Wednesday, July 20, 2011

Hidup Perlu Diteruskan

Ini entri aku yg ke 1001. Dah banyak rupanya aku merapu dan berkongsi kisah suka duka aku di blog ini. Kawan2 pun dah ramai. I love all of you yg banyak berkongsi mcm2 perkara di alam siber ni.

Dua hari lepas aku ada membayangkan masalah yg aku hadapi. Ramai kawan2 yg memberi kata2 semangat dan perangsang serta doa. Ada juga yg menghantar sms dan call. Terima kasih kpd semua. Aku hargai keprihatinan kalian.

Mana yg rapat aku dah bagi tahu serba sikit masalah atau cabaran yg aku hadapi tu. Kalau nak tahu, boleh baca komen balas aku pagi tadi kpd komen kaklong pada n3 bertajuk "Kreatif" yg disiarkan pada Ahad lepas.

Aku tertarik dengan kata2 oleh playwright George Bernard Shaw yang aku baca pagi ni. Dia kata dlm bahasa omputih,

"The reasonable man adapts himself to the world; the unreasonable one persists in trying to adapt the world to himself. Therefore, all progress depends on the unreasonable man."

Aku tak boleh terus bergundah gulana. Ada banyak lagi kerja yg aku boleh lakukan utk mencari rezeki. Aku nak pergi tapak projek kejap lagi ni. Untung atau rugi projek ini soal kedua. Yang penting, aku kena siapkan dulu projek yg ini.

Ini membuat aku teringat kata2 pensyarah kelas Construction semasa aku di universiti dulu. Dia ada berkata yg aku tolong terjemahkan seperti berikut,

"untuk mendapatkan projek yg pertama itu bukan mudah tapi untuk mendapatkan untung dari projek pertama itu lebih payah."

36 comments:

  1. gud to hear sound YB yang lebih ceria.. :)..

    ReplyDelete
  2. ehh.. tetiba dapat 1st..!!! tak berebut pun tau... :)

    ReplyDelete
  3. ambil iktibar dari penjual ais kerim yang keluar berbasikal di pagi hari .. tahukah dia siapa yang akan membeli aiskerimnya ?

    hakikatnya dia boleh meneruskan hidupnya hingga ramai anaknya yang dpt masuk universiti.

    awak tentunya lebih bernasib baik dari penjual ais kerim itu.

    * patutlah rambut abang cepat beruban .. komen untuk entri lalu.

    ReplyDelete
  4. untuk mendapatkan untung dari projek pertama itu lebih payah - projek pertama kobon cili abem takde untung. modal pun tak balik 100%. tapi, dia tetap berkebun hingga sekarang walaupun dalam keadaan yang tercungap2... sebagai isteri, memang kene tempias. tapi tak pernah mematah kan semangat dia.

    pasti mak adam teguh di belakang YB.

    ReplyDelete
  5. Anaa,

    terima kasih. Kata2 Anaa cukup utk menambahkan semangat.

    ReplyDelete
  6. Anaa lagi,

    Tahniah! Ini kali pertamakan awak dapat first? Bolehlah bersaing dgn kakngah, kaklong, Eja, zonaku, kts dan yg lain2 yg selalu menguasai persada.

    ReplyDelete
  7. al-lavendari,

    Memang ada ikhtibar dari penjual aiskrim tu. Sejak saya kecil saya perhatikan dgn rasa hairan mcmana dia boleh menanggung keluarganya dgn menjual aiskrim. Kena pula hari hujan - berapa sen sangatlah yg dia dapat.

    Alhamdulillah nasib saya lebih baik dari penjual aiskrim tu. Tapi risiko dari segi kewangan saya juga lebih besar dari dia huhuhu

    ReplyDelete
  8. kakngah,

    Abem buek kobon kek mano tu kakngah? Cili kalau tengah mahal berbaloi kalau tanam. Tapi kalau tengah murah sekilo cuma RM3. Duit baja pun tak lepas rasanya.

    Tapi tabiklah dgn abem yg masih gigih. Semoga menjadi peladang jutawan satu hari nanti.

    Dah tahniah kpd kakngah yg sentiasa menyokong usaha abem tu.

    Emak Adam teguh bukan saja di belakang saya tapi di depan, atas dan bawah hahaha

    ReplyDelete
  9. Kehidupan mesti di teruskan..
    samaada secara sederhana atau pun jutawan..
    Pilihan dan ikhtiar di tangan kita..Allah SWT yang menentukan
    harus bersabar dgn ujian nya..

    ReplyDelete
  10. Marina Monroe,

    Selagi kita masih bernyawa kehidupan mesti diteruskan.

    Allah memberi mengikut kemampuan kita. Kalau kita dijadikan jutawan tapi semakin jauh dariNya, takde maknanya. Tapi kalau semakin kaya semakin tawaduk, itu alhamdulillah.

    Begitu juga kalau diuji dgn kesempitan.

    ReplyDelete
  11. setiap detik, setiap waktu, setiap hari yg kita langkah pasti ada rezeki yg menanti..

    teruskan perjuangan !

    oppss..apa masalahnya ya?
    sy ni pun dek kerana mengejar masa sampai tak sempat nak baca entri tuan

    ReplyDelete
  12. dah x terkomen.... sebab lebih ramai y mempunyai kosa kata yang lebih baik dr aku.




    cumanya, doa untuk kejayaan & kebahagiaan kengkawan sentiasa ada..

    ReplyDelete
  13. kahkahkah..tb masih sempat begurau dengan membalas komen kakngah tu...memang la yb ni....hehehehe!



    tapi betul la tu yb..apa2 pun hidup mesti diteruskan....
    belajar dari kesilapan kan?

    ReplyDelete
  14. dan kaklong dah baca,komen balas dari yb n3 ahad yg lepas...
    memang betul sangkaan kaklong...
    sebab itulah yg kaklong alami,sewaktu meniaga kecil-kecilan dulu...dah la meniaga kecil,itu pun nak tipu...rasa tak berbaloi...nak2 lagi yg buat tu orang kita sendiri...huhuhuhu!

    ReplyDelete
  15. ikan emas,

    Betul tu. Rezeki Allah dalam pelbagai bentuk. Tak semestinya wang ringgit aje.

    Kalau nak dikira nikmat Allah mmg tak terkira.

    Kita semua mmg sibuk. Bila dah banyak kerja, masa utk BW kenalah korbankan.

    ReplyDelete
  16. apa yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.kata2x itu yang selalu dipegang..

    ReplyDelete
  17. dalam apa2 yg kita usahakan pun, pertamanya harus niat kerana Allah, doa, usaha dan tawakal..setakat mana dan banyak mana hasilnya..harus bersyukur.. :)

    ReplyDelete
  18. Saya jenis yg tak pandai berkata-kata.


    Semoga YB sentiasa dikurniakan kesihatan yg berpanjangan demi keluarga tercinta.

    ReplyDelete
  19. zonaku,

    Alaaa saja aje awak kata tak cukup kosa kata. Nyampah. Awak kan terer BM.


    Terima kasih doakan utk kawan2.

    ReplyDelete
  20. Berusahalah YB.

    Adat meniaga.

    Ada pasang surutnya.

    ReplyDelete
  21. org yg berjaya adalah org yg berani ambil risiko dan harung apa saja halangan. YB org yg mcm tu kan?

    ReplyDelete
  22. ada apa2 yg boleh sy bantu?

    ;)

    ReplyDelete
  23. kaklong,

    saya ni kan mmg macam tu. Mungkin bila saya lahirkan rasa gundah sikit baru2 ni ramai yg ikut berduka.

    Selain dari tu, saya ni senang diajak bergurau.

    Silap saya percaya sangat janji org. Bila dia lambat bayar, saya nak menanggung bebannya. Banyak pulak tu huhuhu

    ReplyDelete
  24. kaklong lagi,

    itu yg geram tu kann? Saya ni dahlah berniaga kecil2an, bila kena sampai lebih setengah juta, mana tak terduduk. Itu bukan untung kami tapi utk bayar kilang. Untung bukan banyak mana pun kalau dia bayar semuanya.

    Kaklong ada buat bisnes lagi ke?

    ReplyDelete
  25. mMoOnN aAlLeEaA,

    Itulah saya cuba mencari hikmah di sebalik kes ini. Mungkin lepas ni tak boleh percaya sgt cakap org w/p sesama Islam.

    ReplyDelete
  26. makdara TERdiva,

    terima kasih di atas peringatan tu. Rasanya saya dah lakukan semua itu. Tapi kalau nak kena mcm ni kena jugak.

    Skrg ni jgnkan kata untung, nak cover modal pun masih beratus ribu lagi.

    ReplyDelete
  27. a.z.r.i.n.a,

    alaaa bukan awak tak pandai berkata2 tapi segan nak susun ayat yg power. Kalau tak pandai berkata2 takkanlah cik abg awak terkedu masa dating dulu hehehe


    terima kasih di atas doa itu.

    ReplyDelete
  28. Mereka yang sihat memiliki harapan. Mereka yang memiliki harapan adalah mereka yang memiliki keyakinan. Keyakinan adalah segala-galanya. Dan keyakinan akan bantuan Allah adalah lebih dari segala-galanya...:)

    ReplyDelete
  29. salam YB setelah sekian lama busy baru hari ini saya sempat baca blog YB.

    Jangan bersedih, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah, mungkin tak untung untuk projek ini tapi YB dapat pengajaran yang berguna untuk menerima projek yang akan datang, insyaallah jika kita jujur keuntungan akan datang juga,

    ReplyDelete
  30. apa pun YB tetap boleh
    lautan api sanggup di renangi kan?

    ReplyDelete
  31. Daddy Ziyyad,

    Saya masih teruskan berusaha. Memang berniaga ada pasang surutnya. Tapi yg ini surut terlalu jauh sehingga macam nak tsunami huhuhu

    ReplyDelete
  32. gadisBunga,

    Saya cuba menjadi org yg mcm tu. Perjalanan saya masih jauh. Banyak lagi ilmu dan pengalaman yg perlu saya timba.

    Kawan2 mcm awak boleh membantu dari segi sokongan moral. TQVM.

    ReplyDelete
  33. KTS,

    Eh tentulah ada. Awakpun tahu apa yg perlu awak bantu tu. Bila nak menghulurkan bantuan tersebut? ahaks

    ReplyDelete
  34. Ann Huda,

    Kalau ada butang like saya akan tekan banyak kali hehehe.

    Kita kena yakin Allah akan membantu hambaNya yg mencari keredhaanNya.

    ReplyDelete
  35. sharifah rosidah,

    Terima kasih kerana masih sudi membaca blog saya ini.

    Bukan setakat satu projek yg 'sangkut' tapi ada lagi beberapa projek. Jumlah semuanya banyak juga bagi usahawan kecil mcm saya ni. Mcm gaji utk 10 tahun semasa saya kerja makan gaji dulu! huhuhu

    ReplyDelete
  36. Eja,

    Terima kasih kerana memberi kata2 semangat.

    Tapi kalau lautan api tak sanggup saya renangi. Laut biasa naik kapal atau feri pun boleh muntah kalau ombak kuat huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails