Sunday, June 12, 2011

Esok Dah Nak Sekolah Semula

Habis sudah cuti sekolah 2 minggu tanpa pergi membawa anak2 bercuti. Bukan saja disebabkan kerja tapi kerana anak2 kami yg besar tak bercuti. Yang sulung nak habiskan praktikal, yg kedua ada exam ACCA dan yg ketiga baru aje masuk kolej matrikulasi seminggu sebelum cuti sekolah hari tu.


Inilah evolusi org ada anak:

1) masa anak belum sekolah - bila2 masa boleh pergi bercuti

2) bila anak2 dah bersekolah - tunggu cuti sekolah kalau nak pergi makan angin

3) bila dah ada anak yg masuk u dan ada yg bersekolah - tunggu mereka sama2 cuti. Bukan senang nak sama cuti

4) bila dah takde anak yg dibangku sekolah - mungkin kita pula dah tak larat nak pergi bercuti bersama mereka. Org macam aku ni, cubalah bayangkan bila Adam tamat bersekolah 14 tahun lagi entah aku ni larat lagi ke tidak. Entah2 aku dah takde di dunia ini huhuhu

20 comments:

  1. tiap fasa berbeza....



    tiap fasa penuh makna............

    ReplyDelete
  2. hahahahaa......



    jadi pertama jugak rupanya............. ingat dah dekat setengah jam, dah ramai y post komen....

    ReplyDelete
  3. dah lamo tak dapat drop komen 1st

    ReplyDelete
  4. petang tadi g potong rambut bebudak yg mula bersekolah sok g... budak & bapak budak yg tak bersekolah sok g pun potong sekali.. :P

    ReplyDelete
  5. kakpah yang no 3 tu. Sudahnya aku pegi cuti bedua je.. yahoooo..

    ReplyDelete
  6. YB,

    dah berfrasa2 ni.. memang payahlah nak bercuti sama

    insyaallah ..moga YB diberi kesihatan yg baik lagi sehingga selepas 14 tahun

    ReplyDelete
  7. esk jalan mula jem semula......

    dan selain isu bercuti di musim cuti sekolah, topik AF juga pasti bualan hangat di sekolah....

    blh buat tajuk karangan

    ReplyDelete
  8. yb nak tahu..kaklong tak pernah sambut enebeseri...sekali dulu kaklong pernah bersuara dengan papa..."kita tak pernah smbt ulangtahun,pergi bercuti berdua-dua kaer?"
    dia jawap"tak per la anak2 kecik lagi...besok diaorang dah besar2,dah pandai bwk diri,kita pergi kemana shaja berdua..tak ada siapa nak ganggu&nak pikir hal2 anak yg kita tinggal kan..."
    terkedu kaklong....!
    huhuhuhu!!!

    ReplyDelete
  9. zonaku,

    Betul tu. Inilah sebahagian dari fasa2 perjalanan hidup kita.

    Setiap fasa sepatutnya membuat kita bertambah matang.

    ReplyDelete
  10. zonaku no 2,

    Tahniah menjadi pengomen pertama. Dan terima kasih kerana sudi melawat dan memberi komen utk n3 ini.

    Kalau hujung minggu mmg tak ramai yg masuk blog saya ni. Ada saya luahkan di fb.

    In fact, n3 ini saya copy and paste dari status di fb hehehe

    ReplyDelete
  11. Eja,

    Dulu eja mmg pantang ada entri baru mesti nak berebut. Tapi skrg saya tahu awak pun dah busy. Dapat bagi komen pun dah saya hargai.

    ReplyDelete
  12. kakngah,

    Lakulah kedai gunting. Haikal dan Adam (yg tak sekolah lagi tu) telah kami hantar pergi gunting rambut hari Sabtu tu. Nasib baik tak ramai org masa tu.

    First time Adam tak nangis digunting rambutnya di kedai tu.

    ReplyDelete
  13. kakpah,

    Kalau anak2 dah besar bolehlah pergi bercuti berdua. Kalau kami ni, Adam yg baru 2 tahun tu nak tinggal dgn siapa kalau kami pergi berdua? huhuhu

    ReplyDelete
  14. ibuintan,

    Org peringkat umur mcm kita ni mmg susah nak cuti sama dgn semua anak2. Kalau kita pergi makan angin tapi ada yg tertinggal rasa tak sedap pulak.

    Amin. Terima kasih mendoakan kesihatan saya. Saya pun doakan ibu dan ayah intan sihat sehingga ke cucu cicit.

    ReplyDelete
  15. zonaku,

    Skrg kalau cuti sikit aje pun jalan jam bila semua org nak balik semula ke tempat cari rezeki mereka. Itu yg malas nak keluar kalau tak betul2 perlu.

    Awak pun follow AF ya? Dari awal ramai yg dah jangka Hazama akan menang sebab dia jauh lebih baik dari yg lain. Tapi harapan org agar Fina dpt no 2 tak tercapai hehehe

    ReplyDelete
  16. kaklong,

    Pengakuan berani ni kaklong!

    Papa bukan tak sayang atau tak romantik kerana tak sambut anebeseri tu. Cuma seperti kebanyakan suami2 Melayu, dia kurang pandai di dalam mempamerkan kasih sayangnya. Dia merasakan apa yg dilakukan terutama mencari rezeki tambahan utk keluarga itu lebih penting dan memadai.

    Sabar ajelah . . .

    ReplyDelete
  17. betul tu yb..
    dan..dengan itu,baru kaklonbg tahu kenapa dia tak pernah nak smbut enbeseri kami....!
    rupanya dia lebih memmikirkan hal keluarga dari benda yg remeh temeh tu!

    ReplyDelete
  18. kaklong,

    Bagi sebahagian lelaki mungkin perkara spt sambutan anebesari tu agak remeh temeh jika dibandingkan dgn memastikan cukup wang utk perbelanjaan keluarga.

    Tapi bagi isteri ini juga penting utk menambat kasih sayang. Lebih2 lagi bila melihat pasangan lain atau di tv dan wayang buat perkara yg serupa.

    Jalan terbaik, berbincanglah. Mungkin buat sambutan 2 atau 5 tahun sekali. hehehe

    ReplyDelete
  19. tak ada la sampai tak sambut langsung..kurang2 pun dia ada bagi hadiah kat kaklong...tapi nak pergi bercuti berdua-dua..nak tinggal kan anak2..dia tak snggup!

    apatah lagi kaklong,tinggal kan ank2 sekejap kekedai pun,cepat nak balik,takut anak menagis!!!!

    ReplyDelete
  20. kaklong,

    Samalah kita. Papa tu mcm saya. Kaklong mcm emak Adam hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails