Wednesday, July 20, 2011

Jangan Baca Suratkhabar Semasa Isteri ke Pasar

Pagi tadi aku ke pasar tani berhampiran rumahku bersama emak Adam. Sampai di sana aku pun cari tempat utk parkir kereta. Kami terlihat di dalam banyak2 kereta tu ada dua buah kereta yg ada pemandu lelaki duduk di dalamnya sambil khusyuk membaca suratkhabar.

Emak Adam : "Inilah kerja lelaki. Isteri pergi beli barang dia sedap baca paper."

Aku : "Alah biasalah tu. Sambil tunggu bini bacalah apa2 berita yg menarik."

Aku takdelah nak baca paper sebab aku jarang beli paper kalau hari biasa. Kalau ada masa aku baca berita online aje. Tapi kerana aku membawa BB aku ke pasar, aku ingat nak berfb. Tapi selepas emak Adam cakap mcm tu terhadap dua org kaum sejenis aku tu, maka niat aku nak berfb pun terbantut. Aku pun turun dari kereta dan mengekori emak Adam yg ke gerai ikan. Selesai membeli ikan aku pun menghantar bungkusan ikan2 itu ke kereta yg terletak tak berapa jauh dari gerai itu. Selepas menyimpan ikan di boot kereta aku, aku lihat emak Adam ke gerai pisang pula.

"Ini peluang nak update status di fb," bisik hatiku mcm org ketagih pil kuda.

Aku pun post status aku tentang perkara di atas. Tak lama lepas tu kawan2 mula memberi komen. Antara komen yg menarik perhatian aku dan aku ingin kongsikan di n3 ini datangnya dari Puan Sabariah Abdullah.

Dia kata, "Mmg pun.Dh lah bawa brg penuh tgn kiri kanan.Diaorg buat bodoh je tunggu dlm kete.Dh terbiasa ngan situasi macam tu."

Satu lagi komen yg menarik perhatian aku ialah komen dari Nur Cahaya yg berbunyi,

"dah lah penat bawak barang kiri kanan tangan semua... sangkut kat bahu semua penuh... pastu balik rumah laki sambung lagi baca surat khabar..mcm kat pasar tadi tak2 habis baca...yg si bini berhempas pulas duk sambung kat dapur lak...siang ikan, bersihkan ikan ayam daging yang nak masak .... pastu kemas barang2 masuk peti ais ... pastu sambung masak... si laki masih sedap bersenang lenang baca surat habar dari muka surat depan sampai muka surat belakang...iklan semua habis di baca...hatta iklan nak urut ..iklan lelong rumah pun habis di baca...dah siap masak..si bini sibuk pulak menghidang... akhirnya sekali ..si laki hanya tahu sebut..."dah siap mak nya..? Abang dah lapar ni..." huhuhu....pikir-pikir lah para suami semua...ringan-ringan kan lah kaki tangan tu ...."


Nampaknya, rata2 orang perempuan cukup marah jika mereka ke pasar sedangkan suami sedap2 membaca suratkhabar di dalam kereta. Kalau anda tak mahu pasangan anda bengang, sila jauhi tabiat ini.

24 comments:

  1. sebbaik abem tak camtu. kalau pergi pasar bersama, maknanya bersama la masuk pasar & angkut hasil rembatan. tapi, bayarnya.. dia sorang la hihihi!!!

    ReplyDelete
  2. kakngah,

    Bagus betul abem tu. Patutlah kakngah sayang hehehe.

    Setiap kali pergi pasar berapa kali dia kena berulang angkut hasil rembatan tu? Emak Adam beli banyak. Paling koman 4-5 trip saya kena angkat huhuhu.

    Biasalah bayar tu tanggungjawab suami. Takkan nak harap isteri pulak kannn lebih2 lagi kalau isteri tu suri sepenuh masa.

    ReplyDelete
  3. kakngah,

    yalah. Cepatnya kakngah komen. Saya buat n3 ni dekat 22 minit tapi tak sampai 5 minit kakngah dah komen.

    Depa tidoq awei utk sesi latihan utk malam esok kot hehehe

    ReplyDelete
  4. tak semua lelaki begitu...
    abem pun macam abang ipar dia gak,balik dari pasar,,terus cuci semua ikan,ayam @daging....siap tolong masak sekali....!

    ReplyDelete
  5. saya tiap kali ikut bini masuk pasar kena jalan sama~sebab saya tukang jinjing barang~haih~

    ReplyDelete
  6. aBear dan pB biasanya berpecah


    pB beli ikan
    dia gie beli kuih muih


    save masa, katanya

    ReplyDelete
  7. YB...saya adalah antara isteri2 yang kira bertuah...sebab yg pergi pasar cik abang tu... saya jarang ke pasar... pastu kalau ikut dia ke pasar pun... tukang ekor kat belakang je... yg tukang pilih ikan... cik abang tu... yg tukang bayar pun dia... yang tukang angkat sayur saya.. yang angkat berat2 cik abang tu...hehehe...

    ReplyDelete
  8. huhu.. saya lak memang kena jalan kat pasar sensorang, sebab hanya saya tau apa nak beli..tok laki pulak kena dok dalam keta jaga askar 4 orang tuh.. dia kata lagi tensen jaga bebudak tu dalam keta.. orang yang gi pasar boleh gak cuci mata kat pasar pagi.. haha.. nasib ler..

    ReplyDelete
  9. hahahahaa....tp rasenya x sume lelaki/suami gitu kot.kwn sendiri pun setakat nilaa x sanggup lg nengok isteri bawak barang sorang2 gitu,hehe....

    ReplyDelete
  10. Setuju dan tak setuju !


    Setuju bagi yang buat macam tu.

    Yang tak setuju sebab tak kena kat saya. Hehehe..

    Selalunya saya pergi sorang ke Pasar Borong. Abg di rumah memvakum, membasuh(mesin)& menjemur.

    Adil kan ?

    ReplyDelete
  11. Semua tu sejak takde maid lah YB. Kalau ada dia, tak buat kot...
    ;o)

    ReplyDelete
  12. Nampaknya, rata2 orang perempuan cukup marah jika mereka ke pasar sedangkan suami sedap2 membaca suratkhabar di dalam kereta.


    sy syorkan lepas ni, para suami sila baca suratkhabar di LUAR kereta.

    sekian.

    ReplyDelete
  13. nasib baik abahintan... nak balik baru beli skhabar


    dia biasanya tukang jinjing dan bayar... takpe lah sampai rumah dia baca skhabar, dia baca pun tak lama

    ReplyDelete
  14. sya suka lagi pergi pasar sensorang
    senang, boleh jalan jalan dulu tengok tengok pilih pilih..

    ReplyDelete
  15. klu ada button like kat entry ni mmg banyak kali nak like kat komen nurcahaya tu.. hihi

    ReplyDelete
  16. kaklong,

    Hebat tu. Tabiklah kat abem. Saya setakat tolong angkat barang bolehlah. Bersihkan ikan, daging dsbnya kerja emak Adam. Ada takde tolong kopek udang ngeeee

    ReplyDelete
  17. bujal X,

    cukup ke satu trip ke kereta? Kalau saya paling kurang 3-4 trip huhuhu.

    Siapa yg bayar barang yg awak jinjing tu?

    ReplyDelete
  18. pB,

    Ada bagusnya mcm tu tapi kadang ada isteri saja nak suami ikut utk tanya pendapat w/p dia dah tahu apa yg dia nak beli sebenarnya ngeeee

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, suami saya seorang yang bertimbang rasa. Apa yang dia boleh buat mmg tak perlu disuruh.

    ReplyDelete
  20. aNIe,

    Mmg bertuah dapat suami mcm tu. Mungkin sebelum kahwin lagi dia dah biasa pergi pasar. Itu sebab dia pandai memilih dan membeli barang yg diperlukan.

    Ramai suami yg tak kenal ikan atau sayur. Ikan tongkol disangkanya tenggiri!

    ReplyDelete
  21. Anaa,

    Kesian juga awak nak kena beli dan angkat barang2 tu ke kereta.

    Askar2 tu tak boleh ditinggalkan kat rumah ke?

    ReplyDelete
  22. Ayen,

    Memang tak semua suami/lelaki mcm tu. Ramai yg bertanggung jawab dan bersedia menolong isteri masing2. Cuma ada segelintir aje yg bila dah dapat suratkhabar dah tak kisah dunia sekeliling.

    ReplyDelete
  23. YB, suami saya suka pergi Pasar Tani, Pasar Malam dan apa apa pasar je dia suka. Kitaorang turun beli barang sama2 dan angkat sama2, kalau yang berat dia bawa yang ringan saya bawa.

    Bila balik saya masak dia sibuk meracun ke basuh porch ke dan macam macam benda dia buat diluar rumah sbb itu kawasan dia, saya dibesarkan dibandar jadi memang tak pandai berkebun. Kerja saya semua berkaitan hal dalam rumah samada memasak, membasuh baju dan mengemas rumah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails