Monday, May 16, 2011

Kenangan Hari Guru

Kebanyakan blogger menulis tentang Hari Guru hari ini. Yalah tanpa guru siapalah kita. Mungkin kita tak jadi orang mcm sekarang tanpa jasa mereka mendidik kita.

Aku nak citer sikit tentang sambutan Hari Guru masa aku belajar dulu. Setahu aku sambutan Hari Guru pada 16 Mei bermula pada tahun 1972. Aku sekolah rendah masa tu. (ada di antara korang yg belum lahir lagi masa tu).

Bila tiba Hari Guru, murid2 akan diminta membawa sedikit sebanyak makanan dan minuman ke sekolah utk dibuat jamuan. Guru akan mengeluarkan senarai barang2 yg perlu dibawa oleh murid2. Aku dan adik kembar aku biasanya cop bawa air oren. Beli sorang sebotol F&N yg besar tu dah cukup (bukan kedekut tapi kami tak cukup duit yg beli yg mahal2).

Bila murid2 tahu senang bawa air ni, tahun2 berikutnya berebut mereka nak bawa air pula. Kami ni malas nak gaduh kalau gaduh mungkin tak menang sebab badan kami kecik huhuhu kerana kami cintakan kedamaian (harap percaya).

Jadi kami tukar bawa barang lain. Kami bawa cokelat SNAP. Kalau nak lebih murah bawa cokelat Apollo. Snap kawan2 boleh terima tapi Apollo ramai yg komplen sebab cokelat takde kelas. Satu bungkus tak sampai seposen.

Dalam ada yg komplen tu, kami dapati tahun berikutnya ada juga mamat yg bawa cokelat Apollo. Apa lagi, kami berdua pula yg komplen bagai nak rak. hehehe

Yang aku suka, kawan2 aku dari golongan sotong. Sekolah kami ni semua murid lelaki. Jadi yg jenis lembut inilah yg rajin bawa kek buatan sendiri. Sedap pula kek mereka tu. Mat lembut ni ada yg Melayu dan ada yg Cina.

Ada sekali tu (mungkin masa tu kami di darjah 6), salah seorg dari mereka membawa fruit punch. Siap dgn gelas dan balang bancuh air. Nasib baik dia tak masukkan Rum ke dalam fruit punch tu w/p di rumah dia kata dia masukkan Rum supaya sedap. Dia ini pelajar Cina. Kalau masuk Rum hari tu, mesti kami semua high.

Sekarang aku dah tak jumpa lagi kawan2 dan juga guru2 masa aku sekolah rendah dulu. Semua guru2 tu dah pencen. Ada yg dah meninggal dunia.

Kepada mereka yg masih hidup, Selamat Hari Guru! Kepada yg telah pergi, Al- Fatihah buat mereka.

32 comments:

  1. selamat hari guru juga..

    tapi kaklong klu boleh nak mengelak dari jadi guru...
    sebab cepat jemu nak mengajar klu bdk2 tu lembab sikit...
    bak kata mak kaklong..tak ada tokoh jadi cikgu.!

    ReplyDelete
  2. haha... ms mula diperkenalkan, aku mmg lum dilahirkan lagi.

    in fact, mak pun belum kawen lagi ngan ayah masa tu

    ReplyDelete
  3. saya mula2 tercikgu..tp kini dah jatuh cinta dgn dunia cikgu..

    ReplyDelete
  4. Ops lupa pula..sjk2 bercuti hampir 3thn ni semangat cikgu dah semakin hilang..tolonggggggg..

    nak jd businesswoman la plak..

    ReplyDelete
  5. seronok sambutan hari guru masa dulu.....
    meriah sangat.

    ReplyDelete
  6. nak sangat jumpa balik ckgu2 lama dulu..tp cari dlm facebook tak jumpa..haishh!

    ReplyDelete
  7. Ooo..zaman tu lagi dah wujud coklat Apollo ni ya...

    Selalunya kalau Hari Guru, yg suka sambut mmg student pompuan..so kat sekolah YB ni, budak2 sotong lah yg seronok...ekekeke

    ReplyDelete
  8. kak long,

    Tak payah nak ngelak. Dah tak jadi guru pun. Kalau tak kesian murid2 yg lembab yg diajar oleh kaklong. Terus lemau agaknya budak2 tu hehehe.

    ReplyDelete
  9. zonaku,

    ko nak cakap ko ni masih mudalah ya?

    Aku pun belum kahwin dgn emak Adam masa tu hehehe

    ReplyDelete
  10. tahun 1972 mak saya pun tak kenal ngan ayah saya lagi...hehe...

    selamat hari guru pada semua warga pendidik..

    ReplyDelete
  11. Hamizah,

    Mengajar tu pilihan kedua ke Mizah? Tapi takpe. Ramai org bahagia dgn yg bukan pilihan pertama ahaks.

    Eloklah awak dah jatuh cinta dgn dunia cikgu. Boleh jadi bekalan utk dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  12. Syida,

    Bukan tua tapi banyak pengalaman.

    13 Mei 1969 pun saya merasa tau. Happy sebab sekolah ditutup hehehe

    ReplyDelete
  13. Hamizah lagi,

    apa2 perkara pun kalau 'cuti' lama sangat mmglah boleh hilang semangat.

    Kalau nak jadi businesswoman pun elok juga. Mulakan dari sekarang melalui internet.

    ReplyDelete
  14. Eja,

    Apa2 sambutan di sekolah mmg seronok sebab disambut bersama kawan2 dan guru2. Kena pula ada makan2 hehehe

    ReplyDelete
  15. makdara TERdiva,

    Mungkin mereka takde akaun fb.

    Apakata senaraikan nama penuh mereka di fb dan blog MDT dan sebut sekolah mana dan tahun berapa. Untung2 mereka atau anak2 mereka ada baca dan hubungi MDT.

    ReplyDelete
  16. DaddyZiyyad,

    Apollo femes pada tahun 1969 bila manusia sampai ke bulan. Lepas tu banyak barang dimanakan dgn Apollo termasuk cokelat tu.

    Saya tak tahu sangat perangai pelajar perempuan sebab tak pernah bersekolah bersama mereka. Tapi geng sotong mmg seronok bila ada function kat sekolah.

    ReplyDelete
  17. wahida,

    Mereka tak kenal sebab belum berjumpa atau belum pandai nak kapel? hehehe.

    Gurau aje. Memang dah lama tu. Dah 40 tahun.

    Sekali lagi Selamat Hari Guru kpd guru2 semua.

    ReplyDelete
  18. agaknya ramai yg mengaku pernah jadi cikgu kpd YB yaa..iyerlah sebab dah berjaya sekrg...

    ReplyDelete
  19. ikan emas,

    setakat ni belum ada yg mengaku pernah jadi cikgu saya. Mungkin mereka takde blog kot ngeeee

    ReplyDelete
  20. mmg nasib baik la kwn Yb tak buh tum dlm fruit punch tu... kalau tak.. sambutan hari guru bertukar jadi party liar.. kehkehkeh!!!

    ReplyDelete
  21. drjah 6 dh pndai buat kek? ishhh...tabek la sama mereka.. hehe

    ReplyDelete
  22. badan yb kecik masa sekolah dulu? errr.....

    ReplyDelete
  23. kuat lagi ingatan Yb walau dah lama berlalu.... bab makan wajib ada

    ReplyDelete
  24. sedih pulak baca entry ni, sebab arwah bapa mertua saya dulu seorang guru' SELAMAT HARI GURU ABAH', arwah rajin bercerita kisah kisah sewaktu beliau menjadi guru dulu, ada yang suka dan ada yang duka. Diakhir akhir hidupnya dia berpesan jangan ada cucu cucu nya yang menjadi guru sbb dia kata sekarang orang tak pandang guru tidak seperti zaman dia mengajar dulu tapi apa boleh buat amanatnya terpaksa dilanggar kerana seorang cucunya iaitu anak abang ipar saya belajar di uitm mengambil jurusan TESL kerana dia berminat untuk menjadi guru.

    ReplyDelete
  25. kakngah,

    kami perasan dia ada bawa botol cantik. Bila tanya dia apa isi botol tu, baru tahu isinya water berdengung.

    Kalau terminum pun mungkin tak jadi parti liar sebab guru kelas kami Mr Lim seorg yg garang. Kalau guru tu awek comel, harus terjadi parti liar hehehe

    ReplyDelete
  26. -GC-,

    Jgn under estimate kebolehan 'awek2' ni. Mereka bukan saja pandai masak kek ketika baru berusia 12 tahun tapi boleh buat puding dan masakan lain.

    Saya suspek minta tolong emak mereka jugaklah hehehe

    ReplyDelete
  27. 1972..
    saya baaaru <2.1 tahun nengok dunia

    cokelat snap tu.. kalau gigit.. mesti lekat cokelatnya kat gigi kapak ...tak sukaa... apollo juga...

    ReplyDelete
  28. juliet,

    Satu telur kongsi dua org dgn adik kembar saya - mestilah kecil hehehe

    ReplyDelete
  29. ibuintan,

    memori kad otak saya ni banyak yg tak digunakan lagi hehehe.

    Bab makan mmg wajib ada. Bukan saya kat sekolah tapi pada apa2 majlis ngeeee

    ReplyDelete
  30. sharifah rosidah,

    Guru dulu dan guru sekarang lain cabarannya. Ayah saya pun pernah mengajar BM di sekolah Confusius, KL tapi dia meletakkan jawatan kerana tak sesuai dgn jiwanya.

    Guru2 dulu termasuk arwah bapa mertua awak telah melakukan yg terbaik pada masa itu. Semoga Allah membalas jasa2 mereka.

    Amanatnya mungkin lebih kepada rasa kecewa kerana guru skrg sudah tidak lagi diletakkan di tempat yg tinggi dlm masyarakat. Ada ibubapa yg datang menyerang guru bila mendapat aduan dari anak mereka w/p anak mereka yg bersalah. Yg tak sedap ada ibubapa yg tergamak mendabik dada cakap gaji kau (guru) berapa ringgit sangat kalau nak bandingkan dgn gaji aku (ibubapa yg kurang ajar tu).

    ReplyDelete
  31. DrSinga,

    Oklah tu kira dah lahir jugak. Ramai yg belum netas pun hehehe.

    Cokelat murah mcm tulah. Itu sebab kami bawa cokelat yg mcm tu. Nak beli cadbury tak mampu huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails