Wednesday, August 17, 2011

Apasallah Aku Tak Jadi Doktor? huhuhu

Mata aku pun macam nak kena sakit.

Dua minggu lepas Haikal mendapat sakit mata. Abgnya membawa ke klinik Khairat tempat selalu kami mendapatkan rawatan kalau sakit demam. Dr Khairat bagi ubat dan bagi cuti 3 hari. Cuti dah habis tapi sakit mata makin teruk. Hari Khamis tu Haikal ke sekolah tapi cikgu2 suruh balik.

Maka bercutilah si Haikal tu pada Jumaat.

Pagi Sabtu aku bawa Haikal berjumpa pakar sakit mata. Doktor bagi ubat dan bagi cuti 2 minggu! Aku kena bayar RM128. Pesakit bukan main ramai masa kami ke sana. Berapa bnyk masyuk utk doktor tu.

Awal minggu ni Haizam dan Adam pula kena sakit mata. Kalau pergi pakar tentu kena RM250 sebab dua org. Pergi jumpa doktor biasa. Kena RM82 dan dapat cuti 3 hari utk Haizam. Adam tak dpt MC sebab dia belum bersekolah hehehe.

Malam esoknya emak Adam pula demam selsema. Usai solat terawih di surau, dia suruh aku singgah di klinik utk beli ubat aje. Kalau dia jumpa doktor utk pemeriksaan mesti lambat dan kena bayar lebih. Aku tengok memang ramai pesakit di klinik tersebut.

Sebelum ini doktor di klinik tersebut adalah rakan sekelas aku masa di VI dulu. Tapi skrg dia dah pindah ke klinik dia yg satu lagi. Bisnes bagus - klinik dan semakin bnyk cawangan.

Selepas tamat Tingkatan 5 dulu sebahagian rakan2 aku menerima tawaran mengambil medic di UKM. Aku, adik kembar aku dan 3 org lagi ditawarkan ke AS. Masa tu aku ingat jadi jurutera cukup gah sebab boleh bina bangunan pencakar langit atau jambatan merentang sungai.

Ternyata aku silap. Sepatutnya aku join kawan2 yg ambil medic.

Perkara dah berlalu. Tak usah disesal huhuhu
Sent via BlackBerry from Maxis

30 comments:

  1. Usah dikesal apa yg telah di takdirkan oleh Nya. YB tak dapat jadi doktor, jadikan lah anak jadi doktor...hehehe.

    Tak pe...jadi jurutera duit banyak, mampu bayar duit ubat dan peksa doktor.

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    ADA RAHSIANYA ! ALLAH SAHAJA YANG MENGETAHUI KEBAIKANNYA

    ReplyDelete
  3. betul kata luahfikiran tu..Tuhan maha mengetahui...

    ReplyDelete
  4. salam yb, saya pun suruh anak2 ambik medic tapi seorang pun tak minat walaupun mereka layak, apa nak buat dah nasib anak sekarang bukan boleh dipaksa2.

    ReplyDelete
  5. kalau tak sembuh gak.. boleh bawak jumpa dukun tijah lawa..
    kehkehkeh!!!

    ReplyDelete
  6. engineer pon masyuk jugek YB..:)

    ReplyDelete
  7. Rezeki masing2 bukan siapa yang boleh jangka..

    Syukur seadanya...

    YB ada kembar ehh..??

    Tak tau la pulak ada kembar...

    ReplyDelete
  8. nak buat ospital kan perlu jurutera jugak


    dah rezeki YB di situ

    ReplyDelete
  9. mak aihhhhh...
    mahalnyaaaaaaa.....


    berapa banyak bmw doktor tu!!?

    ReplyDelete
  10. bleh tahan mahal caj doktor pakar tu yer..

    ReplyDelete
  11. kalo yb jadi doktor saya mesti tak takut utk ke klinik,ehehehe

    ReplyDelete
  12. kaklong,

    Saya dah msg DrSinga pagi tadi dan dia dah pun komen .

    ReplyDelete
  13. Ann Huda,

    Tak menyesal cuma terkilan. Jurutera kumpul duit banyak2 (kalau pun terkumpul) tapi bila sakit, habis bagi kat doktor huhuhu.

    Anak saya tak minat nak jadi doktor. Mereka lebih minat nak kira duit org ngeee

    ReplyDelete
  14. luahfikiran,

    Wsalam Dato'.

    Betul kata Dato' cuma mungkin rahsianya masih belum tersingkap.

    ReplyDelete
  15. hani@debumelukut,

    Sungguh benar yg Allah Maha Mengetahui. Hanya kita yg daif lagi terbatas pengetahuan.

    ReplyDelete
  16. sharifah rosidah,

    Takpelah kalau mereka tak nak jadi doktor. Yg penting mereka berjaya dan puas hati dgn pilihan mereka.

    ReplyDelete
  17. kakngah,

    Semalam tijah lawa dtg KL tapi saya balik kampung. Nantilah minggu depan kalau tak baik juga saya roger dia hehehe

    pssst - apa dukun tijah boleh buat ek? hahaha

    ReplyDelete
  18. MasZuber,

    Tak semua engineer masyuk. Kebanyakannya cukup makan aje sbb makan gaji dgn org.

    Doktor yg ada klinik sendiri masyuk mmg lebat terutama musim ramai org sakit. hehehe

    ReplyDelete
  19. ~Cik Azz~,

    betul tu. Rezeki masing2. Cuma kalau kita diberi penerangan bidang kerjaya semasa sekolah dulu, mungkin pilihan kita berubah.

    Saya ada adik kembar sejak saya lahir lagi hehehe.

    Tengok n3 saya yg lama terutama pada tarikh 9hb Mac kalau nak tengok gambar kami. 2-3 tahun lepas ada gambar kami bersama.

    Kat fb pun ada.

    ReplyDelete
  20. ibuintan,

    Kalau harap gaji masa buat hospital tu tak seberapa pendapatan jurutera tu. Niat kerana Allah lebih berbaloi. Yang untung segi kewangan mungkinlah kontraktornya.

    Skrg saya dah tak mengamalkan ilmu kejuruteraan yg saya pelajari sgt sbb dah jadi saudagar ranjang hehehe

    ReplyDelete
  21. DrSinga,

    Bila doktor pun kata mahal, patutlah saya terasa peritnya masa membayar bil tu.

    Tak tahu pula berapa BMW dia tapi kondo dan banglo mungkin ada 2-3 buah ngeee

    ReplyDelete
  22. KSWSK,

    Dia tengok2 gitu aje pun dan beri ubat yg macam sama dgn doktor biasa. Lepas tu dia suruh kami datang lagi utk pemeriksaan seminggu kemudian. Kami tak datang!

    ReplyDelete
  23. juliet,

    laaaa kenapa tak cakap awal2. Kalau tak, satu lagi sebab kenapa saya harus ambil jurusan perubatan ngeeee

    ReplyDelete
  24. rezeki doctor lain sikitlah, rezeki jurutera lain banyaklah, rezeki berniaga lagi lain banayaknya kan?

    ReplyDelete
  25. Dr.Ben,

    kalau dah doktor tak boleh nak selamatkan doktor, siapa lagi yg boleh diharapkan? huhuhu

    ReplyDelete
  26. Eja,

    masing2 ada rezekinya.

    Org berniaga ramai yg nampak senangnya aje. Susah payah mereka org ramai tak tahu huhuhu

    ReplyDelete
  27. uncle YB...best pe jadik jurutera.

    kalau jadik dokter ntah2 sampai ke sudah takdet blog. huhuhu~

    ReplyDelete
  28. gadisBunga,

    tak kira kerjaya apa sekalipun kita hendaklah seronok bila melakukan kerja baru best. Masa uncle (uhuk uhuk) jadi jurutera dulu uncle enjoy buat kerja uncle w/p gaji taklah tinggi mcm akauntan atau doktor ngeee

    Siapa kata jadi doktor takde blog? Tengok DrSinga dan DaddyZiyyad tu. Bukan setakat ada blog, mereka aktif update n3 hampir setiap hari.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails