal hehehe