Monday, June 13, 2011

Tomyam Special

Malam tadi datuk dan nenek Adam datang dari kampung. Mereka tumpang adik ipar aku yg balik kampung utk datang ke rumah kami. Pada mulanya adik ipar aku ingat emak bapak dia nak minta dia hantarkan ke rumah kakngah tapi rupanya emak bapaknya (mertua aku) suruh hantar pergi rumah kami.

Bapak mertua aku tengah tak sihat tapi emak mertua aku semangat nak tengok cucu2nya. Malam tadi bapak mertua aku tak lalu nak makan bila kami ajak makan.

Hari ni emak Adam buatkan tomyam. Biar rasa segar sikit dan mudah2an ada selera org tua tu nak makan.

Seperti biasa emak Adam masukkan macam2 bahan: rangka ayam, ketam, bebola ikan, karot, bunga kobis, cendawan, celery dan tomato adalah antara bahan yg dimasukkan.

Masa makan tadi aku tengok bapak mertua aku dah lalu makan. Habis satu mangkuk. Emak mertua aku pun boleh tahan juga berselera makan.

Tiba2 sedang dia makan, dia tergigit sesuatu.

"Apa ni?" tanya dia sambil mengeluarkan sesuatu berwarna putih dari mulutnya.

"Ah fishball tu," kata emak Adam. Emak aku yg duduk di sebelah besannya pun mengangguk2 tanda setuju.

"Bukanlah," kata mertuaku.

"Rasa manis ni," tambahnya sambil memicit2 benda berwarna putih yg dan mula penyet.

"Macam rasa Mentos aje," kata mertuaku membuat rumusan.

"Dari mana datang Mentos tu?" tanya aku sambil yg lain pun nak tahu jawapannya.

"Adamlah ni yg masukkan. Dia makan Mentos dgn nenek dia tadi masa emak dia masak," kata emak Adam menjawab misteri mentos itu.


Ada sesiapa pernah makan tomyam mentos?

Kalau nak cuba bolehlah cari Adam. Inilah cucu nenek.

39 comments:

  1. salam


    sib baik mentos jer ....
    kalau benda lain , tak tau ler ...





    bila nak belanja pB nie???

    ReplyDelete
  2. Eh! macam tak percaya, rejeki Isnin kah?

    ReplyDelete
  3. bulehlah belanja saya mentos, yeayyy :P

    ReplyDelete
  4. hahahahaa....

    bagus adam! blh jadi juara junior masterchef malaysia ni

    ReplyDelete
  5. menambah perasa tomyam emak

    pandai adam.... (,")

    ReplyDelete
  6. resipi baru ni. PATUT dicuba

    :D

    ReplyDelete
  7. SALAM,
    INI TOMYAM SUPER SPECIAL !

    ReplyDelete
  8. kalau masuk pertandingan memasak.. harus mak adam menang dgn resepi tomyam mentos ni hihihi!!!

    ReplyDelete
  9. Nasib baik mentos, kalau ubat gegat??

    Ngeeeeeeeeeeeeeeee...

    ReplyDelete
  10. Terkejut aihhhhh..ingatkan apa la tadiiiii..

    patutlah atuk berselera makan ya..cucu yang masakkan..nghee~

    terbuka selera atuk tu bukannya apa..bahagia bila dikelilingi anak, menantu dan cucu2..tambah pulak menantu feveret gitu!!

    ReplyDelete
  11. hahahahah....!!!

    cute jer...
    tapi yb,kena2 hati..mana tahu adam masuk kan mentos dlm air coke..boleh meletup tau...!!!

    ReplyDelete
  12. Hahaha lawak kot. Boleh plak ada mentos dlm tomyam. Rasa tomyam tu berubah tak?

    ReplyDelete
  13. resepi baru ke bang? kena cuba ni... ha.ha.ha...

    ReplyDelete
  14. juliet,

    Eh mestilah Adam suka bila nenek dia datang. Bukan setakat Adam tapi emak Adam pun suka juga hehehe

    ReplyDelete
  15. pB,

    Wsalam.

    nasib baik dia makan mentos masa emak dia masak. Kalau dia makan benda lain mahu benda itu pula yg dicampak ke dlm tomyam tu.


    Saya dah agak jarang ke Shah Alam skrg sebab hanya ada satu projek di sana. Nanti kalau saya ke sana dan ada kesempatan bolehlah kita pergi lunch. ngeeee

    ReplyDelete
  16. juliet lagi,

    Memang rezeki Isninlah ni kalau dapat menjadi pengomen pertama tu boleh dikira rezeki hehehe.

    Tahniah Juliet!

    ReplyDelete
  17. nasib baik adam yg buat kalau bapa adam kes nyanya hehe

    ReplyDelete
  18. juliet lagi dan lagi,

    Awak nak mentos perisa tomyam ke? hehehe

    Bila awak nak dtg makan kat ezzati lagi? Roger saya sebelum dtg. Awak tahu kat mana nak dapatkan no hp saya kan?

    ReplyDelete
  19. ikan emas,

    eh mana awak tahu?
    (soalan tak boleh blah)

    hahaha

    ReplyDelete
  20. zonaku,

    Kalau jadi juara junior masterchef Malaysia tu kira hebatlah. Takut setakat jadi juara kampung hahaha

    ReplyDelete
  21. eja,

    Bertahun2 emak dia masak tomyam tak pernah pun terfikir nak masukkan mentos. Tiba2 Adam pula pandai menambah bahan masakan hehehe

    ReplyDelete
  22. Marina Monroe,

    Dia cuma masukkan sebiji. Kalau sebungkus harus juga jadi tomyam berangin hehehe

    ReplyDelete
  23. gadisBunga,

    Tomyam multipurpose ni kena makan di dewan multipurpose jugak kot hehehe

    ReplyDelete
  24. gadisBunga,

    Tomyam multipurpose ni kena makan di dewan multipurpose jugak kot hehehe

    ReplyDelete
  25. kts,

    Cuba jangan tak cuba.
    Eh sejak bila awak memasak ni?

    Kalau dah masak jangan lupa jemput kami makan tau.

    ReplyDelete
  26. luahfikiran,

    Dato nak rasa bolehlah datang ke rumah saya hehehe

    ReplyDelete
  27. kakngah,

    kalau pengadilnya mcm Jaafar Onn tu haruslah emak Adam menang. hehehe

    ReplyDelete
  28. Daddy Ziyyad,

    9 sekeluarga dikejarkan ke hospital kerana disyaki termakan tomyam bercampur ubat gegat

    Begitu agaknya tajuk Harian Metro esok kalau Adam masukkan ubat gegat dlm tomyam tu huhuhu

    ReplyDelete
  29. Sally,

    Yg masak anaknya sendiri. Cucu tu cuma cuba membantu. Dalam ramai2 ahli keluarga yg makan tomyam tu boleh pula terkena kat nenek Adam mentos tu.

    Memang saya ingat fishball sebab rupanya mcm fishball yg dibelah dua dan dimasukkan dlm tomyam oleh emak Adam.

    Menantu mereka ada 6 org. Menantu yg kat sini biasa aje ngeee

    ReplyDelete
  30. adam kata mak dia masak kurang power. taruk mentos nak kasi power lebih haha..

    ReplyDelete
  31. kaklong,

    Nasib baik kat rumah ni takde air coke. Kalau tahu Adam, mahu dia experiment perkara tu huhuhu

    ReplyDelete
  32. Afifah,

    Ini kisah benarlah. Nasib baik rasa tomyam tu tak berubah kecuali yg dalam mangkuk emak nenek tu aje agaknya hehehe

    ReplyDelete
  33. izman,

    Cuba jangan tak cuma Man. Nak sedap lagi campurkan mentos yg rasa buah2an tu hehehe

    ReplyDelete
  34. zino,

    Kalau bapa dia yg buat, tuduh aje budak tu yg buat. Dia belum pandai menafikan hahaha

    ReplyDelete
  35. kakpah,

    Mungkin jugaklah tu.

    Terlampau power nasib baik tak loya nenek dia ngeeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails