Bagi yg mengikuti blog aku ni tentu ingat lagi kisah nak beli kereta baru. Masa tu ingat nak dapatkan Swift seekor oopss sebuah. Memandangkan harga swift yg mahal pelbagai idea aku cari utk mendapatkan dana termasuklah membela burung walit. Tapi berapa tahun nak tunggu kalau bela burung tu.
Kereta ni utk kegunaan anak2 aku terutama Atikah yg sedang belajar di UiTM. Skrg setiap awal minggu aku terpaksa hantar dia dan mengambil dia pulang pada petang Khamis atau Jumaat. Kalau ada kereta senanglah sikit dia nak bergerak sendiri. Aku pun agak sibuk kebelakangan ini.
Semalam kereta yg kami tempah dua minggu lepas telah selamat dibawa balik. Alhamdulillah. Kalau ikut jurujual Perodua tu, kena tunggu sebulan atau dua bulan utk model ni sebelum boleh dapat. Tapi dgn semangat Malaysia Boleh, apa pun boleh. Maka dapatlah kereta tu semalam.
Ini dia kereta tu. No pendaftaran sama dgn yg di sebelahnya tu - 7712
nak tumpang..
ReplyDeleteUntung anak YB belajo lagi dah dapat keta :).
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeleteHARI RAYA NANTI, BOLEH BALIK KAMPUNG 2 KERETA
azza,
ReplyDeletejomlah. Awak nak tumpang sampai mana? hehehe
Ann Huda,
ReplyDeleterezeki budak2 skrg. Kalau takde kereta pun susah juga nak hantar dan ambil dia ke/dari kolej setiap minggu.
luahfikiran,
ReplyDeletewsalam Dato'.
Kalau guna sebuah MPV utk balik kampung lagi jimat dan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Cuma tempat barang tak banyak kalau guna MPV ni.
Sy tggu d shell...tempat awk dulu...boleh kan...
ReplyDeleteazza,
ReplyDeleteAwak tunggu di stesen Shell yg dekat rumah awak tu ke? Kita nak ke Rantau Panjang ke? hehehe
tahniah atikah dapat kereta
ReplyDeletebila difikir-fikirkan balik..masa kita belajar dulu,tak ada kenderaan sendiri..tak ada siapa pun nak belikan,nak harapkan duit biasisiwa nak beli motor kapcai pun kena pikir puluhan kali....
ReplyDeletetapi itu lah untungnya anak2 zaman sekarang..klu nak,boleh minta dengan mudahnya dari ibubapa...
bertuahnya atikah....kaklong pun tumpang gembira. :))
hehe.. myvi juga akhirnya.tapi myvi baru ni pun mantap juga.
ReplyDeletep/s : aku still tunggu swift baru yg dgr khabarnya harga setanding myvi.ntah betul ntah tidak.hehe
pon! Pon! Myvi merah kirim salam kat Myvi silver tu..hehehh
ReplyDeleteGolok ek melalui Rantau Panjang..tapi sy nak ke Danok...
ReplyDeleteBeruntungnya jadi anak YB. Semoga dengan hadiah ini, lebih memberikan semangat pada dia untuk belajar lebih tekun dan gigih. Nanti kalau cemerlang dapat Anugerah Dekan tiap sem, kasi hadiah lagi besar plak...
ReplyDeletekete ayah sponsor..
ReplyDeletepetrol??
uihhh raya kreta baru...
ReplyDeleteeh-eh..
ReplyDeletesamalah ngan kita.
no sama-sama ;o)
*YB, sori ek. gift utk YB tak sempat cari lagi. Entah2 kalau lepas raya dan dapat jemputan raya lagi saya beri ..hehehe..
consider kereta raya la ni
ReplyDeletePaman,
ReplyDeleteIni Myvi Lagi Best oo oo oo ke? ;)
i nak jadi anak angkat u bole tak?hehehehe
ReplyDeleteEja,
ReplyDeletekereta tu bukan utk Atikah seorg. Untuk kegunaan keluarga sebenarnya cuma mungkin dia akan sering guna kalau nak pergi kolej.
kaklong,
ReplyDeleteDi negara kita harga kereta mmg agak mahal. Itu sebab tak ramai student pakai kereta. Tapi masa saya belajar di AS dulu saya guna kereta. Hampir semua pelajar ada kereta w/p kadang tu kongsi2 dgn rakan serumah kerana harga kereta di sana murah. w/p dgn biasiswa yg tak seberapa, kami mampu beli kereta second hand.
Lama juga Atikah dah minta tapi baru skrg dapat. Alhamdulillah ada rezeki dari Allah.
Kaklong nak tumpang gembira aje ke? Tak nak tumpang kereta ke? hehehe
Penyuk,
ReplyDeletePakai swift kan org kata lawan tauke pulak. Myvi baru ni pun ok juga. Steering dia saya suka. Ringan dan responsive. Dan ada banyak ciri2 yg telah dinaiktaraf.
Swift baru entah bila nak masuk M'sia. Kalau awak nak beli yg murah, beli model sekarang bila dah keluar model baru. Tapi resale value pun rendahlah.
Sally,
ReplyDeletePon pon myvi merah.
Dari Myvi grey (bukan silver)
azza,
ReplyDeleteOk awak punya pasal Danok pun takde masalah. Nanti saya jemput awak di TM. Kita ikut lebuhraya Timur Barat dari Jeli ke Sg Petani dan terus ke Bukit Kayu Hitam sebelum menyeberang ke Danok.
psst - jgn lupa bawa passport ngeeee
myvi baru ni aku suka kedudukan gear auto kat dashboard tu.
ReplyDeleteazieazah,
ReplyDeletekebetulan kami ada rezeki nak beli kereta sebuah lagi. Jadi anak siapa pun kira bertuah jika keluaraga itu bahagia dan hidup dlm kasih sayang.
Alhamdulillah Atikah lulus kedua2 kertas peperiksaan ACCA nya yg diumumkan Isnin lalu sekaligus melayakkan dia tersenarai dlm Dean's List. Sem ni dia ambil 2 kertas lagi.
kakngah,
ReplyDeletebeli petrol Atikah guna kad kredit supplementary. Hujung bulan ayahnya jugalah yg kena bayar huhuhu
alimaz kembara terasing,
ReplyDeletekalau nak pergi tempat yg berbeza tak payahlah tunggu menunggu kereta balik rumah dulu ngeee
a.z.r.i.n.a,
ReplyDeleteOh no kereta Reen pun sama juga ya. Tak perasan pulak hari tu sebab tak tengok kedua2 dlm satu masa.
Hadiah tu bila2lah. Tak sempat nak bagi pun takpe. Saya tahu Reen sibuk.
Raya tak payah tunggu jemputan. Bila2 boleh datang. Hari raya pertama asya ada di rumah. Kalau balik dari Semenyih tu singgahlah. Cuma roger saya dulu.
KSWSK,
ReplyDeleteBoleh consider mcm tulah. Mula2 jurujual tu kata kena tunggu sebulan dua tapi tiba2 dapat cepat hehehe
S-a-B-r-I-n-A,
ReplyDeleteBetul tu Ina. Nak yg kereta test drive tu pun ada tapi tak berbaloi sebab dah dilantak org.
Syida,
ReplyDeleteDah terlambat hehehe.
Cuba tanya kak su pulak kalau dia nak ambil awak jadi adik angkat ngeeee
Penyuk,
ReplyDeletesytle juga gear dia kat dashboard tu. Tapi dah dua kali saya tersalah raba kat bawah cari gear di tempat biasa sebelah handbrake hehehe