Monday, July 18, 2011

Bila Dunia Terasa Sempit

Jarang aku berkongsi masalah aku di blog ini. Org yg membaca n3 di sini akan fikir semuanya indah2 saja di dalam hidup aku. Memang benarpun hidup aku bahagia dan gembira di samping keluarga tercinta dan kawan2 serta sanak saudara. well, at least, most of the time

Tapi hakikatnya ada ketika dan masa perkara2 yg kita rancang tidak terjadi seperti yg diharapkan. Aku sedang melalui fasa tersebut. Memang pening memikirkannya. Rambut aku yg hitam ni boleh beruban dibuatnya.

Mana2 rakan yg mengikuti status aku di fb mungkin dapat menangkap sebahagian perasaan aku.

Tak perlu aku luahkan di sini.

Aku melihat sekeliling. Wah ramai lagi yg lebih hebat cubaan yg mereka hadapi dari aku.

When the going get tough, the tough get going. So, lets keep going.

28 comments:

  1. sabar YB.. itu semua dugaan hidup. graft kehidupan kene la ada naik turunnya. baru ada warna. kalau mendatar.... bosan juga.

    semoga masalah yg dihadapi dapat diatasi dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  2. Setiap dugaan yg berjaya diharungi akan mnguatkan mental kita..Selamat
    berjuang! Semoga dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  3. itu la tak semua kita boleh kita kongsi kan kat blog ni....
    kang apa pulak orang lain cakap..




    nak telan mati mak,ditelan mati bapak....!


    sabar yer bang...banyak2 beristighfar....!(ayat nk sejuk kan hati)sebab orang tak lalui apa yg kita alami...!

    ReplyDelete
  4. the tough get going..kayuh, kayuh.. pasti akan sampai jugak.... doa jangan lupa.. :)

    ReplyDelete
  5. Paman,
    semoga semuanya dipermudahkanNya. Amin.

    ReplyDelete
  6. come on YB
    tabah!
    kalau jatuh, bangkit segera!

    ReplyDelete
  7. Sabar YB. Semoga dipermudahkan olehNya.





    *Saya pun suka citer yang gembira aje. Yang sedih pendamkan aje. Takut nanti orang kata kita mengada-ngada.

    ReplyDelete
  8. mana ada bumi tak di sirami hujan? cuma kita doakan semoga lepas hujan ada pelangi yg cantik untuk kita..

    ReplyDelete
  9. Salam

    Nama pun kehidupan kan? Ada pasang surut, ada masalah dan ada juga bahagia. Semoga tuan tabah dan sabar.

    ReplyDelete
  10. putaran hidup kan?

    bila hati gundah gelana nak buat en3 pun rasa tak kena kan?
    jalan terbaik..senyap saje 2-3 hari.

    ReplyDelete
  11. apa pun sentiasa bersabar, adakalanya apa yg menimpa kita tu memberi pengajaran dan peringgatan juga kan?

    ReplyDelete
  12. walau apa pun masalah , hidup harus diteruskan


    wajib berjuang

    ReplyDelete
  13. kakngah,

    Terima kasih di atas nasihat dan kata2 semangat tu. Mmg geraf hidup ini ada turun dan ada naik. Itu biasa. Tapi kalau turun menjunam, sakit jugak. Sedang berusaha nak bangkit semula.

    Amin.

    ReplyDelete
  14. Cik SHiNJU,

    Begitulah yg diharapkan. Mcm kata pakar motivasi. Tapi ada kalanya kita terasa letih utk teruskan perjuangan buat seketika. Tapi bila fikirkan tanggungan, perjuangan mesti diteruskan.

    Terima kasih mendoakan saya.

    ReplyDelete
  15. tasekM,

    Adalah hiccup sikit. Nanti bila jumpa atau call awak saya citer. Itupun kalau awak sudi mendengarnya ngeeee

    ReplyDelete
  16. kaklong,

    Betul tu. Kena juga berlapik buat n3 kat blog ni. Emak Adam dah lama bising semua perkara saya nak citer kat blog. Itu sebab citer tentang dia saya dah kurangkan.

    Cabaran org berniaga ni tak sama dgn org makan gaji. Tapi dah ini jalan yg saya pilih, saya akan teruskan.

    Terima kasih di atas peringatan dan nasihat kaklong tu.

    ReplyDelete
  17. Anaa,

    Yup. Kena terus berkayuh kalau tak mahu hanyut. Tak dapat laju, pelan2 pun jadi.

    Doa penting kerana kita hanya mampu berusaha tapi Allah yg menentukan.

    ReplyDelete
  18. Suraia.Ayani,

    Amin ya Rabbal alamin.

    Terima kasih mendoakan.

    ReplyDelete
  19. alien,

    Cabaran datang dari pelbagai arah. Sedang cuba bangun w/p ada beban yg menggayut.

    InsyaAllah, akan ku teruskan. Pintu rezeki ada banyak kalau kita berusaha.

    ReplyDelete
  20. a.z.r.i.n.a,

    InsyaAllah saya sedang bersabarlah ni. Semoga Allah membantu org yg sabar.

    Elok kita kongsi citer yg happy supaya org pun jadi happy. Kalau keluarkan kisah sedih, nanti mood org jadi sedih pulak huhuhu

    ReplyDelete
  21. hani@debumelukut,

    Bumi kena siram hujan tu mcm org buat dosa aje. Mmglah kita tak sunyi dari membuat dosa tapi kadang tu dlm bisnes kita yg tak bersalah ni menerima akibat dari mereka yg tak pegang pada janji terutama dlm bab bayaran huhuhu.

    Di dalam setiap perkara tu ada hikmah yg mungkin kita tak sedari. Semoga menjadi pengajaran utk saya lebih berhati2 di masa akan datang.

    Terima kasih kerana memberi nasihat dan kata2 semangat.

    ReplyDelete
  22. ashrafi,

    Betul tu. Itulah yg menjadikan kehidupan kita ini berwarna warni dan seronok.

    Small matter aje ni....

    ReplyDelete
  23. Eja,

    Hidup ada masa di atas dan ada masa di bawah. Tapi yg tak best selalunya di bawah huhuhu.

    Semalam saya tak buat n3 baru pun. Komen2 pun tak habis balas.

    ReplyDelete
  24. Eja lagi,

    Saya dah simpulkan apa yg awak katakan itu dlm n3 hari ni.

    ReplyDelete
  25. YB....saya tak perasan YB tgh susah hati. mmg saya ni spesis blur...

    tapi kagum dgn YB, dalam susah2 hati pun boleh bagi komen yg buat org senyum. :)

    ReplyDelete
  26. YB dugaan orang berniaga memang perit kalau nak difikirkan, tapi jika kita bersabar dan terus berusaha kita akan merasa nikmatnya.

    kami juga melalui saat saat sedih apabila sesuatu projek tidak menjadi seperti dirancang, tapi oleh kerana semangat tu masih ada kami bangkit semula.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails