Wednesday, May 11, 2011

Layakkah Anda Jadi Jutawan?

Semalam aku ke pejabat seorg rakan bisnes. Setelah berurusan dgn kerani di situ, kerani itu beritahu aku bos dia (kawan aku tu) nak jumpa aku. Aku pun diiringi masuk ke bilik dia.

Aku pun memberi salam dan bersalaman.

Aku lihat banyak fail2 dan kertas2 di atas dan sekeliling meja dia. Nasib baik tak tertimbus kawan aku tu.

Setelah bertanya khabar aku pun tanya projek terkini dia. Dia pun citer projek yg baru disiapkan. Aku tahu tentang projek tu. Tidaklah baru sangat disiapkan. Sebelum hujung tahun lepas lagi.

"Habis tu sekarang ni buat projek apa?" tanya aku busybody.

"Sekarang susah nak dapat projek. Kuarters guru yg kita nak buat hari tu pun ditunda ke RMK10 sebab tunggu bajet. Hari ini (semalam) dah keluar pula kisah kuarters guru berhantu sebab tidak ada penghuni," keluhnya.

"Kuarters tu dibina di tempat yg jauh dari sekolah agaknya? Itu sebab cikgu2 tak nak duduk di situ," kata aku cuba memberi tafsiran kerana aku pun tak baca berita tu habis lagi. Cuma baca tajuknya aje pagi semalam.

"Kalau di Lembah Klang ni buat kuarters mesti ramai guru yg nak duduk sebab sewa kat sini mahal. Kadang2 tu lebih dari elaun perumahan mereka," aku terus berhujah.

"Awak dah tak buat kerja kontrak ni awak buat apa sekarang?" aku terus cuba mencari jawapan kepada soalan yg terus bermain di kepala aku tu.

"Sekarang aku beli share IPO." katanya selamba sambil menunjukkan surat dari Kementerian untuk satu IPO baru.

"Ini aku dapat peruntukan utk 250,000 saham. Hari tu aku dapat 500,000 saham Petronas Chemical. Dapatlah untung RM2 sesaham," jelasnya.

"Wow! Itu dah sejuta awak untung," kataku hampir mulut ternganga.

"Mcmana awak boleh dapat ni?" tanya aku dgn teruja.

Kisah seterusnya off record!

Soalannya: Layakkah kita (kalian dan aku) mendapat peruntukan membeli IPO mcm kawan aku ni? Kalau layak bolehlah jadi jutawan segera. Tak perlu susah payah buat kerja kontrak mcm aku ni.


Oklah aku nak pergi tapak projek ni. Masih perlu buat kerja kerana aku belum layak jadi mcm kawan aku itu huhuhu




43 comments:

  1. tak salah kalau ada peluang...yb beruntung kerana punya peluang...!



    macam kaklong mimpi laaa..!

    ReplyDelete
  2. eh,1st laaa..
    mana dr.singa yg sdang gila takhta tu?
    kehkehkeh!!!

    ReplyDelete
  3. bodek2 la kot dia nak kasi YB 1/2juta..dpt 1/4juta pon jadilah..

    ReplyDelete
  4. Sallam YB,

    InsyaAllah berkat usaha yang tak putus-putus kita juga boleh jadi jutawan.

    ReplyDelete
  5. mampu beli saham ASB je. kah3x

    ReplyDelete
  6. untuk elak daripada tertimbus dengan fail, sila jalankan 5S:

    1. sisih
    2. susun
    3. sapu
    4. seragam
    5. sentiasa amal



    hehehe

    ReplyDelete
  7. sedang mencuba menjadi jutawan :P

    ReplyDelete
  8. buat masa sekarang.. beli saham bank rakyat dulu sebagai permulaan ... hiihihi!!!

    ReplyDelete
  9. ..Sebelum ada niat nak jadi jutawan kena belajar dulu cara-cara muhasabah diri setelah jadi kaya, nanti tidaklah jadi jutawan yang banyak masallah dgn manusia dan masallah dgn Tuhan..

    ReplyDelete
  10. -saya tak berapa faham pasal saham IPO tu YB..adakah ianya secara peraturan illegal?

    ReplyDelete
  11. wa pun xbape paham pdl saham IPO tu...

    ReplyDelete
  12. kak long, drSinga ramai patient kot arini....

    alhamdulillah..... itu rezeki dia...


    kita punya rezeki mungkn dalam bentuk yang lain pula.

    ReplyDelete
  13. Tak per YB, biarkan kawan YB tuh jadi jutawan dulu, nanti YB pula akan menyusul..InshaAllah..
    siapa tahu? Berkat usaha YB Allah mengizinkan YB jadi jutawan.
    Right timing and with the right circle of coz..

    ReplyDelete
  14. jap eh YB..
    tumpang jawab.. hehehe...
    ala... aku sesekali je boleh gila takhta kat sini...hujung2 minggu je..bagi can la..

    zonaku..
    saya yang menjadik patient hari ini .. :(

    ReplyDelete
  15. kalau awak dah jutawan...
    jangan lupa kami semua ya..

    ReplyDelete
  16. kang biler nak ngeteh lagik nih.. don worry, nnti haku banjer.. ahaha

    ReplyDelete
  17. bila dah jadi jutawan, jangan lupa daratan

    ReplyDelete
  18. kak long,

    Nak cari peluang tu yg tak mudah. Bukan semua org (Bumiputera) boleh mendapat tawaran membeli IPO ni.

    Saya pun nak cari peluang mcm dialah.

    Skrg kak long mungkin rasa tak ada peluang tapi mana tahu satu hari nanti kak long jadi seorg ahli koperat. hehehe

    ReplyDelete
  19. kak long lagi,

    Tahniah kak long. Skrg setiap hari bertukar pengomen pertama. Mula nak sengit semula persaingan.

    DrSinga dia free hujung minggu aje. Hari lain sibuk buat duit hehehe

    ReplyDelete
  20. Hamizah,

    Pahitlah dia nak bagi begitu saja.

    Takpelah. Kalau dia boleh dapat, mesti ada cara org mcm kita pun boleh dapat peruntukan saham tu. Nanti saya cuba cari caranya.

    ReplyDelete
  21. LIPISLADY,

    Wsalam Kak.

    InsyaAllah kita cuma berusaha dan Allah yg menentukan. Mungkin kita belum layak lagi jadi jutawan buat masa ni.

    Kena terus berusaha.

    ReplyDelete
  22. -GC-,

    Kalau sentiasa ditambah, lama2 banyak juga ASB tu.

    ReplyDelete
  23. AiTotYati,

    Kalau saya ke pejabat kerajaan mmg biasa tengok 5S ni.

    Sykt kecil mungkin tak amalkan terutama S yg kelima tu. Dan mungkin kawan saya sengaja membiarkan fail tu bertimbun supaya nampak sibuk hahaha

    ReplyDelete
  24. juliet,

    Untunglah siapa yg kahwin dgn awak nanti kalau awak dah jadi jutawan.

    Tapi jgnlah tunda berkahwin kerana nak jadi jutawan.

    ReplyDelete
  25. kakngah,

    Tak sempat nak beli dah habis huhuhu

    ReplyDelete
  26. petai jeruk,

    Terima kasih di atas peringatan itu.

    Ustaz yg mengajar di surau tempat kami beritahu 4 dari 10 org sahabat yg dijamin syurga adalah hartawan dan ahli perniagaan. Ini bermakna kekayaan tidak salah. Kita kena gunakan kekayaan itu utk membantu keluarga, saudara mara dan bangsa kita utk lebih dekat dgn agama Islam.

    ReplyDelete
  27. Daddy Ziyyad,

    Apabila ada sykt mahu menyenaraikan saham mereka di Bursa Malaysia, sebahagian saham itu akan ditawarkan kpd sykt dan individu Bumiputera selain dari yg ditawarkan kpd org ramai.

    Harga saham sykt katakan seringgit seunit akan ditawarkan dgn harga katakan RM1.50 semasa IPO ini. Tapi setelah disenaraikan di Bursa harga saham biasanya akan naik lebih dari RM1.50. Kadang2 sampai > RM2.00.

    Di situlah pembeli saham IPO ini mendapat keuntungan jika mereka menjual saham tersebut.

    Perbuatan ini sah (legal) kerana badan2 Bumiputera spt PNB, Tabung Haji, KWSP, LTAT mendapat sebahagian keuntungan mereka dari IPO ini di atas saham2 yg diperuntukkan kpd mereka.

    ReplyDelete
  28. KSWSK,

    Wawa boleh baca penerangan ringkas saya kpd Daddy Ziyyad dlm hal IPO ni.

    Kalau masih tak faham takpe. Jgn risau sebab banyak perkara lain dlm hidup ini yg kita perlu risaukan hehehe

    ReplyDelete
  29. zonaku,

    Semalam awak first. Hari ni kak long. Esok saya nak tengok siapa antara awak berdua dapat first.
    DrSinga kata dia free weekend aje utk berebut takhta hehehe.

    Kalau cara dia mendapatkan rezeki itu juga boleh menjadi sumber rezeki kita, apa salahnya kita mencuba.

    Buat cara skrg ni belum kaya2 lagi ngeeee

    ReplyDelete
  30. Marina Monroe,

    Saya doakan yg terbaik buat kawan saya tu. Lebih ramai org Islam/Melayu kaya diharapkan mereka dapat membantu bangsa dan agama. Mana tahu mereka bersedekah membina masjid, surau, rumah anak2 yatim dan sebagainya dgn kekayaan mereka itu.

    Saya pun tak berniat mencari kekayaan utk diri sendiri. Berapa banyaklah sangat duit yg saya perlukan utk hidup ini.

    Kalau Allah murahkan rezeki, alhamdulillah. Kalau setakat ni aje pun alhamdulillah.

    ReplyDelete
  31. DrSinga,

    Silakan. Terima kasih memberi penjelasan kpd kak long dan zonaku.

    Weekend depan ni datang sini lagi ya utk merebut semula takhta hehehe

    ReplyDelete
  32. harap harap yb dapat IPO felda nanti, pak cik kayo..

    p/s borangnya mana?

    ReplyDelete
  33. Dah jutawan masih on ke janji nak mkn nasi kerabu Yati?

    ReplyDelete
  34. DrSinga lagi,

    InsyaAllah mana boleh lupa kawan2 semua. Awak yg dah jutawan pun kan masih ingat kat kami ngeeee

    ReplyDelete
  35. en_me,

    Anytime Bro. Roger aje kakang ni. Kalau ada masa lapang no problem punya. Riko isek enek nomer hp ku po?

    ReplyDelete
  36. pB,

    InsyaAllah.

    Org yg lupa daratan tak semestinya tunggu jadi jutawan hehehe

    ReplyDelete
  37. Daun,

    Kawan saya kata IPO Felda tutup tadi. Tak sempatlah nampaknya. Kalau nak beli, kena tunggu lepas listing.

    Belum sempat nak isi. Ini pun baru balik jumpa supplier. InsyaAllah saya cuba isi dlm sehari dua ni. Dah siap nanti saya roger.

    ReplyDelete
  38. Sally,

    Jutawan ke tak jutawan nasi kerabu Yati mesti on punya. hehehe

    ReplyDelete
  39. insyaallah... rasa2nya YB ada peluang jadi jutawan


    mana tahu tuah kawan2 yg dah jadi jutawan tu beralih ke YB.. kan

    ReplyDelete
  40. ibuintan,

    Amin. Kalau kita berusaha insyaAllah akan dipermudahkanNYa. Banyak peluang di negara kita ni. Org yg dari luar pun boleh senang hidup di sini, takkan org tempatan tak boleh.

    ReplyDelete
  41. Salam YB...,

    Insyaalah satu hari nanti YB pun nboleh jadi jutawan.....
    jgn jadi jutawan segera nanti boleh papawan segera pulak....benda yg senang dpt ni senang sangat nak abis nya...

    ReplyDelete
  42. azmnor,

    Wsalam Bro.

    Amin. InsyaAllah boleh tu. Tengok keliling dah beribu2 org jadi jutawan. Cuma mereka tak riuh2 aje.

    Harap2 kalau dah jadi jutawan tak lah jatuh semula jadi papawan huhuhu

    ReplyDelete
  43. ibuintan,

    amin. Peluang utk jadi jutawan terbuka kpd semua. Banyak pintu2 rezeki di negara kita ni.

    Kalau tengok kawan2, boleh saya ambil ikhtibar dan contoh dari mereka.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails