Tuesday, May 10, 2011

Kongsi

Pagi ni aku nak berkongsi citer pasal kongsi.

Bagi mereka yg pernah ke tapak projek, melihat rumah kongsi adalah sesuatu yg lumrah. Di situlah tempat para pekerja, lazimnya warga asing, tinggal sepanjang projek tersebut.


Kongsi di salah satu tapak projek. Yang di sebelah depan gambar ialah bilik air. ada wanita sedang mandi semasa gambar ni diambil. Itu sebab kena ambil dari sebelah sini. Kalau tak, mahu kena pukul huhuhu

Tandas biasanya tidak disediakan dan penghuni kongsi akan melepas di mana2 lokasi yg sempat terutama di tapak pembinaan sendiri. Mereka tak membuang di tepi kongsi utk mengelakkan bau yg tak menyenangkan. Jika kita ke projek perumahan yg di dalam pembinaan, awas dgn 'jerangkap samar' ni.


Kongsi ini cuma utk tidur. Untuk memasak di sebelah kiri tu. Nak lepak2 ada disediakan pangkin. Memandangkan kongsi ini di tapak pembinaan yg berdebu, maka penyapu disediakan kalau tempat lepak atau bilik tu berpasir. Org kita yg duduk rumah yg sempurna pun ada yg malas menyapu.

Ada juga pekerja kontrak ini yg membuka kedai runcit utk kemudahan rakan2 mereka. Tapi cuma ada dijual barang2 asas saja seperti gula (ikut naik harga agaknya hari ni), beras, tepung, mee maggi (makanan ruji) dan minyak masak. Sayur pun ada juga. Dan tak miss, rokok.

Banyak barang yg tidak dijual di sini sebab ini bukan macam Giant atau Tesco.

Ada juga kemudahan riadah seperti tempat bermain bola tampar (lihat jaring hijau tu). Walaupun mereka kerja teruk dan banyak berpeluh tapi masih sempat luangkan masa nak bersenam. Jadi kita jangan malas nak exercise.

Bagi kita yg bertuah tinggal di rumah yg sempurna, bersyukurlah.

45 comments:

  1. jaringtu buat main netball ker volley ball?

    ReplyDelete
  2. bola jaring ada tiang gol, yang macam tu biasa bola tampar, takraw atau badminton...


    alhamdulillah..... syukur rumah aku sempurna walau x mewah.. maklumlah, sekadar rumah kampung

    ReplyDelete
  3. pekerja kontrak pompuan pun ada yg duduk macam tu kan?

    ReplyDelete
  4. pernah ikut Abem g buat temporary wyring rmh kongsi kt serendah. katanya projek buat tempat penagih tegar. lupa dah nama dia... ada air terjun kat situ. YB tau kot...
    merasa la kakngah masuk dalam kongsi nk tumpang buang air kecik. yg kakngah tumpang tu, rumah kongsi kelamin. memang terhad tempatnya. situ la tido, situ la masak, situ la segala2nya...

    ReplyDelete
  5. yang paling sedih tu, bila rumah tu dah siap mereka bina, mereka tak di benarkan masuk !

    ReplyDelete
  6. sy pun biasa dgn rumah kongsi ni sbb pernah keje dgn site office satu tika dulu

    sebenarnya tak selesa, tp itulah realiti

    betul kata kak ngah, rumah kongsi dijadikan sarang penagih dadah di kalangan mereka dan org2 luar

    masa tu baru sy tahu rupanya dadah ni ada byk color. mereka menggunakan backhoe korek tanah dan simpan dadah di dalam tanah.

    apabila serbuan dibuat, tak ada bukti rumah kongsi itu ada dadah.

    dan yg paling sy musykil, balai polis hny terletak bersebelahan dgn site ofis ini.

    ReplyDelete
  7. teringat time umah aku tak siap lagi jamban..aku berak kat batang pokok kelapa yg melintangi parit..ehehe

    ReplyDelete
  8. Ya, saya rasa bersyukur sangat ada rumah, kalau nak dibandingkan dengan mereka yg tinggal di kongsi ni..

    Tapi sekarang kat kongsi pun ada Astro tau..:)

    ReplyDelete
  9. pendatang datang tempat kite cari rezeki dalam serba kekurangan.

    anak2 tempatan pulak hidup dalam keadaan selesa tapi malas carik rezeki

    ReplyDelete
  10. kadang2 terlihat rumah kongsi pun ada piring astro...!hebat!

    tapi tak tau la ada siaran ke tak..heheheh!!

    ReplyDelete
  11. salam


    kita kena banyak bersyukur

    ReplyDelete
  12. Salam YB...,

    En3 ni membuatkan saya tersentak...bersyukor atas segala kemudahan yg ada .... dan bersyukor dengan rezeki yg ada....

    mereka terpaksa berKONGSI di rumah KONGSI....utk mencarik rezeki...

    ReplyDelete
  13. Kongsi tu dikongsi bersama pekerja lelaki dan perempuan eh...? Huhu

    ReplyDelete
  14. tercari-cari jugak gambar jerangkap samar..xde pun..

    ReplyDelete
  15. ada kes bl binaan yg dibina dah siap 80% dorang akan robohkan kongsi n dan beramai2 duk kat binaan tu plak cth umah la..kesian house owner tu dpt umah yg bkn 1st hand lg...

    ReplyDelete
  16. zonaku no 1,

    Hari ni awak pulak yg paling awal. Habislah saingan yg lain. hehehe

    ReplyDelete
  17. zonaku no 2,

    Jaring tu buat main volleyball. Saya dah betulkan kesilapan itu. Terima kasih kerana menegur.

    ReplyDelete
  18. zonaku no 3,

    Cekap mata awak. Mmg saya nak tulis bola tampar tapi entah mcmana tulis bola jaring pulak. Pekerja kontrak tak main bola jaring kot. Jaring tu tinggi sangat utk takraw atau badminton.

    Alhamdulillah rumah kita jauh lebih baik dari kongsi ni. W/p rumah kampung tetap selesa. Rumah kongsi ini jangankan air cond, kipas angin pun kadang tu takde. Skrg ni cuaca sgt panas.

    ReplyDelete
  19. gadisBunga,

    Pekerja kontrak wanita biasanya ikut suami mereka. Mereka akan bersesak2 di rumah kongsi tu. Dipisahkan dgn plywood aje dgn bilik sebelah.

    psst - nak buat projek tak boleh bising2 sangat wakaka

    ReplyDelete
  20. kakngah,

    Itu projek membina Pusat Serenti Serendah tu agaknya. Lama juga tempoh projek itu. Makanya rumah kongsi tu dibuat elok sikit siap dgn pendawaian. Kalau projek yg sekejap, wiring pun main tarik guna extension wire aje. Itu yg boleh kena litar pintas.

    Mujur rumah kongsi yg kakngah pergi tu ada bilik air. Yang tempat saya ambil gambar ni bilik air pun tak bertutup rapat. Kalau mandi atau buang air org boleh intai!

    ReplyDelete
  21. YB cuba check tapak kasut, kot2 terkena jerangkap samar.. haha

    ReplyDelete
  22. al-lavendari,

    Pekerja kontrak ini terdiri dari pelbagai kemahiran atau trade. Bila rumah dah siap atau hampir siap, biasanya hanya mereka yg bahagian yg masih diperlukan dibenarkan masuk. Kalau semua dikasi masuk nanti banyak barang yg hilang.

    Itulah nasib pekerja kontrak ni tapi mereka sedar dan redha. Yg penting bagi mereka, gaji mestilah dibayar.

    Mereka ni adalah wira yg tidak disanjung.

    ReplyDelete
  23. En YB detai punya penjelasan dia bagi.Ni sempat temuramah warga indon ke dari pemerhatian sendiri jer hehe..apapun saya suka entry ni..bertuah kita hidup di bumi yang bertuah ni..erk gula naik lagi 20sen

    ReplyDelete
  24. kongsi ni maksud ea berkongsi semua hal ke... lelaki dan pompuan duk skali juga ke


    bahaya ni... tak ke nanti menambah bilangan bayi yg dibuang

    ReplyDelete
  25. eeeeeeeee...

    rindunyaaaa dah lama tak join sini...



    ..tak setuju dgn pendapat en AL..sb merekalah yang sebenarnya duduk, mandi mana ..buang air kat rumah@bangunan yg dibina tuuu..
    melainkan kalau tuan rumah sedar mereka pasti kena halau ( kes benar !

    ReplyDelete
  26. yb tak dinafikan pekerja indon yang ramai kat rumah kongsi tu ada yang baik tetapi kebanyakkan nya malam jadi pencuri. kejadian rompak dirumah saya baru-baru ini dilakukan oleh penghuni rumah kongsi dijalan kebun dan penghuni rumah kongsi kg.jawa, ini disahkan oleh polis yang dapat menangkap 2 orang dari mereka sbb ada cap jari mereka tetapi barang-barang saya tidak dijumpa lagi dan seorang lagi telah ditembak mati didalam kejadian rompakan di Maran,Trengganu baru-baru ini.

    ReplyDelete
  27. wah, comlplete... tak penah tpikir macam ni life meke... ermm asalkan meeka tak ganggu dan nyusahkan orang2 laen sudaa

    ReplyDelete
  28. Patut pun dipanggil kongsi...semuanya berkongsi...hehehe

    Jerangkap samar tu yang takut tu...

    ReplyDelete
  29. kat power plant pun dia orang ada, masa dalam tempoh pembinaan.

    ReplyDelete
  30. Begitulah hujan emas negeri org, hujan batu negeri sendiri..

    ReplyDelete
  31. Wanita Bertudung Hijau,
    Bagi mereka yg pernah kerja di tapak binaan biasalah dgn rumah kongsi ni. Tak sangka pula awak pernah kerja site.

    Saya rasa kak ngah bercerita pasal suaminya buat wiring utk rumah kongsi projek pusat pemulihan dadah dan bukannya rumah kongsi tu jadi sarang penagih.

    Tapi tak dapat dinafikan ada juga rumah kongsi yg jadi sarang menghisap dadah. Awak sendiri pernah melihatnya.

    Masa awak dah tahu mereka tanam dadah tu guna backhoe ada tak awak laporkan kpd sesiapa?

    Kejadian jenayah berlaku dekat dgn balai polis ini bukan perkara baru. Kadang kita tertanya2 mcmana boleh jadi mcm tu huhuhu

    ReplyDelete
  32. Aimi dan Pakcik Hashim,

    ada di antara mereka ini otak ligat nak bisnes. Itu yg buka kedai tu.

    kalau setakat buka kantin tu perkara biasa.

    ReplyDelete
  33. DrSinga,

    Tengok tempat juga. Ada tu mmg ada Astro.

    Mahu nonton cinetron buk

    hehehe

    ReplyDelete
  34. HEMY,

    Masa ko berak tu ada tak ayam standby nak kenduri kat situ? Bila ingat yg tu, hilang selera nak makan ayam kampung hehehe

    ReplyDelete
  35. Daddy Ziyyad,

    Bila kita bandingkan dgn mereka mmg wajib kita bersyukur dgn kediaman kita yg jauh lebih baik ini.

    Setakat ada Astro kalau duduk dan tidur tak selesa takde maknanya.

    ReplyDelete
  36. AiTotYati,

    Mereka sanggup bekerja keras dan tinggal dalam keadaan serba kekurangan kerana di tempat mereka pun hidup susah.

    Org kita ni ada yg mengada2 lebih. Saya kenal ada seorg pemuda kita yg ditawarkan kerja oleh jirannya seorg kontraktor dari seberang (dah ada PR sini) tapi menolak kerana kena bekerja di Pudu. Pemuda tu kata jauh nak ke Pudu dari Keramat. Gaji yg ditawarkan kira lumayan juga iaitu RM1300 sebulan.

    ReplyDelete
  37. kak long,

    Biasa juga tu ada Astro. Tapi ada juga yg gaya aje tu sebab mereka bawa piring tu dari tapak sebelumnya hehehe.

    ReplyDelete
  38. pB,

    wsalam.

    Betul tu. Banyak nikmat Allah yg dikurniakan kpd kita.

    ReplyDelete
  39. azmnor,

    Wsalam bro.

    Saya pun tersentuh bila melihat keadaan mereka dan bandingkan dgn kehidupan kita yg agak senang ni. Itulah antara sebab saya buat n3 ni.

    Semoga kita menjadi hambaNya yg bersyukur.

    ReplyDelete
  40. Sally,

    Bagi yg dah berkahwin, mereka (iaitu pasangan tersebut) akan tinggal di dalam satu kongsi yg sama. Bagi yg takde pasangan, mereka akan berkongsi semasa yg bujang. Tapi jarak di antara kongsi itu sangat rapat dan tak selesa kalau nak buat projek hahaha

    ReplyDelete
  41. kak ct,

    Buat hilang selera makan aje kalau ambil gambar jerangkap samar tu.

    ReplyDelete
  42. KSWSK,

    Itu biasalah. Mereka pun nak rasa selesa duduk di rumah yg mereka telah bina. W/p takde api air tapi ianya jauh lebih selesa dari kongsi mereka. Itu takde hal punya bagi mereka ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails